Chapter 19 : A Girl For Sehun

979 88 2
                                    

Chapter 19 : A Girl For Sehun

*****

Aku mengucapkan terima kasih kepada Woohyun kerana menghantarku ke kafe yang diberitahu oleh Sehun.

Kemudian, aku keluar dari kereta.

"Seriously, Sehun tu betul-betul nak kena belasah dengan aku. Dia dah tahu yang aku baru sampai Korea, tapi still nak jumpa aku. Geram betul." bebelku sendirian.

Aku masuk ke dalam kafe dan nampak Sehun yang sedang membaca buku di penjuru kafe dengan dua cawan di atas meja. Aku menapak ke arahnya.

"Annyeong Sehun." Aku meletakkan beg tanganku di atas meja dan melabuhkan punggung ke atas kerusi kosong hadapan Sehun dengan lemah. Penat setelah seharian berada di kapal terbang.

"Annyeong." balas Sehun sambil menutup bukunya.

"Kau nak apa jumpa aku ni? Aku baru je 3 jam sampai kat Korea. Tak sempat nak rehat, kau dah suruh aku jumpa." keluhku kepenatan. Seluruh badanku terasa lenguh.

"Kau ni." Sehun menggelengkan kepala.

"Tau tak, benda yang aku nak cakap ni sangat penting? Baik kau dengar betul-betul." ujar Sehun dengan serius.

"Apa dia? Cakap je lah." balasku dengan acuh tak acuh.

"You know what? Baik kau cepat halang parents kau. Mak aku dah mula cakap pasal cincin kahwin la, tempat nak kahwin la apa la. Rimas tahu tak?" ujar Sehun.

"Oh my. Kau memang tak boleh nak halang parents kau ke?" Aku memandangnya.

"Kau gila? Aku dah 5 tahun terima yang aku bertunang, takkan la tetiba aku cakap kat dia aku tak nak? Tak masuk akal tau! Aku rasa kau je boleh halang parents kau." balas Sehun.

Aku mengerutkan dahi.

"Boleh tu mungkin boleh. Tapi kalau aku sorang je halang pun tak guna jugak. Kau pun kena tolong aku. Kau ada seorang perempuan yang kau suka tak?" Aku duduk dengan tegak dan menghirup latte yang Sehun pesan untuk aku.

"Untuk apa?"

"Well just in case? Kalau kau pun kata kau tak nak kahwin dengan aku, mestilah diorang tanya kenapa. Cakap jelah kau dah suka perempuan lain. Senang kan? Mestilah parents kau faham dan tunaikan permintaan kau sebab diorang sayang kau." Aku tersenyum pahit. Sebab kalau aku cakap kat parents aku pun, tak semestinya diorang ikut.

Sehun tersenyap seketika.

"Selain kau, aku ada suka seseorang tapi.. aku tak tau siapa dia. Aku cuma selalu nampak je." Telinga Sehun memerah.

I stared at him in disbelief. "You do have balls, don't you? Yah, you should've asked for her name and number!"

"Kau ingat aku ni lelaki yang suka nak mengorat perempuan ke apa?" Sehun huffed in annoyance.

"Lol, aku ingatkan kau ni playboy. No offence." Aku mengangkat kedua-dua belah tanganku.

"Tch. Lagipun aku dah lama anggap aku ni milik orang, sebab tu la tak berani nak mengurat perempuan lain." keluh Sehun.

"Sorry Sehun, disebabkan perasaan aku, kau kena lepaskan title 'tunang orang' kau tu." ucapku perlahan.

"Tak pe la--" Sehun terhenti apabila terpandang sesuatu.

Aku menoleh memandang arah yang Sehun pandang. Senyuman sinis terukir di bibirku apabila aku menyedari apa yang dia pandang.

Seorang perempuan berambut coklat yang khusyuk bermain telefon bimbitnya. Senyuman sinisku makin melebar apabila menyedari gadis itu merupakan hoobaeku.

"Kau suka perempuan tu?" soalku, sedikit mengusik. Telinga Sehun semakin merah.

"Nak aku panggilkan?" Aku tergelak.

"Hey janganlah!"

"Hayoung~!" panggilku sambil melambaikan tangan. Aku tersenyum-senyum.

Hayoung mendongak. Wajahnya kelihatan terkejut sebelum cepat-cepat mendapatkan aku.

"Sunbae! Sunbae dah balik dari bercuti?" soal Hayoung.

"Nae." Aku tersenyum nakal.

"Hayoung-ah, this is Oh Sehun." Aku memandang Sehun.

Sehun tersenyum. Hayoung hanya menundukkan kepala sedikit. Aku menyedari wajahnya menjadi muram.

"Mana Chanyeol sunbae? Or Jonghyun sunbae?" soal Hayoung.

"Chanyeol tengah rehat. Jonghyun pulak.. sunbae dah tak de apa-apa dengan dia." balasku.

"So? Sehun ni boyfriend baru sunbae?" Hayoung asked harshly.

Aku tersentak dan segera menggelengkan kepala. "Aniyo, that's not true."

"Oh.. I see.." Wajah Hayoung kelihatan lega.

"Wae? Hayoung suka kawan sunbae ke?" soalku sambil tersenyum sinis.

Hayoung memandang Sehun yang sudah memandang tempat lain. Dia cepat-cepat mengangguk. Mungkin tidak mahu Sehun nampak.

Aku tergelak kecil. Baguslah kalau macam tu. Senang kerja aku.

"Oh. Jumpa nanti ya Hayoung? Sunbae ada hal dengan mamat kepala senget ni." Aku melambaikan tangan. Hayoung akur lalu beredar.

"Yah, what was that?!" Sehun memandangku dengan telinganya yang sangat merah, mengundang tawaku.

"Perempuan yang kau suka tu hoobae aku. Kebetulan nama family dia sama dengan family kau. Nama dia Oh Hayoung." jelasku.

"And tadi bila aku tanya dia suka kau ke tak, dia angguk." sambungku sambil mengenyitkan mata.

Sehun tersenyum lebar. Aku ketawa melihat Sehun sebegitu.

Aku mencapai telefon bimbitku dan menghantar nombor Hayoung melalui mesej. Sehun memandang telefonnya sambil berkerut dahi dan memandangku semula.

"Nombor Hayoung. Say thanks to me when you guys are together. Pasal pertunangan kita, aku akan cakap dekat omma dengan appa aku. Bye!" Aku bangun dan keluar dari kafe.

====BERSAMBUNG====

I've been preparing for a new ff lately, sebab tu Laili selalu update cerita ni pft. Kalau Laili publish cerita tu nanti lepas cerita ni habis, please bagi sambutan yang hangat okay xD

Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]Where stories live. Discover now