DW 9 ⏳

19 9 0
                                    



Sara memasuki gedung mewah itu bersama Harris. Dia hanya membontoti Harris ke mana saja haluan jejaka itu. Sampai satu pintu besar dia masuk ke dalam ruangan itu bertuliskan Club Milesime. Wow!

Sara termangu memandang sekeliling yang mewah. Tak pernah seumur hidup dia menjejakkan kaki di tempat mewah seperti itu.

"Tutup mulut tu nanti masuk lalat" tegur Harris melihat reaksi muka Sara yang tampak teruja itu tanpa sedar mulut melopong. Sara tersentak lalu menekup mulutnya. Malu.

"Bilik ni full book hanya untuk meeting kita saja...kau kata nak proper sangatkan" Sara memandang Harris tidak berkelip. Hatinya seakan berbunga bila Harris kata begitu. Harris yang nampak keras di luaran tapi cara dia dalam melayani wanita seelayaknya patut dipuji.

"Hensem sangat ke aku sampai kau pandang lama lama ni...jangan lama lama nanti jatuh cinta" Sara mencebik. Ada je ayat yang buat Sara menyampah. Baru nak feeling boss hargai pendapat pekerja tiba tiba potong line puji diri sendiri.

"Takda makna saya nak jatuh cinta...daripada jatuh cinta dengan Encik Harris baik saya jatuh cinta dengan Mustakim" Harris memandang Sara tajam. Dalam hati dia hadir satu perasaan cemburu bila Sara menyebut nama Mustakim.

"Dah malas nak bertekak dengan kau...ada je nak lawan...ni sini duduk sebelah aku" pelawa Harris.

"Kenapa saya kena duduk sebelah Encik Harris"

"Ke kau nak duduk sebelah konsultan lain...kalau dapat yang gatal ha kau nak ke" seloroh Harris menakuti Sara. Sara berfikir sejenak. Seram. Nak nak kalau dapat yang tua miang pula tu. Geli geliman Sara dibuatnya. Terus dia melabuhkan punggung di sebelah Harris.

Harris tersenyum. "Tahu pun takut" getus hati kecil Harris.

🥀🥀🥀

Harris memandang jam ditangan sudah 30 minit dia menunggu kedatangan konsultan. Semua dah datang kecuali satu satunya Dato Jalil yang always ada problemmatic attendant. Harris sudah merengus kasar. "In 5 minute, Dato Jalil isn't here we will start the meeting accordingly without him" kata Harris tegas.

Sara hanya memerhati. Selang 5 minit, Dato Jalil pun tina sambil membetulkan tie dan meminta maaf pada semua atas kelewatan dia.

"One more time you late then we will proveed yhis project without you and your company" bicara tegas Harris. Dato Jalil mengusap tengkuk tersenyum hambar.

"We may start now"

Sara ralit cuba menulis sebanyak mana info info penting untuk Harris. Sara dapat rasakan ada mata yang melihat dia tapi dia usir perasaan itu. Manakan tidak nanti sibuk cari siapa pandang dia dengan kerja tak siap. Haru kena marah dengan Harris nanti.

Sepanjang meeting mata Harris banyak menangkap Dato Jalil tersenyum senyum asyik memandang Sara. Harris tidak betah. Harris membuka kot dia lalu dia meletakkan ke badan Sara. Sara terkejut.

"Pakai ni nanti kau sejuk...baju kau pun lengan 3 suku...butang atas baju kau tu " kata Harris perlahan. Mata dia tak lekang memandang Dato Jalil. Sara mengangguk lalu membutang bajunya, dia lupa waktu berjalan masuk ke gudang dia membuka butang bahagian atas dadanya sebab panas. Dahtu lupa nak butang semula.

Entah kenapa Sara rasa bahagia bila Harris layannya begitu. Sara tak mampu usir perasaan itu. Dia tersenyum kecil. Jeles ke Harris ?

Habis sahaja meeting, tiba makanan yang dipesan Harris sewaktu mereka sampai tadi. Sara melihat makanan dihidang yang tak pernah dia makan lagi. Kecur air liur dia.

Dato Jalil sengaja menjatuhkan sudunya ke bawah meja. "Ops maaf menganggu you guys" Dato Jalil membongkok cuba untuk mengambil sudu. Tapi bukan itu niat sebenarnya. Dia mula memandang ke arah kaki Sara yang ditutupi skirt terbelah.

"Sara can we change seat?" Harris tanya.

"Why Encik Harris"

"Saya sedikit tak selesa duduk sini" Sara mengangguk faham kemudian dia bangkit dari duduknya ingin tukar tempat dengan Harris. Dato Jalil terkejut kemudian di angkat kepalanya.

Dumm! Bunyi kepala Dato Jalil terhantuk mejanya. Dia meluruskan badannya dan menggosok kepalanya. Kuat rasanya terhantuk kepala tuanya itu. Niat nak lihat rezeki alih alih rezeki lain dapat.

"Are you okay Dato Jalil" tanya Harris mengangkat kening sebelah. "Padan muka kau orang tua miang, gatal lagi" getus hati Harris seraya tersenyum sinis.

"No I'm okay Harris. Maklumlah dah tua nak bongkok pun susah" ucap Dato Jalil lalu disambut tawa konsultan yang lain. Sara yang kebingungan turut tergelak.

Harris memandang Sara tajam. "Dia ni bodoh ke apa...tak tahu ke aku baru selamatkan dia dari mata helang" Harris menggumam. Sara terdiam memandang Harris. Apa salah aku?

🥀🥀🥀

🥀🥀🥀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Demi WaktuWhere stories live. Discover now