HERRA diam menanti apa yang akan Hayyad lakukan terhadap dirinya. Dia sedar itu tadi kebodohannya. Sepatutnya dia tunggu Hayyad betul-betul pergi buat air.
Pintu bilik gelap itu dibuka. Herra memandang Hayyad yang kelihatan datar itu. Sudah tiada daya untuk Herra melawan. Tadi saja dia sudah ditumbuk dan disepak teranjang oleh Hayyad sampai pengsan. Bila dia sedar, dia sudah berada di dalam bilik ini.
"Kau tahu tak kau melampau?" soal Hayyad. Herra hanya diam dan kembali menunduk. Herra muak. Dia boleh jadi gila jika berterusan begini.
Setiap hari mentalnya dicabar untuk menggila. Setiap hari dia tahan diri. Harini dia mengalah. Harini dia pasrah. Dia menyerah dengan Hayyad. Lelaki itu takkan benarkan dirinya hidup tenang.
Dagu Herra dicengkam kuat oleh Hayyad. Adiknya itu tidak lagi meringis atau menjerit sakit. Dia angkat dagu Herra dan memandang mata lelaki itu. Senyum sinis terukir.
"Kau ingat menangis boleh selesaikan semuanya? Adik... Kau terlampau cengeng. Kau betul-betul buat aku naik darah!" Herra ketawa. Tangannya naik menyeka air mata sendiri.
"Bunuh aku..." gumam Herra. Hayyad kerut dahi.
"Bunuh aku, Hayyad. Biar aku mati." Hayyad ketawa kuat.
"Mimpi! Kalau kau nak mati, kau perlu mati dengan aku! Kau perlu hidup di sisi aku. Kau hanya boleh berada di sisi aku, adik. Jangan berangan untuk pergi jauh bahkan mati sekalipun. Aku takkan izinkan!" Herra mengangguk perlahan.
"Sekarang kau nak buat dengan aku?" soal Herra.
"Sekarang? Hukuman. Hukuman untuk seorang adik dan peliharaan yang nakal macam kau. Stay here and wait for your punishment, little brother." Dagu Herra dia lepaskan dan berjalan mengambil sesuatu di penjuru bilik itu. Herra terbaring menatap siling dengan pandangan kosong.
Kewarasannya sudah tak mampu ia pertahankan lagi. Andai dia gila di sini, dia akan pastikan Hayyad mendapat balasan yang teruk. Dia sangat terseksa. Hayyad patut rasakan apa yang dia rasa.
Dia gagal berikan lokasi pada Syariz. Hayyad sudah pun padam lokasi yang diberikan. Herra tak tahu apa yang dapat ia lakukan untuk bebas.
"Harini, dua belah tangan kau takkan berfungsi lagi, adik." Herra hanya memandang kosong ke arah suntikan yang Hayyad bawa. Dia sudah tak terkejut jika Hayyad mempunyai banyak ubat dan racun di sini.
Herra hanya melihat bagaimana suntikan itu menembus kulitnya dan bagaimana Hayyad tersenyum gembira. Herra memejam matanya rapat.
"Bukan cuma kasih sayang kau yang beracun... Tapi diri kau sendiri pun sangat beracun untuk aku. Kau gila, Hayyad... Kau sanggup musnahkan hidup aku demi kepentingan kau... Ini kau sebut sayang?" ujarnya perlahan. Kemudian dia menggeleng.
"Kau hanya terobsesi dengan aku." Hayyad ketawa dan mencabut suntikan itu. Dia menuju ke arah tangan belah kiri untuk disuntik ubat buatannya.
"Aku sayang kau. Ini bukan obses, adik. Ini tanda sayang aku. Lagipun, budak nakal perlu dihukum. Terima ya? Nanti aku akan berikan kau hadiah. Jadi budak baik. Jangan buat aku naik darah lagi." Selesai sahaja, suntikan kosong itu dicampak sembarang arah.
Tubuh Herra dia dukung dan dibawa keluar dari tempat itu. Herra tak peduli lagi. Tangannya terasa amat lenguh dan berat. Beberapa minit setelahnya seakan tak dapat ia rasakan. Bahkan tak mampu diangkat walau satu jari.
Hayyad betul-betul lumpuhkan dua belah tangannya. Herra tak peduli lagi. Dia hanya melihat ke mana Hayyad akan bawa dirinya.
"Adik nak tidur dengan abang?" soal Hayyad. Dia memandang Herra dengan senyuman manis. Herra hanya diam dan terus memejam matanya. Hayyad ketawa.
"Abang anggap itu ya. Kita tukar lampin lepastu tidur." Tubuh Herra dibawa masuk ke dalam biliknya.
Herra terkedu melihat bilik Hayyad. Ini pertama kali dia masuk dalam Hayyad di sini. Gigi diketap.
"KAU GILA! KAU GILA, HAYYAD!" Kuat Herra berteriak. Hayyad ketawa dan mencium pipi Herra.
"Abang dah cakap abang sayangkan adik. Tengok, semua gambar adik! Itu waktu adik masuk pertandingan basketball. Tu waktu adik tengah ambil lesen. Semua ni abang suka." Herra menggeleng. Dinding bahkan siling pun ada gambarnya. Herra jadi takut.
Bilik air dituju. Tubuh Herra diletakkan di atas kerusi. Tab mandi sudah dipenuhi air dan buih sabun.
"Harini, abang yang akan uruskan adik sepenuhnya. Tangan adik dah tak berguna." Herra hanya diam.
Bajunya dibuka. Hayyad tersenyum. Perut adiknya itu diusap. Kasihan sekali.
"Lepasni, adik tak perlu bina otot dah. Biarkan datar macam ni. Adik lebih comel macam ni," katanya dengan senyuman. Herra tak merespon.
Dia sudah seakan tiada hak atas diri sendiri. Rasa malunya juga sudah hilang bersama dengan setengah kewarasan akalnya. Hayyad bersenandung seraya membersihkan najisnya dan memandikannya. Lelaki itu tampak sangat gembira.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest One
De Todo"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf "Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...