Chapter 2 : The New Boy

1.6K 133 6
                                    

Chapter 2 : The New Boy

*********

"Thank you Woohyun-ssi, see you after school." Aku mengukir senyuman tanda terima kasih kepada Woohyun sebelum keluar dari kereta.

Hari itu masih awal pagi, jadi hanya beberapa orang pelajar sahaja yang sudah sampai. Aku senyum kepada mereka sepanjang perjalanan ke kelasku.

Tiba-tiba seseorang merempuhku membuatkan aku terhempas ke lantai. Sakit gila siot!

"Ouch!" Aku mengerang kesakitan. Aku dapat dengar beberapa orang gasped. Siapa yang tak terkejut kalau ada orang berani rempuh presiden?

Aku membuka mata, dan aku ternampak seorang lelaki yang aku tak pernah nampak, sedang berdiri sambil mengibas uniformnya. Dia menjeling aku dengan tajam.

"Apahal baring lama-lama? Tak de katil ke kat rumah sampai nak tidur atas lantai pun jadi?"

Kurang ajar.

Aku segera bangun dari baring. Wajahnya yang handsome itu aku jeling. Sekarang ni, wajah handsome tu aku dah tak peduli. Aku nampak kecik besar kecik besar je dia ni. Ada yang nak kena dengan aku.

"Boleh tak jangan kurang ajar? Dah la kau yang rempuh aku, pastu nak sindir aku." marahku sambil menahan suara dari meninggi.

"Aku mengaku aku rempuh kau. Tapi aku tak kurang ajar. I just stated the truth. Apahal kau nak baring situ lama-lama? Tunggu aku hulurkan tangan untuk angkat kau? Oh please! Aku terlalu handsome untuk itu."

Oh. My. Gosh.

My lips parted and eyes widened. Seriously, perasan gila mamat ni!

Ramai gila yang tonton kitorang sekarang ni. Dan mulut mereka terlopong apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki yang tak guna ni. Aku tahu yang dia ni budak baru, tapi budak baru yang sebelum ni belum pernah ada yang kurang ajar. Well ada tu ada, tapi bukan dengan aku.

"Kau kurang ajar dengan orang yang salah." Keluar sudah ton suara aku yang menakutkan. Beberapa orang menelan air liur sebaik sahaja suaraku yang satu itu keluar.

"Oh ya?" Chanyeol menjongket kening. "By the way, this is my first day dan aku tak sangka murid-murid kat sini semuanya kurang ajar."

"Yang kurang ajar tu kau lah bodoh." Aku menolak sebelah bahunya membuatkan dia terpaksa ke tepi kerana tidak mahu jatuh. Malas bertikam lidah, aku segera berlalu. Apa class presiden bergaduh dengan budak baru? Macam tak professional je.

Sudahnya, aku hanya ke kelas tanpa berpaling.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Aku memandang tingkap. Suara guru yang mengajar hanya sekadar radio rosak sahaja di telingaku. Aku tak de mood nak belajar. Egoku rasa dicabar. Semuanya sebab pelajar baru tak guna yang bangang tu.

Sesekali aku menjeling Ellie dan Jiwook yang bergurau di depanku apabila guru menulis sesuatu di papan putih. Ah, diorang ni pun. Makin merosakkan mood aku.

Aku mengeluh sambil memandang tingkap semula. Langsung tidak mengendahkan apa yang diajar oleh Mrs Prine. Alah, kalau tak dengar pun, aku still dapat score A+ dalam subjek ni.

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk mengganggu pengajaran Mrs Prine. Tapi aku langsung tidak menoleh. Tidak mahu ambil tahu walaupun kedengaran squeals dari pelajar perempuan. Mungkin, heartthrob school yang bernama Kai atau Sehun atau Lay atau Xiumin atau Chen atau Suho atau Kyungsoo datang jenguk kelas kut.

Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]Where stories live. Discover now