44

6 1 0
                                    

FATIN masih bermain dengan pensel di jari. Sudah dua hari dia cuba mencari jawapan tentang Fareez dan Qarina. Nampaknya, Qarina masih menidakkan tekaannya. Puas dia memujuk, namun hati ketuanya masih keras. Dia tetap mengatakan yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Fareez. 

Apabila Fatin mengungkit perihal tangan Qarina yang digenggam erat Fareez, Qarina buat-buat bodoh. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja dia bertanya kepada Fareez sendiri? Tetapi, apa pula kata Fareez? 

"Cik Qina, ceritalah kat saya. Cik Qina dengan Encik Fareez tengah bericnta ke?" desak Fatin lagi.

Rasanya, sudah berpuluh kali dia bertanyakan hal itu. 

"Awak ni kan, berapa kali nak tanya? Tak jemu ke tanya soalan yang sama?" soal Qarina. 

"Tak, sampai saya dapat jawapan yang betul. Kalau tak nak bagi saya tanya banyak kali, jawab ajelah. Bukan payah pun," rungut Fatin. 

"Nak jawab apa? Bila saya jawab, bukan awak percaya pun. Saya tak ada apa-apalah dengan Reez tu," dalih Qarina lagi. 

"Tak ada apa? Siap pegang tangan lagi, macam tu tak ada apa? Saya tahulah, saya ni belajar setakat SPM aje. Tapi, takkan saya tak tahu mana betul, mana tipu," ujar Fatin.

"Kalau dah tahu, buat apa tanya lagi?" sindir Qarina. 

"Kenalah tanya, nanti orang cakap saya bawak mulut pulak. Saya rasa, Cik Qina memang bercinta betul-betul dengan Encik Fareez. Bukan ke dulu Cik Qina pernah beritahu saya yang Cik Qina pura-pura bercinta dengan dia sebab nak sakitkan hati pakwe lama. Betul tak?" soal Fatin. 

"Hmm..." jawab Qarina, ringkas. Malas dia hendak melayan Fatin. 

"Jangan-jangan Cik Qina dah betul-betul jatuh cinta tak?" duga Fatin. 

"Awak ni tak ada kerja lain ke? Jangan masuk campurlah urusan saya. Lebih-lebihlah awak ni, Fatin!" marah Qarina. 

"Saya tak boleh nak buat kerjalah Cik Qina selagi saya belum tahu cerita sebenar. Malam pun saya tak boleh nak tidur," ujar Fatin. 

"Teruknya awka ni. Kepohlah awak ni, Fatin. Saya tak ada apa-apa pun dengan dia. Kalau saya ada skandal dengan dia pun, kenapa? Awak cemburu?" duga Qarina. 

"Mana ada. Kalau Cik Qina memang tengah sakan bercinta dengan Encik Fareez, tak apalah. Cuma saya nak cakap, lain kali jangan kutuk-kutuk. Bukan dulu Cik Qina cakap, Encik Fareez tu poyo, hitam, apa lagi ek? Hah, lagi satu, kalau pupus lelaki dalam dunia ni, belum pasti Encik Fareez jadi pilihan. Alih-alih sekarang, dah jatuh cinta, apa kes?" soal Fatin. 

"Dahlah, pergi buat kerja. Menyibuk ajelah awak ni. Laporan kewangan bulan ni dah siap ke belum?" soal Qarina. 

"Err... yang tu ke? Belum lagilah, Cik Qina," jawab Fatin sambil tersengih-sengih. 

"Tak siap lagi? Kalau tak siap, pergilah buat. Yang dok menyibuk hal orang kenapa?" soal Qarina.

"Okey, saya keluar dulu. Nak siapkan laporan tu, assalamualaikum," ucap Fatin, cepat-cepat keluar dari bilik Qarina. Kalau tidak, pedihlah telinganya kena leter dek Qarina. 

Tak nak mengaku ya? Tak apa, aku akan siasat jugak, bisik hati Fatin, tidak puas hati. 

***********************************************************************************************

FAREEZ merehatkan badan di atas sofa. Televisyen dibuka perlahan. Qarina sedang menyiapkan makan malam. Entah apa yang dimasak Qarina, dia tidak pasti. Yang jelas, baunya menusuk hidung. Wangi bau masakan itu. 

Tiba-tiba loceng pintu rumah berbunyi. Fareez merungut dalam hati. Entah siapa yang datang pada waktu begini, menyusahkan betul! Fareez bangun dengan malas. Langsung dia tidak melihat dari lubang kecil. Sebaliknya, daun pintu terus sahaja dibuka. Terkejut dia melihat Fatin sedang berdiri di hadapan pintu. 

Isteriku Naik Hantu karya Syikin ZainalWhere stories live. Discover now