SUDAH tiga pusingan Fareez berlari mengelilingi Taman Botani. Qarina pula hanya mampu menghabiskan satu pusingan. Sudah lama dia tidak beriadah. Sekali-sekala, terasa penatnya. Peluh mula membasahi wajah Fareez, termengah-mengah dia dibuatnya. Qarina menghulurkan air mineral kepada suaminya. Kasihan pula melihat Fareez tercungap-cungap keletihan.
"Rehat dulu boleh tak? Penatlah," soal Fareez.
Dia terus duduk di sebelah isterinya.
"Siapa suruh lari sampai tiga pusingan kalau dah tahu badan tu tak larat?" jawab Qarina.
"Penat-penat macam ni, kalau ada orang tolong picitkan, bagus jugak."
"Tak apalah, nanti kita pergi rumah urut, nak?" cadang Qarina.
"Habis tu, yang kat sebelah ni takkan tak boleh tolong urutkan?" soal Fareez.
Qarina mencebik.
"Pagi tadi bukan main lagi, nak jadi isteri yang baik. Abang mintak tolong picit pun dah cebik," sambung Fareez lagi.
"Hmm... gelilah. Dah badan peluh-peluh. Nak suruh orang picit pulak, tak kuasa den," jawab Qarina.
Dia bingkas bangun.
"Nak pergi mana pulak tu? Abang tak habis rehat lagilah," soal Fareez.
"Jomlah, pergi makan. Lagi satu, janganlah bahasakan diri tu abang. Cair tahi telingalah," jawab Qarina dan terus melangkah.
Fareez menggeleng. Susah betul hendak faham orang yang tiada pendirian macam Qarina. Pagi kata lain, petang kata lain.
Mereka berdua hanya memesan makanan yang sama. Roti canai kosong kuah banjir. Qarina menyuap roti canai yang telah pun dipotong kecil-kecil dengan lembut dan perlahan. Fareez sesekali menjeling ke arah isterinya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Berkerut dahi Fareez. Dia berbelah bahagi sama ada hendak menjawab atau tidak panggilan telefon itu. Sudahnya, dia membiarkan sahaja.
"Siapa telefon? Kenapa tak jawab?" soal Qarina.
"Iqram. Malas nak layan mamat ni."
Qarina terdiam. Mendengar nama Iqram, seleranya patah. Untuk apa lagi Iqram menghubungi Fareez setelah apa yang dikatakan lelaki itu kepadanya?
"Kenapa ni?" soal Fareez.
"Hilang selera," jawab Qarina.
"Janganlah macam ni. Kita kan dah kahwin, Iqram tu sepupu saya. Suka atau tak, dia pun dah jadi ahli keluarga awak. Suatu hari nanti, awak terpaksa jugak berdepan dengan dia," pujuk Fareez.
Macam menipu diri sendiri pula dia rasakan. Kalau boleh, dia tidak mahu Qarina berjumpa dengan Iqram. Dia bimbang andai Qarina gagal melupakan cintanya pada sepupunya itu.
Telefon berdering lagi, kali ini Fareez menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum," jawab Fareez sambil mengenyit mata kepada Qarina.
"Waalaikumussalam. Reez, aku ada kat Penang ni. Aku ingat nak ke rumah kau. Aku seorang aje ni. Ada kerja kat sini," ujar Iqram.
"Iya ke? Aku tak ada kat rumah sekarang. Aku tengah makan ni," ujar Fareez.
"Kau ada kat mana?" soal Iqram.
"Kat kedai makanlah. Kat mana lagi?" jawab Fareez.
Qarina menggeleng. Dia yakin, Iqram kini berada di Pulau Pinang.
"Aku tahulah, tapi kat mana? Aku ada kat Vistana Hotel."
"Err... aku ada kat Restoran Kayu Nasi Kandar," jawab Fareez.
![](https://img.wattpad.com/cover/375114023-288-k796448.jpg)
YOU ARE READING
Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal
Любовные романыSekadar Berkongsi. Kalau suka, sila beli. https://www.karangkrafmall.com/isteriku-naik-hantu Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia...