14 | After Meet Up

234 22 0
                                    

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 

                 "Jadi pelantikan untuk jawatan executive director kamu adalah minggu hadapan?"

                    "Ya tuan."

                    "Memandangkan tiada sebarang artikel yang dikeluarkan oleh pihak media mengenainya, mereka mungkin bersependapat dengan kemampuan yang kamu tonjolkan. Sepertinya mereka secara terbuka   tentang pelantikan kedudukan baru kamu di dalam organisasi kita. Maka untuk itu kamu perlu sedia maklum bahawasanya semua perhatian akan tertumpu kepada kamu Zane. "

Bersama renungan kosong tanpa reaksi, Zane diam termenung memandang cangkir berisi kopi panas hitam di dalamnya. Kepulangan wap masih berasap halus di permukaan. Memandangkan minuman itu baru sahaja di tuangkan oleh Maid sebentar tadi. Perbualan yang sudah menjadi kebiasaan setiap kali bertemu dengan lelaki itu langsung tidak menarik perhatian Zane. Mana la taknya,

Kalau muka dia aje bincang tentang jawatan dan kuasa,

Asal nama dia aje bincang tentang wang dan pengaruh,

Mana la Zane tidak kebosanan. Topik dan hal yang sama aje yang nak di bualkan.

Tak boleh ke bincang hal selain bisnes dan kerja?

                    "Kalau begitu, ianya pasti waktu yang sibuk untuk kamu tangani Zane." tambah Tuan Damius lagi sebelum menghirup kopi panasnya.

Pagi itu Zane berada di kediaman keluarga datuknya. Iaitu pemilik syarikat Samsoong Enterprise. Tuan Damius Samsoong. Lelaki berusia 78 tahun. Berupa paras kemas, berjambang putih sekitar wajah. Rupa parasnya juga saling tidak tumpah seperti Zane, cuma sudah berusia. Sejak bersara dari menjadi presiden syarikat lelaki itu telah meluangkan masa senang beliau dikediaman mewahnya. Beliau merupakan bapa kandung kepada Encik Hayes.

Pada awalnya ayah Zane yang menjadi calon untuk menjadi presiden tetapi disebabkan pengaruh Zane lebih luas dan berkuasa, maka Zane yang dilantik menjadi presiden syarikat sementara ayahnya hanya menjadi CEO syarikat. Namun disebabkan ada pembubaran dalam organisasi, maka kini Zane bakal mengubah jawatannya dari presiden kepada executive director syarikat mereka. Yang mana menjadi punca kenapa Zane dipanggil untuk bertemu dengan Tuan Damius.

Kenapa Zane dipanggil untuk menemui orang tua itu?

Ya sudah tentu la kerana ingin di beri amaran oleh Tuan Damius Samsoong sendiri mengenai masalah tingkahlaku terkenal Zane itu.

                    "Jadi, saya harap masalah 'displin' kamu itu tidak akan memberi kesan kepada mana-mana imej korporat. Cuba sesenyap yang mungkin. Kamu tahu apa yang saya maksudkan, Zan?"

Zane balas tatapan Tuan Damius dengan rentak yang sama sepertimana lelaki tersebut merenung tajam ke arahnya.

                    "Masalah disiplin?"cangkir berisi kopi panas itu dicapai. Zane hirup sedikit sebelum menyambung kata." Adakah yang tuan maksudkan itu adalah jangan ke hulu dan hilir bersilih ganti tukar pasangan? "

55. His Favorite Mistress Where stories live. Discover now