DW 8 ⏳

49 11 0
                                        




Tap.... Tap..... Tap.....

Bunyi Harris mengetuk jarinya di atas meja. Terbit senyuman menghiasi wajahnya itu. Kadangkala dia ketawa kecil menggeleng kepala. Harris mengelamun akan sewaktu mereka makan sarapan tadi. Dia amati setiap gerak geri Sara Umairah.

Tak dapat makan... merajuk hmph.

Dapat makan... happy sangat sampai makan tak pandang orang

Pantang kalau orang cari gaduh dengan dia... keluar segala gangster dalam diri

Muka manis... sekali marah mulut laser yang dapat

Itulah gadis yang bernama Sara Umairah. Comel.

"Kau ni penuh dengan kejutan wahai Sara" gumam Harris.

Pintu bilik Harris diketuk dari luar. Mati lamunan Harris mendengar ketukan di pintu.

"Masuk"

Sara Umairah melangkah masuk biliknya. Sara memberi satu fail besar. Dapat dilihat betapa struggle Sara bawa fail seberat itu dengan kasut bertumitnya.

"Encik Harris ni fail untuk Projek Pembinaan Sekolah Sains. Hari ini meeting pukul 230 petang di tapak pembinaan" ujar Sara.

"Oh terima kasih...and get ready pukul 230 ikut saya meeting petang ni" ujar Harris tanpa basa basi.

"Ala Encik Harris saya pakai skirt kut harini bagi la chance takyah pergi...tak sopan la pakaian saya" Sara terkejut dengar arahan Harris yang asyik nak suruh dia melekat kemana sahaja jejaka itu mahu pergi.

"Iyeh ke tak sopan... mana tunjuk" Sara memperaga pakaiannya pada Harris.  Harris cuba menyembunyikan senyuman. Memang cantik.

"Sesuai je aku tengok...ada je alasan taknak pergi...no excuse sharp 2 o'clock kita gerak"

"Hm iye la Encik Harris" Sara berlalu keluar. Dia menghempaskan punggungnya. Dia geram dengan Harris yang sentiasa nak bawa dia ke hulu ke hilir.

🥀🥀🥀

Sara menilik jamnya sudah menunjukkan 1:50 petang. Dia mengambil beg tangannya dan berjalan menuju bilik Encik Harris.

Tuk tuk tuk

"Masuk"

"Encik Harris nak gerak sekarang?" Tanya Sara.

"What time now"

"1:50 Encik Harris"

"Oh we better get going now" dia meletakkan penselnya. Dia menggapai kot dan fail kerja yang diberi Sara tadi. "Jom" kata Harris.

🥀🥀🥀

Harris memulakan pemanduan dengan diiringi lagu Daylight - Harry Styles. Sara pula hanya mendiamkan diri memandang ke luar tingkap. Hatinya masih panas lagi belum sejuk dari pagi tadi. Harris memandang Sara disebelah tersenyum kecil.

"Macam budak budak lah nak merajuk ni" Harris sengaja memerli. Namun diam tiada sahutan.

"Buat-buat tak dengar ke atau tak dengar langsung" Harris bersuara lagi namun bungkam. Tiada reaksi daripada Sara.

"If you not say a word then I'll make you talk in the meeting by presenting this project" Harris mula mengugut Sara.  Terdengar bunyi keluhan berat daripada Sara.

"Encik Harris memang suka ugut ugut orang eh" Sara tidak puas hati akan kelakuan tak matang Harris Luthfi yang suka mengugut dia kalau dia taknak ikut arahan Harris.

"Good girl...for your information aku tak suka ugut ugut tapi kalau orang tu susah nak mati handle dia so i have no choice dear" Harris mempertahankan dirinya. Sara hanya menjeling.

Sedang mereka bercakap mengenai projek. Sara pelik akan tempat baru yang belum pernah dia jejaki. Nampak gah dan mewah gesung itu. Dilihat papan tanda yang besar dan megah itu tertulis 'Sofitel'.

"Kenapa kita kat sini Encik Harris" tanya Sara separuh pelik separuh teruja.

"Kita meeting lah" balas Harris acuh tak acuh.

"Aik kita meeting kat tapak pembinaan sekolah sains tu la Encik Harris" Sara menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik dengan anak bossnya. Dah lah tempat mahal macam ni.

"Aik bukan kau mengeluh tadi kata pakai tak sopan pergi site? Jadi aku tukar la meeting kat sini dapat makan sekali" balas Harris. Dia memutar stereng belik masuk ke tempat drop off.

"Oh hehehe terima kasih Encik Harris Luthfi.. Jasa mu akan kenang...tapikan Encik Harris kita nak makan emm saya mana ada duit banyak nak makan tempat grand macam ni" Sara bersuara sedih takut takut duit tak cukup mahu dia kena tinggal situ cuci pinggan.

"Ikut je aku...kalau tak cukup aku jual je kau...banyak duit boleh dapat" balas Harris. Sara menjeling lalu memandang luar tingkap nikmati reka bentuk seni bina bangunan yang cantik itu.

Namun sejujurnya hati dia sedikit tersentuh bila Harris ambil berat akan diri dia. Sara merasa ada satu perasaan baru yang hadir dalam hatinya itu. Yang pasti bahagia.

Sampai sahaja di depan lobby dia turun tapi Sara masih terkebil kebil dalam kereta.

"Oi kau nak meeting dalam kereta ke apa" Harris menegur.

"Eh kita pergi parking kereta dulu le Encik Harris. Tak nampak ke orang kat belakang dah menunggu" Sara mengerling ke tingkap belakang ada dalam satu kereta menunggu. Em satu je.

Harris menjuling matanya lalu berjalan ke arah pintu Sara. Dia membuka pintu lalu mengenggam lengan Sara yang berlapik baju. Dia menarik Sara keluar kereta.

Sara mengikut haluan Harris lalu Harris berhenti bercakap dengan seorang pekerja dan beri sesuatu pada lelaki itu. Mungkin tips jaga kereta kut. Maklum la orang kaya kan.

Mereka lanjut berjalan tapi Sara menoleh dilihat pekerja tu memasuki perut kereta Harris. Dia hidupkan enjin dan berlalu pergi.

Sara menarik lengan Harris. "Encik Harris orang tu bawa pergi kereta encik laa...Macam mana ni" Sara dah gelabah. Dah lah kereta mahal mahu tak gelabah dia. Tapi dia tengok Harris rileks je macam takde apa jadi.

Kalau yek pun kaya takkan kereta sebiji tu tak kisah kena curi.

"Itu valet lah Sara. Tadi kan aku pass kunci kereta kat dia so nanti dia akan park kan kereta aku tu nanti" Harris menerangkan situasi sekarang nak nak dilihat Sara gelabah semacam.

"Boleh percaya ke? Kalau dia curi kang haaa padan muka encik harris" Sara masih curiga.

"Jangan risau. Kalau sekali dia curi cctv ada lepastu takkan aku lepaskan orang tu...memang aku cari sampai lubang cacing...okeh Sara eh" Harris memeluk tubuh. Depan pintu masuk juga nak buat drama tv3.

🥀🥀🥀


Maaf kalau bosan  ..  Idea kadang tiba tiba kering hehehe

Jangan lupa tekan/click star kat atas

Jangan lupa tekan/click star kat atas

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Demi WaktuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang