Chapter 15 : Going To Canada!

949 95 2
                                    

Chapter 15 : Going to Canada!

*****

Aku memasukkan baju-bajuku ke dalam bagasi. Aku khusyuk mengemas barang-barang untuk dibawa ke Canada esok hari sehingga tidak menyedari omma dan appa sedang bersandar di pintuku sambil memerhatikan aku.

Aku memandang sekeliling bilik. Ketika itulah aku menyedari kehadiran ibu bapaku.

"Omma? Appa? Buat apa dekat sini?" Aku menghampiri mereka berdua.

"Kitorang tak boleh halang Minli lagi dah, kan?" keluh omma.

"Nope." Aku membalas pendek.

"Tapi Minli, dengarlah cakap kito--"

"Sampai bila, appa? Sampai bila?" soalku hampir berbisik, memotong percakapan appa.

"Minli pun nak rasa bebas jugak. Sekali pun jadilah. Tau tak betapa stressnya Minli dekat dalam rumah ni?" sambungku dengan mata berkaca.

Appa mengeluh. Dia memegang bahuku.

"Alright Minli, you can go. Pergilah release tension." ujar appa sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.

"Tapi kan, omma dapat tahu daripada Woohyun yang Minli beli dua tiket. Minli pergi dengan siapa?" soal omma.

"Chanyeol." balasku.

"Eo? Bukan ke you guys weren't in good terms?" soal appa sambil mengerutkan dahi.

"Well, he's a cool but conceited guy so yeah. I'm okay with him now." balasku sambil bermain dengan jari.

"Okay, pergilah sambung kemas baju." ujar appa sebelum keluar dari bilikku dengan omma.

Aku mencapai telefon bimbitku dan cuba menelefon Jonghyun sekali lagi untuk memberitahu bahawa aku akan menemuinya. Tapi tetap tidak berjawab.

"Tak pe lah, dia busy sangat kut. Nasib baik dia pernah bagi alamat rumah dia kat Canada. Nanti pergi teruslah ke rumah dia." Aku tersenyum kecil.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Keesokan harinya..

"Rasa macam hantar korang untuk pergi honeymoon, bukannya vacation." Ayat Jiwook mengundang tawa Ellie.

"It's not even funny, dumbass." Aku menumbuk bahu Jiwook.

"Chanyeol is sweating." Ellie memandang Chanyeol dengan hairan.

Aku turut memandangnya.

"Well.. aku tak pernah pergi luar negara tanpa ibu bapa aku so yeah." keluh Chanyeol.

"It's gonna be okay." Aku tersenyum.

"Oh ya, Sehun said hello." ujar Chanyeol.

Aku tersenyum lagi. Aku menghulurkan telefon bimbitku kepadanya membuatkan Chanyeol mengerutkan dahi.

"Masukkan nombor Sehun." Aku meletakkan telefonku di atas tangannya dan kembali menghadap Ellie dan Jiwook.

"Terima kasih hantarkan kitorang. Tapi rasanya korang boleh balik kut. Tumpanglah Woohyun. Dia tengah tunggu." Aku menunjukkan Woohyun yang sedang duduk di atas bangku.

"Alright. Baik-baik kat sana." Ellie melagakan pipinya dengan pipiku.

"Jangan buat benda tak senonoh dengan Chanyeol sudah. Atau mungkin Jonghyun, walaupun kau rindu dia sangat." Jiwook mengelak dari kena tumbukan aku. Eeii mamat ni!

Imperfect (EXO Park Chanyeol) [COMPLETED]Where stories live. Discover now