Chapter 7 : Remembered Everything
*****
Aku segera menuju ke ruang tamu dengan tangan yang sedang merapikan rambut.
"Omma! Minli nak keluar ni!" beritahuku sambil melihat biasanku pada cermin.
"Keluar pergi mana?" Omma menghampiri diriku.
"Beli aiskrim. Wae? Omma nak ikut?" Aku hanya sekadar ajak-ajak ayam saja. Tak mungkin omma nak ikut aku.
"Ish, tak ingin. By the way, cincin tu pakai tak?" soal omma.
Aku menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisku. Cincin tu ada corak warna emas macam bentuk... hati separuh. (Gambar di media) Aku tak tahu kenapa tapi memang rutin harian omma untuk tengok sama ada aku keluar pakai cincin tu atau tidak. Dah bertahun-tahun. Dan aku tak tau bila omma bagi cincin ni kat aku.
"Alright. Jangan balik lambat sangat tau." pesan omma. Pesanan yang membuat aku tersengih.
"Itu yang risau tu omma. Minli rasa Minli balik tengah malam kut. Hehe."
"Apa Minli nak buat lama-lama dekat luar tu?" Omma mula bercekak pinggang.
"Nak beli aiskrim, pastu makan kat sana. Pastu pergi kedai aiskrim lain, buat benda yang sama sampailah semua kedai tutup." Aku buat lawak hambar.
"Tak kisahlah... tapi jangan lama sangat sampai larut malam. Ingat, Minli ni tuna—"
"Tuna apa?" Aku memotong percakapan omma sambil menjongket kening.
"Silap, anak dara. Tak elok keluar malam lama-lama. Tak manis orang pandang." Omma mengetap bibir.
"Okay. Minli janji I'll be back before 10." Aku mengucup pipi omma sebelum melangkah keluar dari rumah.
Namun, aku terdengar keluhan omma yang membuat aku tertanya-tanya semasa hendak menutup pintu.
"Minli... I'm sorry."
♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Aku berjalan menuju ke kedai serbaguna. Entah mengapa, aku rasa tidak sedap hati. Sesekali aku menoleh ke belakang, untuk memastikan tiada sesiapa mengekori aku.
"Woi." Satu tangan memegang bahuku.
Aku segera menekup mulut untuk menahan diri dari menjerit kerana terkejut. Aku berpaling.
"Hoi! Gila ke? Nak bagi aku mati apa?!" marahku. Aku merenung Chanyeol sambil bercekak pinggang.
Chanyeol hanya membuat muka tak peduli. Dia memandang aku dengan pelik.
"Kau pun satu. Aku tahu la kau berani, tapi jangan nak berani keluar sorang-sorang waktu senja kalau dengan aku pun kau takut. Sedar sikit diri tu perempuan." bebel Chanyeol.
"Eeii senyapla! Mana ada orang jahat waktu senja ni." Aku menjelingnya sebelum menyambung langkah ke kedai serbaguna. Chanyeol pula berjalan beriringan di sebelahku.
"Who knows? Aku dulu ada kawan, dia pernah kena kacau dengan penjahat waktu senja." ujar Chanyeol.
"Apa jadi dengan dia sekarang?" I asked with my uninterested tone.
"Sekarang dia jadi cashier dekat KFC." balas Chanyeol selamba.
"Hambar la mangkuk." I rolled my eyes sebelum memasuki kedai serbaguna. Chanyeol hanya mengekori aku dari belakang.
I took some biscuits, chips, beverages and an ice cream. Well banyak sampai tangan aku pun tak muat. Mujurlah Chanyeol mengambil sedikit daripada makanan-makanan yang aku pegang.
"Banyaknya. Kau nak buat apa banyak-banyak ni?" soal Chanyeol dengan mata membulat.
"Nak buat alas kaki." balasku geram. Nama pun makanan, mestilah nak masuk mulut buat alas perut. Eeii!
"Geez. Nasib baik aku ni baik tau nak tolong." bebel Chanyeol sambil mengekori langkahku ke kaunter pembayaran.
"Masuk bakul angkat sendiri." cemuhku sambil meletakkan barang-barang di atas kaunter. Begitu juga dengan Chanyeol. Abang kaunter itu mengimbas barang-barangku dan memasukkannya ke dalam plastik sambil menjeling-jeling kami berdua.
"Semuanya 32,000 won." beritahu abang kaunter tersebut. Aku hanya membayar tanpa banyak bicara.
Well Chanyeol, dia mengangkat kesemua barangku tanpa sempat aku mengambilnya. Dia selamba badak sahaja keluar dari kedai. Aku kelam-kabut mengambil baki dan mengucapkan terima kasih kepada abang kaunter itu sebelum mengejar Chanyeol.
"Hoi!" Aku mengejar Chanyeol yang baru sahaja melintas jalan raya.
Apabila aku di tengah jalan, sebuah kereta yang meluncur laju di atas jalan raya menuju ke arah aku. Aku terpaku sahaja sambil memandang kereta itu. Tiba-tiba kisah silam yang aku tak pernah tau terlayar di ingatan membuatkan aku semakin terkaku. I couldn't think straight. Masa seakan-akan terhenti.
The next thing I know, I already at the side of the road with Chanyeol beneath me. Peluh dingin bermanik di dahi kerana ketakutan.
"Kau gila ke?! Macam mana kalau kau kena langgar tadi?!" tengking Chanyeol.
I was too shocked to process everything.
"C- Chanyeol.." Air mata mula membasahi wajahku. Tanpa berfikir panjang, aku terus memeluk tubuh Chanyeol. Dapat aku rasakan bahawa tubuhku menggigil. Aku menyembamkan wajahku pada dadanya.
Chanyeol agak terkejut. But he just shrugged it off and hugged me back.
"Hey, are you okay?" soal Chanyeol dengan lembut. "Maaf sebab tengking kau tadi."
"No I'm not. Aku.. aku rasa... aku nampak.. tak, aku dah ingat kisah silam aku tadi.."
"You what?!"
====BERSAMBUNG====
Laili ambil keputusan untuk sambung je fanfic ni. Tetiba idea datang pulak hahaha. New ideas yang Laili ada, Laili akan guna untuk fanfic akan datang :3
Chapter seterusnya akan menceritakan keadaan Laili pada 4 tahun lalu, masa dia dekat hospital, baru lepas bangun and masa tu, dia langsung tak tau apa-apa pasal kisah silam dia. Senang cerita, masa tu dia kena amnesia. Wait ya! Jangan lupa voteeee!!
YOU ARE READING
Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]
Ficção AdolescenteDia sedarkan aku satu perkara. There's no such things like our life is perfect. Because we're IMPERFECT, so does our life. ------------------------- Please, no plagiarize or I'll definitely hunt you. Cover and storyline and everything in this fanfic...