HAYYAD & HERRA | 25 |

132 7 0
                                    

HERRA terjaga dan memandang sekeliling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HERRA terjaga dan memandang sekeliling. Air matanya mengalir. Mimpi? Herra benar-benar berharap yang abi ada di sini.

Hayyad yang lena di sebelahnya dipandang lama. Dia ingat, setelah pergi ke tempat yang Hayyad mahu dan terima apa sahaja yang Hayyad lakukan, dia jadi mengantuk dan beritahu Hayyad dia mahu pulang. Jadi, sampai di rumah tadi Hayyad terus mandikan dia dan kemudian bawa dia naik tidur. Ternyata Hayyad juga lena di sebelahnya.

"Adik..." gumam Hayyad dalam tidurnya. Herra dudukkan diri dan bersandar pada kepala katil dengan kesusahan. Hayyad yang terganggu dengan hal itu terus bangun menggosok mata memandang adiknya.

"Kenapa? Dahaga?" soal Hayyad. Herra diam tanpa sebarang respon.

"Kenapa?" Herra menepis tangan Hayyad kasar.

"Kenapa lagi ni? Cukuplah, adik. Kau tak penat ke? Kau nak minum racun lagi? Aku dah cukup bersabar dengan kau. Jangan cabar aku." Herra kepal tangannya.

"Bunuh aku! Bunuh aku, Hayyad! Aku nak bebas!" Hayyad berdecit.

"Adik, aku dah cakap banyak kali. Kau tak bosan ke dengan dialog tu? Cukuplah!" Herra mencekik Hayyad dengan kedua belah tangannya.

"Kalau kau tak nak lepaskan, biar aku mati! Kalau kau tak nak bunuh aku, biar aku yang bunuh kau!" Hayyad ketawa mengejek dan lepaskan tangan Herra dengan mudah.

Plak!

Wajah Herra ditampar kasar. Hayyad ketawa kuat melihat Herra yang tergamam itu.

"Hei, kau tu dah tak berdaya. Aku benci dengan orang yang kuat memberontak. Herra Kaiden, kau lagi sekali cabar aku kan? Belum cukup?" Herra pandang Hayyad.

"Kau... Iblis!"

Bugh!

Satu tumbukan melayang tepat ke sisi mata Herra. Hayyad menahan amarahnya.

"Kau memang silap besar, adik."

"SAMPAI BILA?! SAMPAI BILA KAU NAK SEKSA HIDUP AKU?! AKU NAK MATI, HAYYAD! BIAR AKU MATI!" Tawa Hayyad bergema mendengar penuturan sang adik. Apa? Biarkan Herra mati? Jangankan mati, jika sudah ditanah pun Hayyad akan gali kembali.

"Jangan mimpi! Aku sayang kau dan aku takkan lepaskan kau pergi mana-mana pun!" ujar Hayyad. Herra naik gila dengan ucapan Hayyad. Dia memberontak saat tubuhnya diangkat. Namun apalah daya dari seseorang yang mengalami kelumpuhan separuh badan?

Duk!

Herra meringis saat kepalanya terhantuk pada tab mandi. Basah bajunya kerana itu. Herra tak bodoh. Pasti Hayyad akan hukum dirinya seperti waktu itu.

"Akh!" Rambutnya ditarik dan kepalanya terus dibenam hingga berlaga dengan dasar tab mandi. Hayyad ketawa melihat Herra yang seperti ikan di atas tanah.

Laju Herra menghirup udara apabila Hayyad tarik kepalanya naik. Hayyad usap kepala Herra lembut.

"Be a good boy, little brother. Kalau tak, kau akan sakit." Herra ketap gigi. Tangan terangkat tinggi mahu layangkan tamparan. Namun, tangannya berjaya ditangkap.

"Kau lemah, adik. Kau perlukan aku untuk jaga diri kau yang cacat ni. Sedar lebih baik, Herra. Kau tu tak berguna dah. Kau dah cacat kekal." Kata-kata itu menyakiti Herra. Air mata mengalir deras. Fikirannya kosong dan telinga berdengung hingga ocehan Hayyad tak lagi kedengaran. Dia memandang kosong ke arah Hayyad.

Matanya melilau melihat sekeliling seakan gelisah. Hayyad ketawa dan lagi sekali menghina adiknya.

HARRAZ mengangguk. Perlahan-lahan mereka masuk ke dalam rumah yang dimaksud oleh Syariz. Syiraz juga ikut di belakang bersama Rayyan.

"Hati-hati." Pesan Syiraz atau lebih tepatnya Lucca. Rayyan dan Harraz mengangguk.

"Kalau jumpa Hayyad, terus jerit. Kalau jumpa Herra, sembunyikan dia dan lepastu cari Hayyad." Arahan itu diberikan oleh Rayyan mereka mengangguk.

Lucca di sini untuk bantu mereka bawa Hayyad yang mungkin bertindak agresif. Setelah berbincang beberapa minit, mereka memutuskan untuk berpecah. Namun-

"ARGH!" Kuat suara jeritan itu kedengaran. Laju sahaja kaki mereka menuju ke arah tingkat atas. Harraz kenal suara itu. Itu suara Hayyad.

"ARGHHHH!" Tak berselang lama, suara jeritan kuat lagi-lagi kedengaran.

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now