HAYYAD & HERRA | 04 |

228 14 0
                                    

SETELAH Syariz lena di dada Harraz, Herra turut memejamkan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH Syariz lena di dada Harraz, Herra turut memejamkan mata. Hayyad pandang Herra. Mungkin adiknya juga turut merasakan sedih Syariz.

"Kau okay?" soal Hayyad.

"Kalau aku cakap tak, apa kau boleh buat? Kembalikan kaki aku macam asal?" sinis Herra. Hayyad mengeluh berat.

"Aku sayang kau, Herra." Herra ketawa mengejek. Hal itu buatkan Hayyad memandang tajam ke arah Herra. Lelaki itu seakan mengejek dirinya yang berkata jujur.

"Sayang? Yang aku nampak, kasih sayang kau pada Syariz lebih tulus! Kau tahu kenapa?" Hayyad menggeleng. Dia tekan amarahnya agar tidak terlepas.

"Sebab bila dengan Syariz, kau bertindak sebagai seorang abang! Bila dengan aku, kau tak lebih dari sekadar memaksa dan memujuk! Kau berkasar dengan aku! Kau buat aku terseksa sepanjang hidup aku!" ujarnya. Hayyad ketawa.

Tubuh Syariz dia baringkan atas sofa itu dan mendekati Herra. Dia usap kepala Herra dan segera Herra tepis kasar.

"Jangan sentuh aku. Aku benci kau," ujarnya dengan kasar. Hayyad mengeluh.

"Sampai bila? Sampai bila kau nak macam ni? Kau bahkan bandingkan rasa sayang aku pada Syariz? Herra, kau tak rasa kau kekanak-kanakan?" soal Hayyad.

"Now, I'm the childish one? Not you?" soal Herra sinis.

"Kau orang paling gila yang aku pernah jumpa, Hayyad. Aku rasa malang sangat sebab ada kau sebagai abang aku!"

Pang!

"Wow! Now kau naik tangan pada aku?" Hayyad ketap gigi. Herra semakin pandai menyulut emosinya.

"Aku kesian dengan Ariz. Dia dapat kawan yang gila macam kau. Hayyad, lebih baik kau jauhkan diri daripada semua orang. Kasih sayang kau terlalu beracun dan kau musnahkan hidup banyak orang." Hayyad ketawa. Ouh, jadi itu yang Herra takutkan?

"Kalau aku hancurkan hidup orang lain, itu tiada kaitan dengan kau." Herra tarik kasar rambut Hayyad. Abangnya itu ketawa.

"Jangan buat aku gila, Hayyad. Kau akan menyesal." Hayyad lepaskan cengkaman Herra pada rambutnya dan mengucup belakang tangan Herra itu.

"Aku takkan menyesal dengan apa yang aku buat sebab aku dapat tahan kau daripada pergi jauh dari aku, adik." Tangan Herra yang naik mahu menampar wajah sang abang ditahan.

"Kau kena sedar, kau dah cacat sekarang ni. Jangan buat aku marah, adik. Kau tahu aku bukan orang yang sabar kan?" Tangan Herra dilepaskan dengan lembut.

Tubuh Herra dia baringkan dan terus berlalu keluar dari wad. Dia mahu cari angin dan fikirkan masalah Syariz itu. Dia mahu bantu sahabatnya itu. Apatah lagi perempuan bernama Diya Humaira itu tiba-tiba sahaja meminta pertolongan Syariz untuk bawa perempuan itu keluar dari kehidupan yang mengerikan.

Tak rela dia mahu biarkan Syariz bersama perempuan itu. Dia cukup kenal perempuan seperti Diya Humaira itu. Sudah banyak kali dia nampak apa yang perempuan itu buat.

Dia berdecit memikirkan masalah cinta Syariz. Sahabatnya itu terlalu naif dan cintakan perempuan itu.

"Aku yakin, kalau kau bersama dengan perempuan macam Diya tu... Kau akan terseksa, Syariz. Bukan cuma kau, tapi kau juga akan buat banyak orang sedih," gumamnya.

 Bukan cuma kau, tapi kau juga akan buat banyak orang sedih," gumamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now