DW 1 ⏳

65 11 0
                                    



"Abang Sayf janganlah amik kek Sara . Penat tau kite beli dengan duit hasil titik peluh selama sebulan ni tau", marah Sara Umairah seraya tangan cuba mengambil kek dari tangan abangnya Sayf Uzair. Berlari keanakkan Sara Umairah cuba mengejar Sayf Uzair yang cuba membawa lari kek adiknya.

"Sudahlah Sayf oi kamu tu duk mengenakan adik kamu. Bawa bawa matangg sikit perangai kamu tu. Umur dah 26 tahun tau masih juga suka duk mengusik adik kamu tanpa henti", seloroh Puan Sarimah sambil menyiapkan makan tengahari untuk mereka sekeluarga. Cukup dia pelik perangai dua beradik tu seriuhnyaa bila ada berjumpa. Kalau duk terfikir anak nya satu hari nanti ada rezeki pergi jauh mesti sunyi sepi rumah kediamannya itu.

"Ala umi ni orang nak usik adik je ni haa. Usik sikit sikit jer kalau bukan Sara siapa lagi Sayf nak usik. Takkan nak usik babah pulak mahu kena tempeleng kepala Sayf nanti", ujar Sayf Uzair mengekek ketawa akan ayatnya tadi.

"Haa tahu pun, habis kamu ingat duk mengacau dak Sara tu takpa pulak. Naik bingit telinga umi ni dengar suara Sara nyaring tu", balas Puan Sarimah bergelak ketawa.

"Dah dah kamu berdua pergi panggil babah makan", kata Puan Sarimah sambil tangannya mencedok nasi.

Setelah makan mereka anak beranak duduk berkumpul di depan tv. Sayf Uzair memainkan mata pada Sara Umairah bagi tanda untuk mulakan percakapan sekarang. Sara memahami lirikan mata yang diberi Sayf Uzair dan mula berdehem kecil.

"Babah Umi , Sara ada benda nak bagitahu",Sara Umairah menghentikam keheningan di antara mereka.

"Sara nak cakap pasal apa?", balas Encik Umar seraya menoleh ke arah anak perempuannya diikuti Puan Sarimah turut memandang ke arah Sara Umairah.

"Sara ada dapat panggilan kerja kat Kuala Lumpur. Kalau Babah dengan Umi tak keberatan boleh ke Sara merantau kerja kat sana?", tanya Sara memandang muka umi dan babahnya. Babah dah puas menghalang dia untuk cari kerja jauh dari Melaka. Katanya cukup sajalah bekerja dalam Melaka ni dekat dengan babah.

"Babah umi jangan risau. Sara akan duduk dengan abang Sayf nnti jadi senanglah abang nak jaga Sara nanti. Please eh babah umi bagi chance kat Sara merasa merantau di negeri orang cari kerja. Ala Sara janji nanti Sara akan selalu selalu ajak abang Sayf balik melaka ziarah babah umi", tambahan Sara Umairah sambil matanya dikelip-kelip untuk memujuk babah dan uminya yang sedari tadi diam seribu bahasa. Harap terkena la umpan kecomelan ni, getus hati Sara Umairah.

"Be..betul babah umi, Sayf kan ada untuk jaga Sara kat sana nanti. Sayf kerja pun bukan selalu busy so ada masa terluang nanti Sayf bawa balik anak kesayangan babah ni balik Melaka. Babah umi jangan risau Sayf tahu jaga adik Sayf yang sorang ni",balas Sayf Uzair mempertahankan permintaan adiknya itu.Dah puas Sara memujuk dirinya 2 hari lepas supaya menyokong keputusan yang dibuat.

Laju kepala Sara mengangguk atas percakapan abangnya tadi. Dia bertentang dengan dua pasang mata yang merenung dirinya dari tadi. Cuba hendak dibaca riak muka babah dan uminya malah tak berjaya. Keluar keluhan kecil dari bibirnya seraya menurunkan pandangan dia.

"Sara dah yakin ke? Dah muktamad nak merantau jauh dari umi babah?", tanya Puan Sarimah penuh kelembutan. Muka anaknya dipandang redup.

"Sara .... em yakin tu taklah yakin 100% sebab ada rasa takut juga nak merantau tapi Sara betul betul nak cuba kerja kat KL tu umi",balas Sara Umairah menatap mata uminya.

"Kalau begitu, umi ikut keputusan babah. Apa yang babah cakap or buat keputusan itulah keputusan umi ya sayang",Puan Sarimah cuba memujuk anaknya. Dielus rambut anak perempuannya itu beri kekuatan.

"Babah faham kamu nak merantau macam abang kamu. Tapi dia lelaki Sara dan kamu tu perempuan. Sudah cukuplah babah lepaskan abang kamu takkan kamu pun nak babah lepaskan ? Babah risaukan keselamatan Sara kalau jadi apa apa. Tapi kalau betul Sara mampu jaga diri dan nak kan kerja kat sana takpa babah bagi chance kat Sara. Babah takkan nak sekat kehidupan anak babah untuk memilih kerjaya sendiri",pencerahan Encik Umar cukup but Sara memahami setiap bait kata kata babahnya. Encik Umar takut nanti dirindui pula anak perempuannya bila toada di rumah.

Demi WaktuWhere stories live. Discover now