Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bersama renungan kosong, Dihya mengerling akan lima lelaki yang sedang duduk mengelilingi meja bulat bermain dengan kad terup di tengah ruang. Hampir setengah jam telah berlalu semenjak berita mengenai seseorang akan datang untuk mengambilnya dari situ di maklumkan.
Seperti yang diduga dan langsung tidak mengejutkan untuk Dihya. Samseng ceti haram itu telah mengambil keputusan untuk menjual diri Dihya ke sebuah pusat pelacuran di pusat bandar. Dengan harga dua kali ganda dari jumlah sebenar yang dihutangkan olehnya.
Dihya duduk di kerusi, dalam keadaan lesu. Dalam keadaan tidak berdaya. Tidurnya juga tidak lena. Masakan tidak, Dihya terlalu risau dan takut jika samseng-samseng itu cuba menyentuhnya sewaktu dia tidur. Jadi Dihya end up tidak tidur langsung. Menguruskan lagi keadaan, sudah tiga hari juga dia tidak di beri makan atau minum oleh samseng-samseng itu. Katanya sebagai langkah untuk mengelakkan Dihya dari cuba melarikan dari situ. Jadi mereka langsung tidak memberikan sedikit pun air apatah lagi makanan pada Dihya. Menurut mereka dengan melaparkan Dihya, gadis itu tidak akan mampu melawan apatah lagi cuba pergi dari situ memandangkan Dihya pandai mempertahankan diri. Yang mana memang berhasil.
"Mereka nak datang jam berapa?"
"Katanya kejap lagi."
Seorang lelaki berkepala botak dengan kening berparut memalingkan kepala ke belakang. Memandang ke arah kerusi dimana Dihya sedang duduk. "Kau dengar tu?Ada orang yang sanggup bayar mahal untuk kau....kau patut bersyukur sebab hutang kau selesai..."
Selesai?Dihya berdengus kecil. Hampir hendak ketawa dia mendengar kata-kata itu. Jangan nak bergurau la. Mana mungkin masalah dia akan selesai. Tiada masalah yang akan selesai selagi ayah tidak bergunanya itu masih berkeliaran di luar sana membuat onar dan berhutang tanpa henti!Selagi orang tua s*** tu masih hidup, selagi tu masalahnya takkan pernah ada habisnya.
"Dah bisu terus dah?Mana perangai pandai melawan kau tu?"
"Kesan koyak dekat kening aku ni masih basah lagi gara-gara kau tau tak!"
"Mana dia nak melawan....kita belasah dia separuh mati sekalipun belum tentu dia dapat melawan.."
Ketawa pecah dikalangan mereka sejurus itu. Berpuas hati kerana dapat mendera Dihya selepas kejadian dua hari lepas apabila Dihya cuba melarikan diri dan berakhir mengerjakan tiga lelaki di situ sebelum tertangkap. Dia sendirian dapat menumbang tiga lelaki di situ hingga mencederakan salah seorang daripada mereka.
"Dasar pengecut!Kau berani untuk melawan perempuan secara beramai-ramai."gumam Dihya. "Cuba kalau seorang diri, belum tentu lagi menang."
Ketua pemiutang yang sejak tadi mendiamkan diri, akhirnya mengalihkan perhatian dari kad terupnya. Mata di balik shade hitam yang dipakai menjeling tajam pada Dihya. "Kalau kau sayang mulut cantik kau tu, aku sarankan baik kau diam sebelum aku yang pecahkan!"