HAYYAD & HERRA | 13 |

135 9 0
                                    

HERRA yang bergelumang dalam selimut itu dihampiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HERRA yang bergelumang dalam selimut itu dihampiri. Hayyad tarik kerusi dan duduk di sebelah katil Herra.

Wad ini hanya dihuni oleh Herra. Yelah, kalau berkongsi wad nanti orang lain terganggu. Herra sekarang dalam keadaan yang susah ditenangkan.

"Adik... Aku minta maaf."

"Pergi!" Herra takut. Banyak kali. Banyak kali Hayyad perlakukan dia begini. Dia juga mempunyai batas. Dia ketakutan dan sekarang ketakutan itu semakin besar hingga dia jadi takut saat disentuh.

"Aku betul-betul tak sengaja, adik. Aku minta maaf... Aku tahu aku salah. Aku menyesal dengan perbuatan aku... Aku minta maaf..." Herra menggeleng dan menutup telinga dengan kedua belah tangannya.

"Pergilah! Tolong pergi!" Hayyad menunduk.

"Ini... Ini terakhir kali aku jumpa kau. Ini terakhir kali sebab aku akan ikut tok daddy... Umi dengan abi paksa aku pergi. Demi kebaikan kita. Aku datang nak minta maaf. Aku nak kau tahu aku menyesal dengan sikap aku." Herra perlahan-lahan turunkan selimutnya. Dia pandang Hayyad.

Melihat wajah Hayyad itu buatkan Herra menggigil. Dia takut. Masih jelas terbayang malam di mana dia hampir mati dicekik oleh abangnya sendiri.

"Abi... Abi! Mana abi?! Abi!" Herra mencengkam sisi rambutnya. Dia ketakutan. Sangat-sangat ketakutan. Harraz dan Anis yang berada di koridor terus masuk ke dalam.

"Adik, I'm here. Don't cry." Herra cengkam lengan baju Harraz dan jadikan Harraz pelindungnya.

Anis usap belakang tubuh Hayyad. Dia tahu Hayyad tertekan dengan keadaan. Namun, itulah akibat dari perbuatan Hayyad sendiri.

"Suruh pergi... Tak nak... Tak nak jumpa dia... Sakit... Dia pukul... Dia buat Er sakit... Pergi... Pergi!"

"Aku minta maaf... Dua tahun aku pergi. Aku harap dalam dua tahun tu, hidup kau akan baik. Tanpa aku... Doakan aku mampu tanpa kau, adik. Maafkan aku..." Herra menggeleng laju.

"PERGI! PERGILAH! TOLONG! JANGAN SEKSA AKU LAGI! PERGI! ABI! UMI! HALAU DIA! TOLONGLAH! ER TAK NAK! ER TAK NAK DIA DEKAT SINI!" Tangisan Herra kuat memenuhi ruangan. Hayyad pandang sayu adiknya.

"Sekali lagi maaf..." Hayyad terus beredar dari sana. Herra memegang lehernya. Rasa bagai oksigen tak dapat ia hirup. Dia sesak nafas. Hal itu disedari Harraz. Laju tangan tekan butang kecemasan.

Apa yang Hayyad lakukan memberikan akibat fatal terhadap Herra. Anak bongsu mereka itu banyak memendam dan sekarang, ini terjadi. Herra hampir gila dengan kekerasan fizikal dan seksaan mental yang Hayyad berikan.

Hayyad terduduk di atas kerusi menunggu. Dia teresak perlahan. Sekarang, wajahnya pun sudah buatkan sang adik hilang kawalan. Jururawat yang berlari masuk ke dalam wad adiknya itu dipandang sekejap.

"Kasih sayang kau tu beracun, Hayyad..."

Kasih sayangnya beracun? Mungkin Herra benar. Buktinya, dia sakiti Herra dan kedua ibu bapanya.

Hayyad tersentak saat tubuhnya dipeluk. Esakan yang semula perlahan kini semakin kuat. Hayyad tak kuat. Dia mencengkam lengan Harraz. Anis usap lembut belakang tubuh anaknya itu.

"Maafkan Hayyad... Hayyad cuma tak nak jauh dari adik... Hayyad tak nak adik tinggalkan Hayyad... Hayyad ada adik je. Dia segalanya untuk Hayyad, umi... Abi... Hayyad tak nak jauh dari adik... Hayyad boleh gila... Hayyad tak sanggup... Tolonglah... Tolong Hayyad..."

"Dua tahun je, sayang. Umi janji. Dua tahun je." Anis memujuk.

"Dua tahun tu lama! Hayyad boleh mati, umi! Herra tu sebahagian dari nyawa Hayyad! Tolonglah! Hayyad perlukan adik! Hayyad perlukan adik Hayyad, umi!" Anis menyeka air matanya sendiri dan ikut memeluk Hayyad.

"Sembuhkan luka Hayyad dulu. Umi tak nak Hayyad sakitkan adik sebab luka Hayyad lagi dah. Umi tak nak adik trauma dengan Hayyad. Umi tak nak adik terus macam ni. Ini jalan terbaik untuk anak-anak umi." Anis cuba memujuk. Hayyad menggeleng lesu.

"Sakit... Umi, sakit bila berjauhan dengan adik... Hayyad sayangkan adik... Hayyad perlukan adik untuk terus hidup... Jangan seksa Hayyad macam ni. Hayyad sedar Hayyad salah. Tapi tolong... Jangan hukum Hayyad macam ni, umi. Jangan seksa Hayyad, abi. Tolonglah... Adik Hayyad tu sorang je. Hayyad perlukan dia..." rintih Hayyad. Dia dah naik gila memikirkan hal ini.

Tiap kali fikirkan masalah perpisahan, emosinya jadi tak stabil. Dia marah, sedih bahkan kecewa. Semua bercampur aduk dan sekarang sedihnya yang mendominasi.

"Hayyad. Berjauhan dengan seorang pun sakit. Umi dengan abi akan benda tu bila Hayyad pergi. Tapi percayalah. Dua tahun tu tak lama pun. Kita semua akan berkumpul lagi nanti." Harraz pula cuba tenangkan Hayyad.

"Tapi adik-"

"Hayyad... Belajar untuk jauh dari adik. Belajar untuk sembuh. Kami tunggu Hayyad. Sembuhkan luka Hayyad dan kembali dalam versi yang lebih baik." Hayyad terus-terusan hambur tangisnya. Anis dan Harraz menguatkan Hayyad namun semua sia-sia kerana dalam fikiran Hayyad hanya ada Herra.

Sang adik yang tak mahu dilepaskan. Hayyad sakit dengan keputusan sepihak ini. Dia akan berangkat nanti dan sekarang tak ada yang dapat ia lakukan. Otak seakan tersumbat dan tiada cara untuk pergi. Hayyad tak mampu.

 Hayyad tak mampu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now