DW 4 ⏳

22 3 0
                                    




2 minggu berlalu.....

Sara Umairah menghempas badannya ke katil dengan lemah. Terbit keluhan berat yang keluar dari bibir mungil gadia itu. Dia rasa macam mahu menjerit lepaskan apa yang terbuku di dada dia sekarang ini. Harini dah termasuk 2 minggu dia bekerja di HL Holdings sangat banyak perkara yang membuatkan dia sakit hati bukan pada colleague mahupun boss besar tapi sakit hantunya hanya pada satu orang itu saja.

"Harris Luthfi",turun naik dada Sara menahan amarah yang disimpan. Kalau bukan dek kerana mamat senteng itu anak boss sudah tentunya makan buku lima dia. Banyak kerja yang disuruh buat walaupun benda tu bukan kerja dia. Paling tak boleh dilupa dia dimarahi kerana bukan salah dia.

5 hari lepas.....

"Sara Umairah", panggilan Harris Luthfi menggegarkan satu aras ini. Semua mata tertancap pada Sara. Catherine menggerakkan mulut tanpa bunyi 'why'. Saya hanya membalas dengan mengangkat bahu dia.

Sara Umairah bangun dan bergerak ke bilik ketuanya.

Tuk tuk tuk

"Come in".suara garau dari dalam menyahut.

"Yes Mr Harris".balas Sara Umairah bersahaja.

"What's this? You tak reti buat kerja ke? You tak pernah buat peoposal ke? Macam mana kita nak tarik client if you give me this kind pf shit", Harris menghempas fail itu di atas meja. Terhinjut bahu Sara melihat tindakan Harris yang sedang marah.

"Maaf Encik Harris, boleh tunjuk saya apa yang tak kena or salah pada proposal saya so after this I will learn from my mistake and inshaAllah saya takkan ulang semula", balas Sara Umairah tegas walaupun sebenarnya hati dia sudah kecut sekecutnya tapi mulutnya pula lancang bersuara menjawab.

"You cari sendiri what is wrong balajar sendiri sebab I atasan you takda masa nak layan you seorang"

"Bukan you seorang pekerja di Hl Holdings yang saya perlu tengokkan... Takkanlah just because this one and only proposal you buat I kena habiskan masa mengajar you buat proposal yang betul... you can ask other employee kalau you nak belajar.. I takda masa!", rengus Harris Luthfi melepaskan marah. Suaranya yang pada asal meninggi menjadi kendur bila melihat wajah gadis itu seakan mahu menangis.

"Okay thank you Encik Harris..Saya minta diri dulu", Sara Umairah mencuba protes dengan menghentakkan kakinya semasa berjalan keluar.

"Kaki tu takde lagi bising ke bunyi"

"Ni paling minimum bunyi kaki saya Encik Harris Luthfi",pura-pura tersengih memandang mamat psiko depan matanya.

"Emmm"balasnya

Sara Umairah paling semula dan melangkah semula tapi dikuatkan lagi hentakan tapak kasutnya bersahaja.

"One more step Sara Umairah I will cut your increment next month", Sara terhenti mendengar ugatan itu. Dia paling seraya menjeling tajam terus beredar keluar dari situ dengan muka masam mencuka.

"Comel" getus hati kecil Harris Luthfi.

Keluar sahaja dia mencebikkan bibir memandang Harris Luthfi. Catherine melihat telatah Sara Unairah tergelak kecil. Sara duduk saja di kerusi semua berkerumun di tempat dia ingin menanyakan apa terjadi tadi.

"Apa jadi Sara kat dalam tu? Singa tu marah apa?",tanya Diana.

"Kitorang kat luar dengar macam marah betul je Encik Singa tuu tadi",ujar Akak Siti pula.

"Pasal proposal hari tu dia suruh Sara buat ni dia kata shit Sara punya ni. Kurang ajar betul singa jadian tu",cebik Sara bercakap pasal anak bosnya itu. Sakit Hati!

Demi WaktuWhere stories live. Discover now