HAYYAD & HERRA | 23 |

117 8 0
                                    

RAMBUT Herra dia sikat dengan senyuman yang tercetak dibibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAMBUT Herra dia sikat dengan senyuman yang tercetak dibibir. Hari ini dia akan bawa keluar jalan-jalan. Bukan lagi di dalam hutan tapi di luar sana. Kata dokter yang memeriksa mereka malam semalam, Herra perlukan itu agar kekal waras.

"Janganlah nangis... Adik abang good boy, right?" Herra diam sahaja memandang Hayyad di dalam cermin.

"Tengok, mata adik dah buruk sebab selalu menangis. Tak cukup tidur pun. Jangan macam ni. Abang nak bawa adik pergi jalan-jalan. Kita pergi taman, kita pergi beli air kegemaran adik. Macam dulu." Herra cengkam sisi kerusi rodanya kuat.

"Kenapa, hm?" soal Hayyad seraya mengusap lembut bahu Herra. Lebih tepatnya sedikit mengurut. Adiknya banyak berbaring sahaja. Dia tak mahu badan adiknya sakit-sakit.

"Adik?" Herra menunduk.

Hayyad ketawa kecil. Dia terus duduk bercangkung di hadapan Herra. Dia usap kepala adiknya itu.

"Adik takut?" Herra mengangguk samar.

"Tell me... Takut apa?" Herra menggeleng. Hayyad cuba sedikit demi sedikit untuk memahami bahasa bisu adiknya itu.

"Adik takut orang pandang pelik?" Herra diam. Hayyad mengangguk faham.

"It's okay. Kalau adik takut, kita stay dalam kereta. Tapi rancangan tetap tak berubah. Boleh?" Herra berfikir agak lama sebelum mengangguk perlahan.

"Good boy. Now, stop crying. Tak handsome nanti." Hayyad bantu menyeka air mata Herra.

"Adik ada rasa nak makan sesuatu? Kalau ada bagitahu. Harini kita buat apa yang adik nak. Abang janji takkan kasar lagi dengan adik abang ni. Abang juga janji yang selagi mampu, abang takkan tolak permintaan adik abang." Herra acuh. Senyuman manis Hayyad buatkan jiwanya meronta ingin bebas. Mengapa? Mengapa Hayyad boleh bahagia dan tersenyum begitu sedangkan dirinya perlu terseksa sebegini rupa.

Kerusi roda dia gerakkan. Hayyad ketawa dan bantu menolak kerusi roda itu.

"Tak sabar ya?" Herra hanya mengangguk. Tak berniat untuk menyangkal. Dia juga mahu melihat di mana mereka berada.

SYARIZ tersenyum lebar. Harraz, Syiraz dan Rayyan juga sama. Mereka akhirnya dapat temukan lokasi dua beradik itu.

"Kita gerak malam ni." Harraz sudah tidak sabar mahu menjemput anak-anaknya itu.

"Uncle, kita tak boleh terburu-buru. Hayyad tentu ada rancangan sendiri. Kita tak boleh buat Herra dalam bahaya," ujar Syariz. Rayyan dan Syiraz mengangguk setuju. Harraz tahu itu.

"Tak apa. Malam ni kita gerak. Uncle ada rancangan. Untuk rancangan tu, kita perlukan Lucca." Syariz bingung. Sementara Rayyan dan Harraz tersenyum senget memandang Syiraz.

"Tapi-"

"Lucca akan keluar. Aku yakin. Tolong, Raz... Jangan makan ubat sehari je. Aku merayu... Aku janji, kalau antara Lucca dan Vee, ada yang nak rampas kehidupan kau, aku akan urus. Aku merayu... Semua ni demi anak-anak aku." Syiraz menghela nafas perlahan. Dia mengangguk. Rayyan dan Harraz tersenyum.

Malam ini, mereka akan rebut Herra kembali dan bawa Hayyad untuk berubat. Hayyad perlu sembuh. Mereka sayangkan Hayyad dan mereka tak mahu Hayyad semakin jauh.

Selama ini, Hayyad dan Herra berada berdekatan dengan lokasi villa keluarga mereka. Tempat yang tak pernah terfikir oleh mereka semua termasuk Harraz.

Untunglah Syariz tergerak hati mahu ke villa itu dan berjalan-jalan melihat kawasan hutan itu hingga terjumpa sebuah banglo dua tingkat di tengah-tengah hutan itu. Lama dia perhatikan banglo itu sampailah dia melihat Herra dan Hayyad keluar dari sana.

Keadaan Herra tampak kacau dan Hayyad tersenyum gembira. Laju sahaja dia pergi dan memecut pulang beritahu pada Harraz tentang berita ini.

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now