TENGKU Hazriq mengeluh kecil. Dia memandang Herra yang lena di atas ribanya. Herra datang hari ini kerana demam. Rindukan Tengku Hazriq katanya.
Jadi Hayyad diminta untuk hantar Herra ke rumah Tengku Hazriq. Dia suka cucunya di rumah. Ada juga teman berborak. Tak adalah sendirian.
PETANG itu, Tengku Hazriq berbincang dengan Harraz yang dia akan menetap di UK. Di sana, ada syarikat yang harus ia uruskan. Susah jika pulang pergi. Jadi dia putuskan untuk terus tinggal di sana. Lagipun, waktu muda dulu dia pernah menetap di sana.
"Tapi Harraz risau... Daddy tu dah tua. Kalau jadi apa-apa macam mana? Dah lah tak ada orang yang Harraz boleh minta tolong tengok daddy... Tak payahlah..." Harraz sedikit merengek. Herra ketawa kecil melihat abi dia yang berubah manja itu.
"Kalau macam tu, biar Herra ikut tok dadddy. Lagipun Herra tak ada kerja, tawaran sambung belajar pun belum ada. Dekat sana Herra boleh daftar." Harraz memandang Herra. Tengku Hazriq tersenyum.
"Alah... Er kecil lagi. Takkan nak tinggal abi dengan umi?" Herra menggeleng.
"Er dah besar. Lagipun Er boleh balik sini lawat umi dengan abi. Kan abi risau pasal tok daddy? Er boleh jagakan tok daddy." Herra cuba memujuk. Sesekali meminta bantuan Tengku Hazriq.
Beberapa jam setelahnya kata putus sudah ditetapkan. Anis sudah tahu soal ini. Hanya Hayyad yang belum tahu.
Lelaki itu sedang lena di tingkat atas. Penat sangat mandi kolam tadi. Herra tersenyum gembira.
Akhirnya, ada peluang untuk dia bebas dari Hayyad yang sentiasa memaksa dirinya. Dia tahu Hayyad rasa bersalah padanya soal dulu. Tapi dia terlalu rimas. Walau tidak dinafikan dia suka Hayyad berubah. Hanya... Ini berlebihan. Surat tawaran universiti yang dia dapatkan dari universiti Negeri Sembilan dikoyak begitu sahaja.
Hayyad seakan mahu kurung dia bersama dengan lelaki itu. Seakan mahu terus dirinya menempel dan bersama dengan Hayyad. Dia rimas dan dia tak mahu.
Selama ini dia ikutkan sahaja kerana fikir tentang umi dan abi yang sibuk bekerja. Tak mungkin dia terus menjadi penunggu di bilik keduanya di hospital itu.
Jadi dia menempel dengan Hayyad atas paksaan lelaki itu sendiri. Kini dia tak mahu. Setidaknya, jika dia ikut Tengku Hazriq dia akan bebas dari Hayyad. Dia akan cuba daftar di sana. Mungkin dia juga akan membantu Tengku Hazriq uruskan syarikat di sana.
Memikirkan itu, dia gembira. Namun juga sedih kerana harus berpisah dengan Anis dan Harraz. Tak mengapa, zaman semakin canggih. Dia boleh sahaja menghubungi ibu bapanya dengan video call.
DUA minggu kemudian, Harraz dipanggil turun ke ruang tamu. Dia memandang sebuah bagasi yang ada di sebelah sofa. Dia kenal bagasi putih itu. Laju dia pandang adiknya.
"Nak pergi mana?" soalnya.
"Hayyad, duduk dulu." Hayyad akur dengan perintah Harraz.
"Hayyad, malam ni Herra dengan tok daddy akan pergi UK. Menetap dekat sana." Hayyad terus berdiri.
"What? Bila korang bincang semua ni?! Kenapa Hayyad baru tahu?" soalnya kuat. Tak puas hati? Tentu saja!
"Aku yang paksa umi dengan abi untuk ceritakan harini. Aku akan pergi malam ni."
"He-"
"Aku tak perlukan bantahan daripada kau sebab umi dan abi dah lama setuju. Kau nak atau tak, aku tak peduli." Harraz dan Anis diam sahaja. Mereka tahu Herra mahu menjauh daripada Hayyad.
Hayyad terlalu banyak menyakiti Herra sejak dulu. Mereka cuba memahami keduanya dan mencari solusi. Inilah yang mereka dapatkan. Solusi terbaik.
"Aku ni memang tak penting kan? Benda macam ni tak ada orang pun bagitahu aku awal-awal!" Laju kaki melangkah naik ke tingkat atas.
"Er, tak baik cakap macam tu dekat abang." Teguran Anis itu buatkan dia mengangguk.
"Herra naik tengok abang. Umi, abi, Er minta maaf... Umi dengan abi boleh pergi kerja semula. Er akan bincang dengan dia lagi."
HERRA masuk ke bilik Hayyad. Dia terkejut saat Hayyad menumbuk cermin hingga pecah. Dia kembali keluar tanpa kata.
Hayyad berdecit. Dia memandang keluar tingkap. Kebebasan? Dia yakin Herra cuba lari daripadanya.
Hei, dia bencikan pemberontakan yang datang daripada si bongsu. Otak ligat berfikir. Dia mahu Herra terus berada di sisinya.
Herra Kaiden adalah adiknya. Dia tak mahu adiknya jauh daripadanya. Dia tak mahu Herra pergi.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest One
Ngẫu nhiên"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf "Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...