Chapter 20 : Finale
*****
"Okay Chanyeol~ I'll see you there! Alright, nado saranghae!" Aku tersenyum lebar sebelum mematikan talian sambil menuruni tangga.
"You what?"
Aku berhenti melangkah dan menoleh.
Omma memandangku dengan pandangan yang sukar dijelaskan. Appa pula berdiri di sebelah omma dengan dahi berkerut.
Aku mendiamkan diri dan hanya memandang mereka berdua.
"Minli.. couple dengan Chanyeol?" soal appa dengan tenang.
Aku menganggukkan kepala tanpa ragu.
"Yah! Minli! Makin lama omma makin tak faham dengan Minli! Omma suruh Minli putus dengan Jonghyun, bukan untuk couple dengan orang lain!" Omma yelled.
Bahuku ternaik sedikit kerana terkejut. Aku memang expect untuk diorang marah, tapi aku tak sangka akan secepat ni. Dan.. aku pun tak sangka diorang betul-betul nak aku bersama Sehun.
"Omma.. appa.." Aku mengeluh. "Minli couple dengan Jonghyun sebelum ni tanpa rasa cinta. Tapi sekarang, Minli betul-betul cinta--"
Aku terhenti apabila tiba-tiba appa membaling pasu bunga ke lantai. What the heck? Aku ingat perempuan je suka baling barang bila marah. Tak sangka appa aku pun sama.
"Peduli apa dengan cinta? Tak cukup ke kasih sayang yang aku dengan omma kau ni bagi? Tak cukup? Tak cukup sangat ke sampai kau nak menagih cinta dekat lelaki lain hah?!" tengking appa.
Aku terkedu. Hatiku semakin remuk apabila menyedari appa dan omma sudah memalukan aku di hadapan pembantu-pembantu rumahku dan butlerku.
"Minli.." Woohyun said softly. "The car is ready."
Aku sangat menghargai Woohyun yang ingin membawaku lari dari semua ni. Tapi..
"Tutup enjin. Minli is not going anywhere." Omma said sternly.
Tapi Woohyun tidak bergerak. Dia hanya menanti arahanku.
Aku menggenggam penumbuk. Mataku tajam merenung mata appa dengan mata yang berkaca.
"Appa kata.. kasih sayang? Betul ke appa dengan omma sayangkan Minli? Betul?" soalku dengan sebak. Air mataku mengalir.
"Appa dengan omma selalu tak de kat rumah. Omma dengan appa langsung tak tahu apa yang jadi dekat Minli, apa yang Minli rasa. Minli rasa Minli macam patung hiasan dalam rumah ni!" Aku menghela nafas.
"Apa yang omma dengan appa cakap, semua Minli kena ikut. Minli nak lawan, tapi sebab rasa hormat, Minli turutkan sahaja permintaan omma dengan appa. Tapi bila makin hari omma dengan appa masuk campur dalam hidup Minli, Minli.. sedih. Omma paksa Minli putuskan hubungan dengan Jonghyun la, apa la. Minli mengaku Minli lambat buat tapi at least Minli buat." Aku mengetap bibir, cuba menahan air mataku yang tidak henti-henti mengalir.
"Tapi Minli tak boleh nak terima langsung apa yang appa dengan omma buat belakang Minli. Ugut Jongdae supaya jangan muncul depan Minli langsung? Tunangkan Minli tanpa pengetahuan Minli? I'm sick of it! Omma dengan appa anggap Minli ni apa sebenarnya?!" sambungku sambil menyeka air mata dengan kasar.
Aku tak suka macam ni. Aku tak suka jadi lemah depan appa dengan omma.
Beberapa pembantu rumah aku sudah mengalirkan air mata mendengar luahanku. Mereka semua memahami perasaanku, kerana merekalah yang membesarkan aku di dalam rumah mewah ini.
"Minli.. appa buat semua tu untuk kebaikan Minli sebenarnya." balas appa perlahan.
"Kebaikan apanya? Don't be such a jerk, appa. Appa buat semua tu untuk kebaikan Minli atau kebaikan syarikat appa sebenarnya huh? Masa depan Minli bukannya boleh digadaikan macam tu je demi masa depan syarikat appa tu!" bidasku kasar.
"Kalau omma dan appa buat semua tu dan kata korang sayangkan Minli, sorry, tak layak. Korang sayangkan syarikat korang, bukannya Minli." Aku berjalan ke arah Woohyun.
Aku dan Woohyun ke kereta tanpa bicara. Aku masuk ke dalam kereta dan Woohyun bersedia untuk memandu.
"Minli nak pergi dekat Chanyeol atau tempat lain?" soal Woohyun.
"Minli ada satu tempat Minli nak pergi. Nanti call Chanyeol supaya pergi dekat situ."
♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Aku memandang kosong ke arah tasik buatan itu. Senyuman pahit terukir di bibirku apabila teringat kenangan di sini.
Kenangan aku dan parents aku yang selalu berkelah di sini semasa aku kecil. Kami semua sangat bahagia ketika itu. Berkali-kali kami pergi ke sini untuk meluangkan masa bersama.
Tapi semua itu tidak terjadi lagi sejak 7 tahun lepas, ketika rakan niaga appa meninggal dunia dan menyerahkan syarikat itu 100% kepada appa. Appa semakin sibuk. Omma pula membantu appa. Mereka berdua mengabaikan aku.
Tubuhku dipeluk dari belakang. Aku tersenyum dan memejamkan mata, menikmati saat ini.
"Aku dengar daripada Woohyun yang kau gaduh dengan parents kau. Betul ke?" soal Chanyeol.
Aku menganggukkan kepala.
"Aku tak dapat tahan dah. Tapi aku pun tak tenang macam ni. Rasa bersalah. Aku rasa aku ni dah terlalu biadap dengan diorang." keluhku.
Chanyeol hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Aku pun tak de mood nak berbual.
"Minli!"
Chanyeol segera meleraikan pelukan apabila mendengar ada suara memanggilku. Aku menoleh, mencari empunya suara.
Aku tergamam apabila melihat appa dan omma berlari-lari anak ke arahku. Tiba-tiba sahaja tubuhku dipeluk erat.
"Mianhae, mianhae! Omma dengan appa salah! Maafkan kitorang! Kitorang sayangkan Minli, please jangan pergi!" Omma menangis teresak-esak.
"Kitorang sepatutnya fikirkan perasaan Minli masa buat keputusan. Appa silap. Appa janji lepas ni appa akan tanya kalau nak buat apa-apa." Ayahku mengucup dahiku bertalu-talu.
Air mataku sekali lagi membasahi pipi. Aku tersenyum bahagia.
"I love you, appa, omma." Aku membalas pelukan mereka berdua dengan gembira.
Aku dan Chanyeol saling berpandangan. Dia mengukir senyuman lebar dan membuat bentuk 'mini love' menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya.
Senyumanku juga semakin melebar.
====END====
Lol, Laili tak de idea untuk ending chapter ni sebenarnya pft. To be honest, this is the worst chapter of this story lol. Sorry to disappoint you guys xD btw epilogue akan keluar around pukul 9 malam, stay tune!
ANDA SEDANG MEMBACA
Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]
Teen FictionDia sedarkan aku satu perkara. There's no such things like our life is perfect. Because we're IMPERFECT, so does our life. ------------------------- Please, no plagiarize or I'll definitely hunt you. Cover and storyline and everything in this fanfic...
![Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/44695820-64-k228459.jpg)