HAYYAD & HERRA | 26 |

281 10 2
                                    

IBARAT orang kerasukan, Herra menolak kasar tubuh Hayyad hingga lelaki itu jatuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IBARAT orang kerasukan, Herra menolak kasar tubuh Hayyad hingga lelaki itu jatuh. Laju tangan Herra mencapai shower dan membaling tepat atas kepala Hayyad.

"ARGH!" Kuat Hayyad menjerit kerana shower berat itu. Tangannya dilihat darah mengalir. Dia bangun mencekik adiknya namun Herra hantukkan kepala mereka dengan kuat. Pening kian terasa dan Hayyad terduduk. Tak membuang kesempatan, Herra berusaha keluar dari tab mandi dengan berpaut.

Berjaya jejah lantai, dia mengesot mendekati Hayyad. Wajahnya kelihatan cemas kerana wajah Hayyad dipenuhi darah yang mengalir dari kepala.

"Hayyad..." Hayyad pandang adiknya.

'Jangan! Dia akan seksa kau lagi.'

'Hidup kau takkan aman selagi dia hidup.'

Ada suara yang buatkan Herra diam ditempat. Dia diam bahkan sampai Hayyad memeluknya kuat.

'Kau kena bebas, Herra. Dia akan seksa kau lagi. Cepat pergi! Jangan biarkan dia hidup.'

Herra perlahan-lahan mencapai kembali shower itu. Rayuan dan tangisan Hayyad semakin buatkan dia hilang akal.

"Adik... Cukup. Maafkan aku... Jangan pergi... Jangan pergi, Herra..." lirih Hayyad. Herra memegang kuat shower itu dan terus dia pukul kuat kepala Hayyad.

"ARGH!" Kepalanya dipegang sebelum dahinya dihantam shower itu.

Hayyad tidak sedarkan diri. Herra ketawa melihat darah yang terkena pada tubuhnya. Dia pandang Hayyad penuh kebencian. Dia mengesot dan menarik kuat rambut Hayyad.

"Aku benci kau. Aku benci kau dan aku nak kau mati! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa!" Kepala Hayyad dihantuk berkali-kali atas lantai dengan kuat. Herra sudah seperti dirasuk.

Dia ketawa namun matanya mengalirkan air mata. Dia mahu berhenti tapi tubuhnya menolak. Dia terseksa melihat apa yang sedang dia lakukan tapi dirinya tak mampu dikawal. Dia sudah kehilangan akal warasnya.

"ARGHHHH!" Shower itu tadi dia gunakan untuk pukul wajah Hayyad tanpa henti.

BAM!

"HERRA!" Tubuh Herra ditahan ke lantai dan tubuh Hayyad dihampiri. Air mata mengalir.

"MATI! MATI! MATI! BIAR KAU RASA APA YANG AKU RASA! MATI! SEKSA AKU BIAR KAU RASA! AKU BENCI KAU! AKU BENCI KAU!" Herra memberontak mahu menyakiti Hayyad lagi.

"Harraz, aku tak rasa nadi..." ujar Rayyan. Harraz diam memandang Hayyad yang dipenuhi darah. Wajah lelaki itu tak lagi berbentuk.

Lucca menghampiri Herra yang masih belum kelihatan penat sama sekali itu. Dahi lelaki itu disentuh. Rayyan dan Harraz memerhati.

Perlahan-lahan Herra diam dan berhenti memberontak. Lucca tutup mata Herra yang terbuka separuh itu.

"Hospital." Lucca memberi arahan kemudian mendukung tubuh Hayyad dan keluar lebih dahulu.

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now