HAYYAD & HERRA | 00 |

546 25 1
                                    

KEPALA menyembul dari pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA menyembul dari pintu. Hayyad menoleh sekejap sebelum ia abaikan. Buku-buku yang sudah disusun mengikut jadual dia masukkan dalam beg sekolahnya.

"Abang... Er lapar..." ujarnya seraya melangkah masuk ke dalam bilik sang abang. Hayyad mengeluh.

"Pergilah minta makan dengan aunty." Herra menggeleng.

"Aunty kan balik kampung..." Hayyad mengeluh berat.

"Pergilah sana. Telefon abi ke, umi ke, abang sibuk ni." Herra gigit bibir. Dia perhatikan penampilan Hayyad. Kemas dengan baju tshirt hitam dan seluar track hitam dengan tiga garis putih di sisinya.

"Abang Hayyad nak keluar? Er nak ikut..."

"Herra, jangan mula." Herra menunduk.

"Er tak nak duduk rumah sorang-sorang... Abang, kalini je... Izinkan Er ikut abang... Er janji, takkan buat apa-apa..." Hayyad merengus kasar.

"Duduk diam dekat rumah. Kalau berani ikut, tengoklah apa abang buat!" Mata Herra berkaca-kaca. Tak boleh ke abangnya ini fahami yang dia takut duduk rumah sendirian?

"Tapi abi-"

"Diamlah! Berani bagitahu umi dengan abi, jangan harap abang anggap Er tu adik abang! Kalau berani, cubalah. Abang takkan segan pukul Er!" Hayyad terus keluar dari biliknya. Bahu Herra dilanggar kasar.

Lelaki itu sudah menitiskan air mata.

HERRA menangis kuat. Di luar hujan lebat dan bunyi kilat yang sambar menyambar semakin kuat. Dadanya mula sakit. Berharap ada seseorang datang menemani dirinya.

"UMI! ABI! ER TAKUT! UMI! ABI!" Tapi sayang sekali. Sekuat apa pun dia menangis, ibu bapanya tiada di rumah. Hayyad juga masih belum pulang.

Mahu hubungi, dia tidak mempunyai telefon. Mahu gunakan telefon rumah, dia sudah cuba. Tapi tiada bunyi. Rumahnya juga gelap gelita. Lampu mati, kipas tidak hidup.

Dia benar-benar ketakutan. Tangisan semakin kuat dan dia tak berhenti hingga akhirnya dia tertidur dengan air mata yang masih mengalir.

HAYYAD benar-benar marah dengan adiknya. Abi dan umi memaksanya untuk bawa lelaki itu. Bawa adik bermain adalah hal yang menyusahkan!

Seperti saat ini, Herra terkencing hanya kerana dikejutkan oleh kawannya. Herra menangis dalam diam setelah ditampar olehnya sebentar tadi.

"Yad, bawa jelah dia balik."

"Jangan pukul dia. Kesian." Hayyad kepal tangannya.

Bugh!

"Hayyad!"

"Biarkan. Budak ni memang nak kena ajar!" Perut Herra ditendang. Herra mula teresak-esak.

"Kau tahu tak kau ni memalukan? Dah besar kan? Yang kau kencing dalam seluar tu kenapa?! Dah lah menyusahkan aku!" Batu-batu kecil dikutip oleh Hayyad dan dilempar kuat atas badan Herra.

Tak peduli sedikitpun dengan tangisan Herra. Kawan-kawannya ketawa. Kesian, tapi melihat ini mereka jadi terhibur.

Herra malu, Herra takut, Herra marah dan Herra sedih. Tapi di sini, dia sebagai adik dan dia yang salah. Tak ada yang dapat ia lakukan. Abangnya marah dengannya.

— Published 12 oktober 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— Published 12 oktober 2024

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now