Nama aku Min Laili. (Daheck jangan bash Laili k xD Laili tak de idea nak letak nama apa so Laili guna my name je hehe) Ramai orang cakap hidup aku ni sempurna. Betul ke? Biar aku bagitau korang macam mana sempurnanya hidup aku ni.
Omma dan appa aku? Yeah, diorang sibuk dengan syarikat tapi tak pernah gagal untuk luangkan masa dengan aku pada hujung minggu dan malam weekdays. Oppa aku? Dia menemani aku saat aku memerlukannya sahaja.
Omma dan appa aku kaya. Kitorang ada syarikat sendiri yang dinamakan LILAC Corporation. Macam keluarga yang lain, aku dengan oppa aku kena belajar selok-belok dunia kerjaya syarikat memandangkan kitoranglah pewaris syarikat omma dan appa. Kalau bukan kitorang, siapa lagi? Tidak seperti kebanyakan anak orang berada yang malas, aku belajar tentang syarikat, pergi makan malam bersama partner syarikat kitorang dan sebagainya dengan rela. Got it? DENGAN RELA. Bukannya satu sindiran, tapi itulah kebenarannya.
Aku boleh buat apa je yang aku mahukan. Omma dan appa aku takkan halang aku pun. Tak, aku tak pergi kelab malam, merokok atau minum arak whatsoever. Aku orang yang baik. Well tak de la baik sangat, aku selalu mencarut. Hahah. Senang cerita, walaupun aku diberi kebebasan, aku bukannya gadis liar.
Aku ada butler. Butler yang sangat handsome. Nama dia Nam Woohyun. Mungkin, diluar sana ada banyak anak orang kaya yang tak suka ada butler. Mungkin sebab tak nak rasa dikongkong. Aku pula? Nah, aku bukan salah seorang daripada mereka. Aku suka. Tak, aku tak cintakan butler aku, aku cuma rasa selesa ada butler. Why? Jangan tanya.
Menjadi pelajar yang paling bijak dalam sekolah, aku merupakan president kelas dan president batch aku. Diorang tak berani pun nak kacau aku heh.
Adakah aku salah seorang queenka? Tak, aku tak rasa macam tu. Macam mana nak jadi queenka kalau muka aku ni biasa-biasa je? Atau itu apa yang aku hanya fikir. Aku tak pasti orang lain cakap apa. Tapi aku selalu dapat surat cinta. Mungkin muka aku ni tak de lah biasa-biasa sangat. Hahah.
Aku ni dingin sikit dan jenis yang malas nak layan orang. Tapi aku ada dua orang yang selalu cuba menyelit mahu berkawan dengan aku. Nama diorang? Jang Ellie dan Choi Jiwook. Sudahnya, aku anggap mereka ni kawan rapat aku, kerana merekalah satu-satunya yang berani mendekati aku. Diorang pun setia gak. Walaupun aku selalu tak layan diorang, tapi diorang tak cari kawan lain. Tetap berkepit dengan aku. Diorang memang ceria dan lively. Aku tak pernah bagitau diorang yang aku sayangkan diorang, dan betapa aku hargai usaha mereka mendekati aku. Definitely kawan terbaik yang aku pernah ada.
Aku ada boyfriend. Dia baik, sopan, romantik, setia dan hormatkan setiap keputusanku. Hubungan kami hampir sempurna. Mengapa aku kata hampir sempurna? Well, sebab kitorang ni long-distance relationship. Kitorang berjumpa di sekolah buat pertama kali, dia jatuh cinta pandang pertama dan bercouple. Cliche. Tapi dia kena pergi luar negara untuk berapa tahun tah, sebab ikut ayahnya menguruskan syarikat di sana. Dan.. kenapa aku kata 'dia jatuh cinta pandang pertama', bukannya 'kami'? Sebab aku tak cintakan dia pun. Wait, aku tak bagitau lagi kan nama dia? Nama dia Lee Jonghyun.
Korang rasa hidup aku ni sempurna tak? Sebab aku rasa sempurna. Aku ada keluarga yang penyayang, kawan-kawan yang baik, ideal boyfriend dan apa-apa lah, sama macam kehidupan yang kebanyakan orang idamkan.
Tapi sekarang, hidup aku terasa tak sempurna.
Aku sedar hidup aku bukannya sempurna sangat. Aku mula rasa macam tu sebab aku rasa ada sesuatu yang kosong.. sejak..
Kedua-dua kawan baik aku ambil keputusan untuk couple. Ellie dan Jiwook bercinta. Diorang cinta antara satu sama lain. Kalau korang fikir aku sebenarnya cintakan Jiwook, tak, korang salah. Bagi aku, kawan rapat ialah kawan rapat. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Jadi, aku tak cintakan Jiwook.
Cuma.. aku sedar ramai pelajar sebaya aku, junior pun sama, ada pasangan masing-masing atas dasar cinta. Aku? Aku bersendirian. Walaupun not completely alone since I have a boyfriend serta Ellie dan Jiwook tidak mengabaikan aku, tapi fakta yang orang bercouple kerana cinta itu sedikit sebanyak menggangguku. Aku tertanya-tanya, bercouple perlu ada rasa cintakah?
Aku tak pernah rasa sparks- atau rama-rama dalam perut aku semasa aku dengan lelaki. Atau aku ni bodoh sangat untuk sedar semua tu? Nah, aku tak tau. Aku tak pernah jatuh cinta. Sekali pun tak pernah. Yeah, walaupun aku ada boyfriend.
Tapi ada pelajar lelaki yang baru- yang sangat bangang- bernama Park Chanyeol. Dia suka sakat aku dan sangat poyo serta perasan. Damn, aku benci dia sangat. Itu apa yang otak aku cakap. Hati aku? Aku tak rasa hati aku rasa benda yang sama. Sebab kadang-kadang, jantung aku berdegup kencang semasa aku dengannya.
Adakah itu cinta? Atau aku rasa begitu kerana aku mahu bercinta? Atau itu hanya mainan perasaan sebab hidup aku tak sempurna?
YOU ARE READING
Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]
Teen FictionDia sedarkan aku satu perkara. There's no such things like our life is perfect. Because we're IMPERFECT, so does our life. ------------------------- Please, no plagiarize or I'll definitely hunt you. Cover and storyline and everything in this fanfic...