Chapter 5 : Sky and Cloud

1.1K 121 1
                                        

Chapter 5 : Sky and Cloud

*****

Ibu bapa kami berdua terus berbincang. Kadang-kala mereka mengerling ke arah kami membuatkan aku benar-benar tidak selesa. Suasana menjadi awkward kerana ibu bapa kami sudah tahu yang kami ada masalah di sekolah. Nafas berat aku lepaskan.

"Saya nak ambil angin dekat luar dulu." Aku berdiri dan terus keluar dari restoran tersebut.

Sesak. Aku rasa sesak dalam restoran tu. Sebab apa? Sebab jelingan geram yang diberi oleh Chanyeol membakar diriku. Hell yeah, banyak-banyak makhluk dalam dunia ni, keluarga Chanyeol juga yang menjadi partner syarikat keluarga aku. Sakai gila.

Aku melabuhkan punggung di sebuah bangku. Serta-merta aku rasa menyesal keluar dari restoran kerana kesejukan di luar dapat ku rasai hingga ke tulang hitam.

Tiba-tiba telefonku berdering memecahkan kesunyian. Panggilan itu aku jawab tanpa melihat nama pemanggil.

"Annyeong?" soalku dengan suara dingin, suara yang setiap masa aku gunakan untuk bercakap dengan orang kecuali omma, appa, oppa dan Jonghyun.

"Amboi, suara Minli memang dingin macam ni ke?"

Tersentak. Mataku membulat kerana terkejut.

"Oppa?" Oppa yang aku maksudkan ialah Hyunki, abang kandung aku. Terus sahaja ton suaraku berubah.

"Ha, barulah sweet dan friendly suara Minli tu! Okay, oppa nak bagitau something ni. Boleh jumpa oppa tak?"

"Oppa gila ke? Oppa kan dekat Gwangju, jauh la dari Seoul." Aku mengeluh. "Tak boleh cakap dekat phone je ke?"

"Tak boleh. Uhh tak pe lah, nanti bila cuti, oppa balik Seoul lepas tu bagitau, okay? Muah muah saranghae~"

"Hmm nado saranghae muah muah." balasku sambil tersenyum lebar. Setelah talian diputuskan, aku menyimpan telefon dalam tas tanganku semula.

"Tak tau pulak yang kau pun ada soft side."

Serentak itu, aku terasa ada orang melabuhkan punggung di sebelahku. Nak tak nak, terpaksalah juga aku memandangnya.

"Oh and your parents tak seteruk kau pun. Diorang sangat humble tapi kau..? Meninggi diri." kutuk Chanyeol.

Darahku terasa mendidih. Nak je aku hempap mamat ni dengan batu. Kurang ajar betul.

"Kau tak tau satu apa pun pasal aku so just shut up." Yeah aku tahu aku nampak sombong sekarang, tapi bagi aku, kita perlu nampak dingin dan sedikit sombong untuk tutup kelemahan kita. Biar orang nampak kita ni kuat dan tak lemah.

"Apa, kau pun macam dalam drama ke? Jadi dingin sebab ada kisah silam?" Chanyeol tersenyum sinis.

Aku mengetap bibir menahan marah. Sebenarnya, aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi dingin. There's something inside me yang suruh aku jadi dingin. And I did.

"Aku tak de kisah silam. Sebab aku sendiri tak tau apa kisah silam aku." I smirked. Mungkin ramai orang mahu ambil tahu pasal kisah silam mereka bila diorang hilang ingatan, but not me. Sebab kalau aku tahu pun, ia takkan mengubah apa-apa. Kerana kisah silam adalah sejarah dan tidak boleh diubah atau dicorak semula.

Chanyeol took a quick glance at me before look up to the sky.

"Why? Kau terlibat dalam kemalangan?" soal Chanyeol. Aku menggelengkan kepala.

"Tak. Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh hilang ingatan. Parents aku tak cerita pun." Aku turut merenung langit.

"Kau tak nak tau pasal kisah silam kau?"

"Tak nak lah. Nak buat apa? Buat sakit kepala je."

"Apahal pulak?"

"Kau tak tengok drama? Kalau ingat ingatan semula, jatuh pengsan la, sakit kepala la. Aku tak nak jatuh sakit."

"Habis kalau kawan-kawan lama kau nampak kau pastu diorang tegur?"

"Buat bodoh. Bukannya aku kenal pun."

"Laili." Chanyeol menghela nafas sebelum memandang aku. "Kau tenang sangat seolah-olah hidup kau tak de masalah. Kau ambil ringan semua perkara. Kau buat tak kisah dan itu membuatkan hidup kau nampak ringkas- bebas dari semua masalah. Kau macam langit pagi yang biru- kosong dan sangat tenang."

Aku memandangnya. "Kau dah kenapa?"

"Saja." Chanyeol menyengetkan kepalanya. "Aku tak nak ada hidup macam kau. Kosong dan membosankan. Kau ikut semua arahan parents kau dan yang paling pelik, kau suka urusan syarikat."

"Sebab hidup aku macam langitlah, aku ambil tahu pasal syarikat. Sebab ia macam awan- mencorak langit dan menambah seri." Aku tersenyum.

"Kau tak nak corak hidup kau dengan awan yang kau cari sendiri? Ye lah, urusan syarikat tu semua sebab family kau ada syarikat."

"Tak. Macam awan, dia jadi awan sebab proses evaporation kan? Dari air. Kita ambil contoh air laut. Air itu disejat menjadi awan sebab air tu terbentang luas. Tiada apa yang menghalang air laut tu dari disejat. Kalau aku cari air sendiri untuk dijadikan awan, ia ibarat air yang jatuh kat lantai dalam rumah. Tak sempat nak disejat, manusia dah lap." Aku menghela nafas. Di dasar hati aku, aku sukakan perbualan yang macam ni. Deep.

Chanyeol nampak terpegun. Terus sahaja aku mengalihkan pandangan kerana panahan matanya begitu... menggoda? Heol, first time aku cakap macam tu pfft.

Tiba-tiba dia ketawa. Aik? Dah gila ke?

"Kau kenapa? Dah sewel?" soalku selamba.

"Tak lah. It's funny how we fought this morning but we end up talking about something deep at the end of the day." balas Chanyeol bersahaja.

Aku terdiam. Ya, betul juga. Tapi aku tak nak pergaduhan kami berhenti setakat ni je. Aku perlukan sesuatu untuk menyerikan hidup aku. Yaitu bertikam lidah.

"Jangan berubah. Kau teruskan je your jerk attitude. Aku suka." Aku memandang Chanyeol. Chanyeol memandangku dengan mata yang membulat sedikit.

"W- what? Kenapa?"

"Sebab aku anggap kau sebagai awan aku, untuk menyerikan lagi hidup aku yang kosong ni. Langit perlukan awan untuk mencorakkannya, kan?"

==========

Sorry laicies for the late update! I'm so busy with folio and homeworks, plus, my exam is just around the corner and I am really sorry for the boring chapter. I couldn't think anymore and it hurts me to think that you guys will consider this story as 'boring and slow'. I am really sorry. Mianhae. Jeongmal mianhae. *cries* Actually I almost lost hope to continue this story *cries* But I forced my brain to continue this despite my busy schedule. Haih. Btw, don't forget to vote, hm?

Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang