DW 11 ⏳

27 10 0
                                    



Sara bergolek golek di atas katil sambil leka layani video di tiktok. Almaklumlah harini hari minggu. Dia rasa malas nak bergerak dan buat apa apa hari ini. Telefon dia berdering lalu dilihat gerangan yang menelefonnya. Diana

"Assalamualaikum bestiekuuu" Sara menggedikkan suaranya.

"Walaikumsalam bestie yayang jom kita keluar" Diana mengajak.

"Ala aku malas lah nak bersiap...kau tolong siapkan aku kita keluar"

"Banyak cantik muka kau...takda takda...aku belanja harini" Diana mmahu mengumpan Sara untuk keluar bersamanya.

"Okay deal hihihi aku siap siap sekarang bye" Sara terus berubah fikiran bila mendengar perkataan belanja.

"Tapi bukan kita berdua tap...tut tut tut"Diana terdiam. Inilah Sara bukan main pantang kalau orang kata nak belanja dia. Diana menggeleng kepala.

Nak dekat 10 minit Sara menggayakan bajunya di hadapan cermin. Akhirnya dia memilih gaun floral separas betisnya. Hm cantik! Ya memang dia berbeza berbanding abangnya yang ikut akan umi serta babahnya yang warak itu. Cuma dia belum terbuka lagi nak bertudung. Pernah juga dulu dia jujur dengan umi dan babah, mereka terima dengan hati terbuka dan berharap Sara agar bertudung ikut keikhlasan hatinya.

Sara mendengar bunyi hon kereta dari bawah. Dia segara menggapai beg tangan dan di oles lip matte ke bibirnya. Cun.

"Makeup done. Beg ada. Oh yes perfume" Sara sembur dua tiga kalu di lehernya sert pergelangan tangan. Dia belek penampilannya untuk terakhir kali dan tersenyum puas. Segera dia turun ke bawah.

"Abang Sayf!! Sara keluar dengan Diana dulu!!" Jerit Sara sambil menuruni tangga.

"Okay hati hati tau kirim salam kat semua" sahut Sayf. Sara hanya mengangguk dan berlari keluar rumah. Sara memakai sandal nya. "Sejak bila Diana ada kereta macam ni" getus hati Sara mendekati kereta Suzuki Swift itu. Diana membuka ptingkat kereta di bahagian belakang.

"Sara cepat lah makcik. Duduk sebelah aku sini" Diana melambai lambai sambil menjerit dari dalam kereta. Sara mengangguk seraya kakinya menghala ke arah kereta itu. Diana membukakan pintu untuk Sara. Sara masuk ke dalam perut kereta dia membetulkn kedudukannya bagi selesa seraya berkata "kereta siapa kau amik nok...macam tahu tahu aku suka kereta ni" Sara memberulkan bajunya supaya tidak ronyok.

"Ohh Sara suka kereta ni? nanti hari hari saya amik Sara la kalau macam tu" Sara terpempan. Dia melihat depan. 2 gerangan jejaka yang amat dia kenali. Dikerling seat pemandu. Shock teruk weh Sara. Haduh dia mengurut pelipisnya.

"Err ...hai Mus hai Encik Harris" Sara membulat mata memandang Diana yang hanya tersengih macam kambing. Tangan gatal Sara mencari peha gebu Diana lalu ketam dia mula memainkan peranan dengan mengepit peha si Diana. "Opocot kau" dia melatah kuat seraya menutup mulutnya.

"Ok ke Diana" tanya Harris kebingungan.

"Ok ok Encik Harris, tadi ada ketam berjalan pula dalam kereta ni" seloroh Diana diikuti ketawa Mustakim. Mereka memulakan perjalan mereka diiringi lagu Lisa - Money.

"Kau tak cakap pun kita pergi dengan Singa Jadian ni" kata Sara perlahan hanya Diana yang dapat mendengarinya.

"Hehehe aku nak cakap kau dah tutup call...lainkali dengar sampai habis jangan separuh dah mayikan vall" Diana tersenyum kambing memandang Sara yang kelat mukanya dari mula masuk tadi. Maklum lah ada singajdian sekali ikut memang mood Sara anti singa dah sekarang kikiki.

"Ishh kau ni kalau yek pun pagi tadi kan boleh bagitahu...kalau aku tahu aku cancel nak itut" Sara mencebik merajuk dengan Diana.

"Ala jangan la majuk bucuk bucuk" Diana cuba memujuk.

Demi WaktuWhere stories live. Discover now