Sampai sahaja di hadapan rumah keluarga Encik Umar
Assalamualaikum!! Umi ohh umi.. babahhh..
Sara menjerit memanggil umi dan abahnya. Di menjenguk di tingkap yang terbuka sedikit tu. Kosong.
Aik mana pula pergi umi dengan abah ni. Jarang sekali umi dan abah mereka nak keluar rumah kecuali beli barang keperluan atau ke masjid. Sara menggaru kepala berjalan ke arah kereta. Dia menepuk pundak Sayf Uzair yang sedang asyik melayari telefon bimbitnya.
"Oi bang umi babah takde la...Sara dah jerit jerit dah panggil takde bayang pun"
"Tak kuat tu suara...haa pergi cuba lagi" Sayf balas bersahaja sambil matanya ralat memandang telefon.
"Sara dah jerit sehahis kuat dah banyal kali dah" Sara memeluk tubuh. Dilihat abangnya tak lekang memandang telefon. Dia mencebik geram. Lantas Sara menarik telinga Sayf yang asyik leka dari tadi.
"Aduhh" Sayf mengikuti langkah Sara yang dari tadi menarik telinganya menuju ke serambi rumah. Sara melepaskan telinga abangnya lalu ditepuk tepuk tangan.
"Haa abang Sayf jerit sekarang panggil umi babah" Sara menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya sambil memeluk tubuh.
"Umi babah Assalamualaikum" jerit Sayf Uzair. Selang 5 minit.
"Uii baru balik ke? Kenapa tak cakap awal kalau tak takde la umi ikut babah ke dusun belakang" Puan Sarimah berjalan ke arah mereka dengan parang di tangan kanannya. Sara berlari anak mendapatkan uminya lalu memeluk lengan umi.
"Umi masam la Sara...takmau la pegang pegang miang Sara nanti"
"Sara tak kisah... Sara rindu umi" Sara mencium cium pipi Puan Sarimah hatinya. Rindu yang menggunung kini sudah terletus bila melihat umi di depan mata. Ouan Sarimah hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Sara.
"Babah mana umi" tanya Sara.
"Babah ada kat belakang dia tengah kutip durian lagi ha" balas Umi memuncungkan bibir menunjuk ke arah belakang rumah.
"Sayf pergi dulu tolong babah ye umi" Sayf salam tangan uminya dan bergerak melangkah ke dusun belakang rumah mereka.
"Sara jom masuk jom...Harini umi buatkan Sara Asam pedas ikan duri yek" Puan Sarimah mengusap kepalanya anak perempuannya. Dia rasa sunyi takda teman bila Sara mula merantau ikut abangnya ke bandar.
"Emmmm sedapnyaa...tak sabar Sara nak makan nanti...Rindu sangat Sara dengan masakan umi tau emm" Sara menayangkan riak muka sedih memandang umi. Cuba mendapatkan simpati daripada uminya. Puan Sarimah tergelak kecil tengok muka Sara begitu rupa. Asyik nak berdrama sahaja anak bongsunya itu.
"Iyeh nanti Sara tolong umi masak ye"
"Aip aip madam" Sara mengangkat tangannya beri tabil hormat kepada uminya. Ninklau Sayf ada mesti lagi dia menambah garam mengusik uminya itu.
🥀🥀🥀
YOU ARE READING
Demi Waktu
RomanceSeorang insan yang bernama Sara Umairah pada mulanya perkenalan dengan jejaka bernama Harris Luthfi bagai anjing dengan kucing yang pantang berjumpa saja mesti bertelagah lantaran sikap Harris Luthfi yang banyak menyakitkan hati gadis itu. Semakin p...