DW 7 ⏳

26 9 0
                                    



Tuk tuk tuk

Mustakim mengetuk pintu bilik Harris Luthfi. "Masuk" sambut Harris Luthfi. Mustakim melangkah masuk ke dalam. Diamati muka Harris Luthfi penuh aura negatif sepertinya dia sedang marah. Dilihat sekeliling bilik yang bertemakan hitam tu lagi membuatkan dia menggosok lengannya seram sejuk dirasakan sekarang.

"Kau ni bilik suram muka kau pun suram mengetat.. Seram aku" ujar Mustakim memeluk diri. Mustakim menarik kerus dan melabuhkan punggung di hadapan Harris Luthfi.

"Happy nampak.. kau dari mana" perli Harris Luthfi.

"Ehh happy la... aku baru lepas berjumpa dengan bidadari" meleret senyuman tatkala Mustakim menyebut nama bidadari itu.

"Mana bidadari kau?.. Ke bidadari dalam pejabat aku"

"Ehee tu haaa" laju mulut Mustakim menunjuk ke arah Sara Umairah yang berada di depan bilik Harris Luthfi. Harris memandang arah tunjukkan mulut Mustakim. Seorang Sara Umairah yang cantik bukan saja di mata dia tapi dimata lelaki lain juga akan terlihat cantik manis tapi mulut laser. Terbit senyuman di mulut Harris Luthfi.

"Kau pun senyum kan bila tengok dia...tapi kan aku pelik takkam takda rasa suka sikit pun kat dia Ris?.. nak nak ni dia dah jadi PA kau pula...aku ni yang kawan kau pun boleh jatuh hati"

"Ishh minah kasar tu macam mana hati aku nak jatuh cinta kalau cakap pun kasar.. dah tu laser pula" balas Harris Luthfi. Mulut mengeluarkan ayat lain tapi hatinya pula berlainan dengan apa yang dia cakap kan sebentar tadi. Perasaan berbunga bunga yang terbit dihatinya laju ditepis. Mustakim berdehem kecil mengeluarkan Harris dari lamunannya.

"Jangan tenung lama lama nanti jatuh cinta...silap haribulan mulut kata lain hati kata lain" bidas Mustakim menyedarkan Harris.

Harris menunjukkan muka menyampah di hadapan Mustakim. Secara tak sedar dia menelan air liur terasa kesat. Terfikir akan kata Mustakim tadi.

Tidak mungkin dia berpaling tadah dari wanita yang selama ini dia tunggu. Hanya wanita itu yang dia kasih dan cinta.

"Ris jom sarapan.. perut aku lapar gila" Mustakim mengurut perutnya yang sedari tadi berbunyi tanpa henti. Panggilan Mustakim mematikan lamunan Harris. Dia mencebik.

"Ni kau datang semata nak ajak aku sarap je la"

"Iyeh" Mustakim tersengih macam kerang busuk. Harris hanya mengangguk dan mula mengemas meja dia yang sedikit bersepah. Dia memakai semula kot yang dibukanya tadi. Mereka mula mengatur langkah keluar dari bilik itu. Sesampai di meja Sara, belum sempat Harris memulakan percakapan telah disela Mustakim.

"Sara jom sarapan sekali bersama nak!" Ajak mustakim.

"Eh takpa saya dah makan tadi" Sara menolak ajakan Mustakim seraya melihat muka bosnya itu masam mencuka. Risauu dia nak dekat. Minta simpanglah.

"Alaa jomla.. sekejap je.. saya belanja awak", Sara memandang Harris seperti meminta keizinan. Mana tak mahu minta izin sedangkan dia hanya pekerja saja. Harris menganggukkan kepalanya seolah beri keizinan.

"Err... ba.. baiklah" Sara mula mengemas meja dan mengambil beg tangannya . Mereka bertiga mengatur langkah keluar dari pejabat dan mula mencari kedai sarapan yang ada.

🥀🥀🥀

Mustakim memilih makan dekat warung kawasan kampung. Mereka keluar dari perut kereta dan menuju ke dalam kedai. Sampai sahaja di meja kosong terus Sara melabuhkan punggung. Mereka menilik menu sarapan yang ada. Nasi goreng., mee goreng, bihun goreng, bihun sup.... Stop. Mata dia bersinar sinar melihat menu yang menggiurkan tu. Nasi impit kuah lodeh. Nyam nyam

Demi WaktuWhere stories live. Discover now