Chapter 14 : Rain
*****
Sebaik sahaja aku keluar dari kafe, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Aku tersenyum kecil. Dari dulu aku sukakan hujan sampailah sekarang. Oleh kerana aku di hadapan pintu, terdapat pula atap yang melindungi pintu dari basah, aku kering.
Aku menghulurkan tangan sedikit, merasai dinginnya air hujan. Senyumanku makin melebar. Baru sahaja aku ingin menghulurkan tangan lagi, aku teringat pesanan Jonghyun.
"Laili-ah, Laili tak boleh main hujan tau. Nanti kalau jatuh sakit, risau pula oppa."
Aku memandang langit yang kelam. Senyumanku mati. Aku mengeluh lemah. Aku masih tak dapat terima semua ni.
Aku marah dengan omma, marah dengan appa. Sampai hati diorang mengatur semua ni tanpa pengetahuanku. Diorang tunangkan aku dengan Sehun? What the fcking hell?
Bukannya apa, aku mana kenal Sehun tu macam mana. And.. kalau aku kenal pun, bukannya aku nak kahwin dengan dia pun. Unless kalau aku jatuh cinta dengan keperibadian dia.
Aku geram. Aku sakit hati. And aku rasa bersalah dengan Jonghyun. By hook or by crook, aku memang kena pergi Canada lagi tiga hari dan putus dengan Jonghyun. That's it. Lagipun aku memang dah tawar hati untuk teruskan hubungan yang tiada hala tuju ni. Tambahan lagi dengan dia yang sekarang ni tengah ignore aku. Memang dah tawar habis hati aku ni.
But.. macam mana kalau aku memang kena kahwin dengan Sehun? No way! Macam mana dengan perasaan aku? Kena biarkan macam tu saja? Tak adil! Aku kena putuskan pertunangan ni. Aku... cintakan Chanyeol.
"La, aku ingatkan kau dah blah." tegur Chanyeol dari belakang. Aku hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba tangan Chanyeol memegang bahuku. I really like it. Lol I'm creepy.
"Aku tahu kau suka hujan, nak buat kerja gila tak? Kita main hujan, jom?" bisik Chanyeol di telingaku. Nafas hangatnya dapat ku rasai di telingaku.
Aku tersenyum nipis. Aku sukakan idea itu. Suka gila. Tapi...
"Tak boleh lah. Jonghyun tak bagi aku main hujan. Nanti aku jatuh sakit." tolakku lembut. Aku memang dah tawar hati dengan Jonghyun, tapi aku nak ikut cakap dia selagi kitorang belum putus.
Chanyeol mendengus.
"Hey, life is too precious to obey a person who isn't our family. Come on~" Chanyeol mencapai tanganku dan berlari di bawah hujan.
Aku tersenyum gembira dan berhenti. Bajuku sudah lencun. Tapi aku suka. Aku rasa bebas. Sejuk memang sejuk, tapi kedinginan yang aku rasai ini mendamaikan.
"Seronok, kan?" Chanyeol berdiri di depan aku sambil tersenyum juga.
Aku mendongak memandangnya, sambil tersenyum lebar, aku menganggukkan kepala.
"Lepas ni, jangan dengar cakap orang sangat kalau nak rasa bebas, okay? Ini hidup kau. Biarlah kau buat keputusan. Hidup kau takkan rasa sempurna kalau asyik terikat dengan kata-kata orang yang ikatannya tak begitu penting untuk kita." pesan Chanyeol sambil memegang bahuku.
Ayat Chanyeol aku simpan dalam kepala. Aku memegang tangannya yang memegang bahuku.
"Gomawoyo Chanyeol-ah, kau buat aku mengerti rasa kebebasan tanpa mendengar kata orang."
"Aku boleh buat sikit je. But still, I can't change the fate that you're Sehun's fianceé ." Chanyeol mengukir senyuman lemah.
"Should I.. disobey my parents?" soalku dengan teragak-agak.
Chanyeol's eyes slightly widened.
"You want to?" soal Chanyeol perlahan.
"Not really. But what they did behind my back is totally unfair. This is my life. Tapi kenapa diorang yang ada hak tentukan hidup aku?" Aku mengetap bibir menahan marah.
"Your life is like a book and you parents are the one holding the pens. Diorang tulis storyline yang diorang nak, macam mana diorang nak cerita tu habis." balas Chanyeol.
"No, I won't let them." Aku menghela nafas sambil menarik Chanyeol ke bawah sebatang pokok untuk berteduh.
"Ingat tak kau pernah kata hidup aku ni macam langit? Aku pernah kata air yang terbentang luas macam laut yang akan menjadi awan untuk mencorak langit aku. Tapi kali ni.. aku yang akan pilih sendiri air jenis apa yang akan disejat untuk jadi awan aku."
♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Omma!!" Aku menghempas pintu rumah dengan kasar.
"Minli!" Omma dan appa berdiri.
"Appa?" Aku mengerutkan dahi. Sejak bila appa balik pagi ni? Tak pergi kerja ke?
"Kenapa macam nak marah ni?" soal appa dengan tenang.
My lips parted, wanting to say something. Tapi suaraku bagaikan hilang.
"Minli basah ni. Kena hujan ya? Nak omma ambilkan tuala dan buatkan hot choc?" soal omma. Aku menggelengkan kepala.
"Nevermind. By the way Minli-ah," appa paused.
"Minli nak pergi Canada lagi tiga hari? Untuk apa? Nak jumpa Jonghyun?" Appa merenung mataku.
"Nae. Waeyo?" Aku menjongket kening.
"Omma dah kata putus dengan dia! Susah sangat ke nak dengar cakap omma?!" tengking omma.
Bahuku ternaik sedikit, terkejut dengan omma yang tiba-tiba meninggikan suara. Sepanjang aku hidup, omma tak pernah tengking aku..
"Omma?" Suaraku seakan-akan berbisik sambil memandang ommaku dengan mata yang berkaca.
Omma kelihatan tersedar. Dia menekup mulut. "Omma tak maksudkan--"
"Kenapa omma yang rasa marah? Kenapa suara omma seolah-olah omma rasa omma dikhianati? Sepatutnya Minli yang rasa macam tu!" Air mataku menitis. Aku menghela nafas berat.
"Omma dengan appa dah kawal hidup Minli terlalu lama. I'm sick of it." bisikku sangat perlahan sambil mengesat kasar air mataku. Aku yakin mereka berdua tidak mendengar kata-kataku.
"By hook or by crook, I'm leaving. You can't stop me." Aku mendaki tangga menuju ke bilik tidurku.
Omma dengan appa cuba kawal hidup aku sepenuhnya. Aku tak boleh biarkan. Lepas aku putus dengan Jonghyun, aku akan usaha untuk putuskan pertunangan yang tak guna ni.
====BERSAMBUNG====
Relax, Sehun is yours xD Laili akan cuba siapkan ff ni secepat mungkin sebab Laili dah bosan nak buat cerita ni lol. I have like 5 ongoing stories in my notes so I have to finish this ff soon xD Jangan lupa vote.
YOU ARE READING
Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]
Fiksi RemajaDia sedarkan aku satu perkara. There's no such things like our life is perfect. Because we're IMPERFECT, so does our life. ------------------------- Please, no plagiarize or I'll definitely hunt you. Cover and storyline and everything in this fanfic...