DW 5 ⏳

23 9 0
                                    



Harini Sara Umairah mengenakan seluar slack hitam dipandan dengan blouse berwarna kelabu asap untuk pergi ke kerja. Dia berjalan ke arah lif menunggu bersama staff staff yang lain. Pintu lif dibuka lalu semua di situ menyerbu masuk ke dalam perut lif. Sara Umairah hanya menunggu sahaja diluar kerana dilihat dalam lif seperti dalam tin sardin.

"Takpa lah baik aku tunggu 2nd round". Sedang dia leka tanpa sedar Harris Luthfi berdiri di sebelah dia mula berdehem. Sara mengangkat wajahnya melihat gerangan di sebelah. "Aduh mak aih mamat ni lagi"

"Morning Encik Harris",senyum dikelatkan memandang Harris.

"Morning, harini saya nak awak teman saya turun meeting dengan client"

"Cis baru cakap morning, terus dapat tambahan kerja baru" getus hati Sara.

"Kenapa saya pula, saya bukan PA Encik Harris.. bukan sepatutnya itu kerja PA ke",balas Sara acuh tak acuh. Lambat pula lif ni nak naik ke tingkat 4.

"So sekarang awak nak kata hanya PA lagi berhak ke?"

"Yes and it should be like that..and for all your schedule follow you anywhere everywhere also under PA bukan saya", balas Sara memerli. Dilihat seperti Harris mengangguk kepalanya.

"Okay so from now awak PA saya",

Tersedak Sara apabila mendengar ayat Harris suka suki saja suruh dia jadi PA. "No thanks, saya dah berbahagia jadi assistant kak cath so saya taknak jadi asisstant awak"

"Saya tak tanya tapi ini satu arahan...no excuse"

"No saya taknak"

Ting! Pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah kaki masuk dalam. Hanya mereka berdua saja yang berada dalam satu lif . Sara dapat mendengar deru nafas Harris sekaligus membuatkan hati sara berdebat hebat. Ahh aku tak selesa! Kata hati sara.

"Ini arahan dari saya orang atasan awak.. when I said no excuse no means no" Harris bersuara cuba memujuk.

"Saya taknak" jawab bersahaja Sara membuatkan Harris mati kata kata. Sara mencebik "taktahu nak cakap apa le tu" kata hati kecil Sara Umairah gelakkan Harris Luthfi yang kematian kata-kata.



🥀🥀🥀

Sara fokus menyiapkan proposal sebelum lunch. Tidak pasal saja dah ada kerja tambahan buat sara. "Suke bagi aku kerja tambahan. Elok-elok kerja dalam ofis beraircond tiba tiba minta pergi site pulak" bahang hati Sara memikirkan arahan Harris pagi tadi. Difikirkan dirinya baru sebulan bekerja di situ dan harini pula baru faham serba sedikit cara membuat proposal dengan serta merta ada tambahan skop kerja pula.

Sara pelik melihat Kak Cath dalam bilik Harris. "Ada discussion ke", tanya hati Sara Umairah. Kemudian dia melihat Kak Cath keluar dari balik Harris menghala ke meja dia. Dia tak dapat tafsir apa yang jadi dan kenapa Kak Cath datang ke meja dia.

"Sara"

"Ya kak cath..kenapa? Ada komplen ke dari singa jadian tu" tanya Sara ingin tahu apa terjadi di dalam bilik Harris tadi.

"Nothing happen la..You nanti kemas meja tau.. kena pindah depan bilik Encik Harris",ujar Kak cath tersenyum manis pandang muka Sara yang makin blur.

"Kenapa kak cath? Eihhh taknak lah nak hadap muka dia hari-hari mahu mental saya"

"Sara nak duduk sebelah kak cath",rayu Sara Umairah menunjukkan reaksi sedih.

"Tak boleh Sara", balas kak cath.

"Kenapa pula tak boleh?"

"You dah jadi PA Encik Harris mulai ini hari and pasal proposal tu semua bagi I", kata Kak cath seraya mencuit hidung Sara. Sara makin blur. Whyy akuu !? Kata hati Sara Umairah.

Demi WaktuWhere stories live. Discover now