DW 3⏳

29 3 0
                                    



Sara Umairah membelek penampilannya di cermin. Ditepuk tepuk baju dan seluar dibetulkan rambutnya menjadi kemas. Almaklumlah hari pertama masuk kerja membuatkan hati Sara Umairah excited nak mula bekerja di tempat baru. Dilihat jam tangan sudah pukul 7:50 pagi. Sara mula melangkah keluar bilik turun ke bawah mencari kelibat abang dia.

"Abang Sayf dah siap ke belum... Sara dah siap lama tau tunggu abang bersiap macam anak dara", jerit Sara Umairah dari ruang tamu. Dikerling jam tangan dia masih berbaki 40 minit lagi sebelum nak masuk kerja. Sara Umairah berjalan ke dapur menyiapkan sarapan untuk mereka dua beradik.

Sara Umairah meletakkan sepinggan roti bakar dan jem strawberi di atas meja. Kosong! Masih tiada lagi kemunculan abang dia. "Ni kalah aku anak dara bersiap lama nau" getus hati kecil Sara Umairah.

"Abanggg cepp....."

"Iyeh lah abang dah turun ni ha puas ? tak boleh tau biarkan abang hidup aman segak.. pagi lagi dah kena jerit dengan sara", bidas Sayf Uzair mencebik. Dia meletakkan beg kerja di sofa terus meluru ke meja makan dan duduk.

"Abang tu bersiap kalah Sara tauu lain lah siap 2 3 jam keluar keluar je hansdome macam actor korea... ni sama je Sara tengok", balas Sarah Umairah mengenakan abangnya. Terkebil kebil Sayf Uzair pandnag adiknya. Diteruskan makan juaa malas melayan adiknya nanti dia juga kalah lawan debat dengan Sara Umairah.



🥀🥀🥀

Sara Umairah memasuki bangunan gah dihadapannya. Masuk saja terus Datuk Hazman pimilik kepada HL Holdings memperkenalkan diri dia kepada semua pekerja di sana. Dilihat bosnya itu amat baik orangnya dan tak sombong. Cukup bersederhana walaupun orang kaya.

Sara melabuhkan punggung di tempat barunya. Dibelek belek tempat duduknya dan dilihat berhabuk terus Sara Umairah mencari bulu ayam untuk menyingkirkan habuk yang ada di situ. Sedang ralit dia membersersihkan tiba tiba meja dia diketuk. Sara Umairah berpaling terbutang matanya melihat orang yang buat di sakir hati berada di depannya sekarang.

"Sara ni Encik Harris Luthfi.. Anak Datuk Hazman and CEO in here.. come and greet", pelawa Catherine selaku manager di situ. Sara Umairah terdiam cuba tidak memandang mata anak bosnya itu dan cuba menurunkan ego dia.

"Hi nice to meet you Mr Harris Luthfi... I'm new here"

"My name Sara Umairah and i work as assistant manager here under Mrs Catherine.. nice to meet you sir", tangan dihulur setelah memperkenalkan diri kepada Harris Luthfi. Dipandang muka Harris Luthfi siap berkaca mata hitam memasuki pejabat. "Dia ingat ada matahari ke dalam ofis ni siap pakai sunglass".bisik hati kecil Sara Umairah mencebik.

"Hi nice to meet you", terus berlalu pergi tanpa menyambut huluran tangan dari Sara Umairah. Dia tersenyum sinis. Gotcha!

Sara mengetap gigi melihat Harris Luthfi hanya berlalu tanpa menghiraukan huluran tangan dia. Sombong! jerit hati kecil Sara Umairah.

"It's okay Sara... Mr Harris memang macam tu and mood dia also tak menentu dalam office ni hopefully you can coop with this new thing",balas Catherine memujuk Sara Umairah supya jangan mengambil hati. Biasa lah anak bos kan so he can do whatever he want here.

Sara yang tengah ralit buat kerja di pc tiba-tiba sahaja ruangan dia menjadi gelap serta merta. Dilihat siapa yang bertandang ke tempat dia . Terus berubah wajahnya dibuat senyuman palsu melayan anak bosnya itu dengan baik.

"Yes Encik Harris, what can I do for you?", tanya Sara Umairah lembut.

"Buatkan I air coffee but I taknak too sweet nanti letak kat atas meja I",balas Harris Luthfi bersahaja.

Demi WaktuWhere stories live. Discover now