DW 14 ⏳

22 6 0
                                    




Selesai Sara menunaikan solat maghrib, dia memboloskan diri ke arah dapur untuk menolong uminya menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga. Dilihat Sayf sekali ada menolong uminya di dapur. Mereka adik beradik sudah diajar supaya menolong apa saja pekerjaaan umi dan babahnya di dalam rumah.

"Umi, abang long Saed tak pernah balik lagi ke sejak Sara kerja kat KL?" Sara mengerling ke arah bilik yang kosong tidak berpenghuni itu. Terbit rasa sedih di tangkai hati. Pertanyaan Sara itu dijawab dengan gelengan daripada Puan Sarimah. Suasana yang tadi girang tibs tiba menjadi hening.

"Takda satu pun ke Umi khabar dia ? Tak pernah ada panggilan pasal along ke umi?" Tanya Sayf pula. Hairan sampai ke harini abang longnya itu seperti menghilang dibawa angin tanpa khabar. Entah sihat entahtak..
"Tida khabar pangsung ngah dari pihak polis...umi pernah sekali call no abang long tapi tiada dalam talian ngah" balas Puan Sarimah perlahan. Ibu mana yang tak rindu anaknya bila keluar pergi beli barang dan secara tiba tiba hilang tiada khabar hingga kini.

"Anak umi Saed Uwais tolong la sayang balik ke pangkuan umi dan babah" rintih hati Puan Sarimah. Di amat rindukan sosok anak sulungnya itu. Sudah puas dia dan suami guna pelbagai cara untuk mendapatkan info mengenai anak sulungnya tapi sampai sekarang masih tiada khabar berita.

Flashback..

"Saed tolong umi kejap boleh?" Jerit Puan Sarimah dari dapur memanggil anak sulungnya. Saed berlari ke dapur mendapatkan uminya.

"Umi nak minta tolong apa tu" Tanya Saed seraya tangan laju menolong uminya mengambil bawang yang berada di rak atas.

"Tolong belikan belacan Saed kar kedai Pak Mail depan tu je" Puan Sarimah menyambut huluran bawang dari tangan Saed Uwais.

"Okay tapi lepas Saed solat zohor la umi...ni belum solat lagi baru je balik dari belakang" Saed membasuh tangannya yang sedikit kotor. Saed bergegas ke biliknya untuk mengambil yuala mandi. Dia terasa badannya melekit akibat peluh.

Selesai saja solat zohor Saed menghala kaki ke dapur mencari uminya. Dilihat hanya Sara yang ada tengah sedap isk perut manakala bayang uminya tiada. Dia menggosok kepala Sara sampai serabut rambut Sara dibuatnya.

"Hish abang long ni takdek keje ke duk kacau rambut Sara...tu rambut sendiri ada buat la" Sara menepis tangan kekar abangnya. Rasa nak tumbuk lumat lumat saja abangnya itu. Kalau lah dia botak senang cerita takda rambut lagi bagus.

"Umi mana dik" Sara hanya mengangkat bahu menandakan taktahu. Memang dia masuk dapur saja umi hilang taktahu mana.

"Tolong babah kut kat dusun" Sara mengagak.

"Takpa la ni abang keluar dulu beli barang umi pesan...kalau umi cari abang kata abang dah gerak beli barang kat kedai Pak Mail" Saed memesan pada adiknya. Dia tiba tjna rasa berat hati tak dapat tengok uminya sebelum gerak. Selama ni takda pula dia rasa perasaan pelik macam ni.

"Okay boss hati hati bawa motor tu" Sara menyalam tangan Saed. Saed hanya membawa wang not 20 ringgit saja manakala segala pengenalan dirinya tidak dibawa maklumla kedai depan simpang jalan saja.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam tapi masih tiada langsung kelibat abang long mereka Saed Uwais balik. Uminya sudah mengurut urut dadanya dari tadi dek kerana tak sedap hati. Sewaktu trngahri tadi bila dapat tahu saja Saed sudah gerak ke kedai hatinya dirundung kerisauan menggunung tapi direpis cuba menyedapkan hatinya.

"Lama sangat abang Saed ni umi" Sayf duk berdiri di muka pintu menjengah jengah ke luar.

"Umi pun taktahu la Sayf tadi umi suruh beli belacan saja emmm umi tak sedap hati la Sayf" Umi mula kerisauan.

"InshaAllah takda apa apa berlaku kita cuba tunggu sampai 10 malam ni kalau takda juga kita buat report" kata Encik Umar cuba menenangkan situasi sekarang wlaaupun dia sendiri rasa tidak sedap hati memikirkan anaknya.

Semua hanya mendiam.

Jam 10 sudah tapi masih juga tiada bayang bayang Saed Uwais pulang ke rumah. Sayf Uzair mengambil kunci kereta di biliknya. Encik Umar seakan mengerti dan balik ke bilik tukar baju untuk mengikuti Sayf Uzair. Sudah puas mereka keliling kampung dari petang ke maghrib mencari abangnya tapi takda siapa nampak. Semua hanya nampak abang di kedai Pak Mail saja lepastu abang hilang begitu saja.

"Imah Sara siap siap kita ke balai polis" kata Encik Umar. Mereke turuti arahan yang diberi Encik Umar.

"Babah Sara nak duduk rimah boleh? Mana tahu abang Saed tiba tina balik nanti" kata Sara memujuk Encik Umar.

"Elok la kalau macam tu tapi ingat ni nanti kunci pintu jangan buka selain abang Saed ya" pesan Encik Umar lembut. Mereka bertiga pergi meninggalkan Sara keseorangan. Sara hanya menghantar mereka pergi dengan ekor matanya. Hilang saja kereta dari pandangan matanya Sara menangis semahunya risau akan abangnya Saed Uwais. Dia juga seperti menyalahkan diri sendiri "Kalau sajalahSara tahan abang daripada pergi pagi tadi mesti abang ada kat sini" hati Sara sakit terlampau manakala fikirannya berpusing memikirkan kenungkinan apa yang akan terjadi pada Saed Uwais.

End flashback

Puan Sarimah menyeka air mata di hujung matanya. Sampai kini masih tiada khabar langsung sekali malah polis masih tidak menjumpai abang Saed. Mereka dah buntu nak cari kemana lagi. Akhirnya mereka hanya mampu meneruskan hidup tanpa kehadiran Saed Uwais disisi.

Sara bungkam sedih meningkam jiwa. Dia rindu along Saed tapi dia sendiri taktahu mana pergi along Saed.

Suasana menjadi hening....

🥀🥀🥀


🥀🥀🥀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Demi WaktuWhere stories live. Discover now