Sara Umairah terbaring kelesuan di atas katil bilik barunya. Dilihat sekeliling bilik yang kosong hanya berhiaskan cat putih sahaja and perabotnya hanyalah 1 katil bersaiz queen. "Banyak benda kena beli ni nak cantikkan bilik aku", getus hati Sara Umairah sendirian.
Kini dia dah pun selamat berada di rumah abangnya di Puchong. Runtun hati dia melihat wajah umi dan babah buat kali terakhir sebelum bertolak ke Puchong. Malam sebelum bertolak dia puas menghabiskan waktu bersama umi dan babah bagi melepaskan rindu takut takut nanti dia tak lah terkilan sangat bile nak bergerak ke Puchong.
"Umi...Babah...", bicara kecil Sara Umairah. Ada nada sedih dalam suaranya itu. Maklum lah ini kali pertama dia terpaksa berjauhan lama dengan umi dan babah atas alasan bekerja.
"Haa menung apa",suara Sayf Uzair cuba terkejutkan adik dia.
"Eh mak kau... Ehh abang ni kan suka lah terkejutkan orang..Bagitahu babah kang baru tahu",kata Sara Umairah mengurut dadanya yang berdegup laju akibat terkejut tadi.
"Habis dah abang tengok adik termenung jauh.. Rinduu babah dengan umi ke?",tanya Sayf Uzair mengangkat kening sevelah.
"Rinduu sikit lah", suara sedih Sara Umairah.
"Takpa jangan difikirkan sangat sara. Jom lepas zohor nanti abang bawa beli barang bilik Sara nak ? Kosong sangat ni bilik Sara",kata Sayf Uzair cuba memujuk hati adiknya sorang tu.
"Wahh nak nak abang belanja kan kan.. Dah dah abang keluar Sara nak bersiap siap keluar ni", bicara Sara Umairah seraya tangannya menolak tubuh Sayf Uzair keluar dari bliknya. Terus lupa segala perasaan rindu dan sedih terhadap babah dan umi.
🥀🥀🥀
Sara Umairah rasa teruja bila menapak kaki di Ikea Damansara serta merta mulutnya terlopong akan kebesaran bangunan di depan mata dia itu.
"Oit boleh masuk langau dalam mulut tu...Bukan main besar terbuka"sergah Sayf Uzair. Tersentak lamunan Sara Umairah apbila diterperanjatkan begitu. Diurut dadanya fuhh semangat .
"Abang ni kan suka lah terkejutkan Sara"
"Dah lah Sara nak masuk panas kat luar panas hati juga ni"Sara memulakan langkah kaki dia menghala ke pintu masuk bangunan itu. Dia meninggalkan Sayf Uzair yang masih membatu di kawasan parkir kereta mereka sendirian. Sayf Uzair diam berpeluk tubuh tidak bergerak langsung. Setiap pergerakan Sara Umairah hanya diperhati dari jauh nak dilihat berani ke adik dia bersendirian dan bukannya dia tahu selok belok kawasan sini. Berlagak tahu je lebih lebih. Bukan dia taktahu adiknya kalau terkejut saja mesti terus badmood dan degil berlagak tahu semua.
Sara Umairah berhenti melangkah dan perlahan lahan kepalanya di gerakkan memandang ke belakang. Alangkah terkejutnya dia tak dapat melihat bayang bayang abangnya langsung. Dia melihat sekeliling tercari cari abang dia. Matanya terpandang susuk tubuh di kejauhan tersenyum senyum melihat dia. Sara Umairah berlari mendapatkan abangnya di kawasan parkir kereta.
"Sayf Uzair"ditekankan nama abang dia.
"Abang memang sengajakan tinggalkan Sara ishh abang tahukan sara bukan tahu selok belok kawasan ni",dijeling Sayf Uzair yang tersengih macam kerang busuk.
"Iyelah iyelah sorry abang saja je nak mengusik sara"
"Dah dah jom kita masuk shopping",Sayf Uzair jalan meninggalkan Sara Umairah yang membusuk ditepinya. Dikerling adiknya yang memuncung itu membuatkan Sayf Uazir tergelak kecil.
Setelah berhempas pulas mencari barang yang hendak dibelinya. Mereka pergi berehat di cafe dalam ikea ini juga. Sara Umairah hanya memesan makanannya kepada Sayf Uzair yang menawarkan diri dia untuk membelikan adiknya itu makanan manakala Sara Umairah pula perlu mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Mata Sara Umairah ligat memerhati tempat yang kosong untuk dia dua orang tiba matanya tertumpu pada seat hujung sebelah dinding yang kosong cukup untuk dia dua beradik.
YOU ARE READING
Demi Waktu
RomanceSeorang insan yang bernama Sara Umairah pada mulanya perkenalan dengan jejaka bernama Harris Luthfi bagai anjing dengan kucing yang pantang berjumpa saja mesti bertelagah lantaran sikap Harris Luthfi yang banyak menyakitkan hati gadis itu. Semakin p...