DW 6⏳

15 3 0
                                    





Sara melangkah masuk kawasan rumah dengan keadaan penat yang tak boleh bawa bincang. Sara memulas tombol pintu rumah yang tak berkunci. Dia berlalu ke dapur ingin melegakan tekaknya yang kering. Membutang mata Sara melihat sosok yang sangat dia rindu rindukan.

Umiiii!!!!! Jerit Sara Umairah berlari memeluk Puan Sarimah yang tengah menyiapkan makan malam buat mereka anak beranak.

"Mana abang Sayf umi", tanya Sara Umairah.

"Dia bawa babah pergi beli barang sikit" balas Puan Sarimah serta dibalas dengan anggukan daripada Sara Umairah.

"Ishh Sara rindu sangat umi dengan babah tauuu", balas Sara seraya memeluk uminya sekali lagi. Puan Sarimah menggosok kepala anak perempuannya itu. Sungguh dia pun rindu akan telatah anaknya bila bersama di rumah kampung.

"Dah pergi siap-siap mandi buat apa perlu lepastu baru turun makan",

"Baik mem", balas Sara Umairah mendaki tangga menuju ke biliknya.

🥀🥀🥀

Selesai sahaja makan malam mereka anak beranak terus memenuhi ruang tamu kumpul bersama tengok movie. Sudah lama dia tak berkumpul macam ini. Sekarang mereka dua beradik busu dengan kerjaya masing masing tak dapat nak meluang masa dengan yang tersayang.

Sara menguap buat kali ketiga. Sungguh badan dia sudah lemah gemalai. Kalau diberi katil yang empuk sekarang dengan mudah dia akan tertidur. Sara meminta izin nak masuk tidur dahulu. Selesai saja bersalaman dengan orang tuanya dia menapak naik ke biliknya di tingkat atas.

Sesampai saja dihempas tubuh ke atas katil.

Ting! Ting!

Dua mesej masuk.

From: Singa Jadian
Nanti ganti balik burger aku bagi tadi.

From: Sara Umairah
Eh apasal pula? Dah bagi minta balik eih burok siku

From: Singa Jadian
Burger tadi tu terpaksa bagi sebab kesian tengok kau
dah macam sembelit rupa tak dapat makan

From: Sara Umairah
Ish kalau saya tahu saya tak terima tau .
Malas nak meminta minta ini.
Tapi saya takkan bayar or ganti rugi balik burger awak tu.
Kalau nak pergi jamban rumah saya kutip balik yang dah jadi najis tu.

From: Singa Jadian
Okay thank you ganti rugi  burger aku balik.
Goodnight.

From: Sara Umairah
Eh saya tak cakap apa apa pasal ganti rugi..
Jangan nak memandai eh.
Ada yang makan santet malam malam buta ni.

From: Singa Jadian
Kau nak santet.?. Kau hidup zaman bile kuno sangat.
Okay takpa kalau taknak ganti rugi burger tapi bagi aku benda lain.

From: Sara Umairah
Haa?! Nak bagi apa pulak
Jangan benda pelik pelik Harris oi

From: Singa Jadian
Give me your love.. maybe I can protect it from hurt cia cia cia.

Sara bungkam. Hilang kata-kata.

Ayat Harris Luthfi singkat tapi makna yang mendalam. Dia tahu ke pasal diri Sara Umairah. Sara segera mengusir perasaan yang kian kerap bertandang di tangkai hatinya. Dia sudah berikrar pada diri untuk berhenti beru hati pada orang yang takkan mampu menjaga hatinya seperti mana dia menjaga hati orang yang dia sayang.

🥀🥀🥀

Sara memasuki gedung komersial itu. Dia harini mengenakan skirt hitam separas lutut terbelah sedikit di belakang dan blouse puffy bunga. Dia tahu umi babahnya seorang yang alim tapi belum bersedia lagi dia ingin berlitup sepenuhnya mengikut kemahuan uminya. Rambut disepit tepu bagi kemas.

Demi WaktuWhere stories live. Discover now