SYARIZ dan Herra yang sedang duduk di halaman itu dipandang. Ya, Hayyad cemburu. Namun dia tahu Herra sekarang gembira.
Lepas kejadian tengah hari tadi, Herra betul-betul murung. Umi dan abi pun Herra abaikan. Hayyad rasa bersalah bila dia paksa Herra pakai lampin. Hayyad rasa dia lebih baik memerhati dari balkoni biliknya.
"Thanks, Syariz."
"Lah, kenapa pula cakap terima kasih?" soal Syariz bingung. Herra ukir senyum.
"Aku dah naik gila dengan kaki ni. Tapi kau selalu berikan aku sebab kenapa aku perlu bersyukur. Terima kasih." Syariz ketawa kecil. Diusap sisi bahu Herra itu.
"Sebenarnya, semua yang aku cakap tu datang dari keluarga kau. Diorang semua yang suruh aku cakap macam tu dekat kau. Percayalah, diorang buat semua tu demi kebaikan kau. Umi dengan abi kau tu risaukan kau." Herra menunduk sekejap sebelum kembali memandang Syariz.
"Aku malu, Ariz. Aku malu dengan keadaan aku. Kau tahu kan orang lumpuh macam mana? Buang air pun tak boleh rasa. Aku malu sangat... Aku selalu akan susahkan abi dengan Hayyad. Umi sekali. Sejak aku cacat macam ni, makin banyak-"
"Tak baik cakap cacat." Syariz menegur.
"Hayyad selalu cakap aku cacat," ujarnya perlahan. Syariz mengangguk faham.
"Tapi kau tak boleh cakap tu. Umi dengan abi kau pun tak suka dengar. Cakaplah lumpuh. Kaki kau akan kembali normal. Jangan risau." Herra pandang kakinya itu.
"Lama. Masih lama, Ariz. Aku terseksa dengan keadaan aku. Harini je Hayyad dah hina aku banyak kali. Kata maaf pun tak ada..." luahnya. Syariz rapatkan diri dengan Herra.
"Hayyad hina kau?" soal Syariz. Herra cengkam hujung bajunya. Dia mengangguk. Matanya bergenang.
"Jangan degil boleh tak? Kau tu dah cacat! Tak payah nak banyak kerenah!"
"Sedar diri sikit, Herra! Kau tu cacat! Apa pun tak boleh buat! Jangan tambah susahkan orang macam ni sebab degil kau!"
"Kau tu guna kerusi roda, Herra! Ingatlah kaki kau tu tak berguna! Tengok sekarang!"
Syariz terdiam mendengar penjelasan Herra itu. Hayyad melampau. Syariz tahu Hayyad risaukan Herra. Tapi, bukan itu caranya.
"Cacat, cacat, cacat, itu je yang dia cakap. Aku sedar diri, Ariz... Aku tahu aku cacat. Tapi perlu ke dia buat macam tu? Sedarkan aku, ingatkan aku pada keadaan aku? Aku ada hati dan perasaan juga..." Bahu Herra bergetar. Titis air mata mula jatuh membasahi belakang tangan Herra.
"A-aku tak minta... Aku tak minta jadi macam ni... Aku- Aku rasa aku menyusahkan orang. Aku cuba... Aku cuba buat satu benda sendiri tapi selalu hinaan dia yang aku dengar bila aku gagal... Aku ni macam dah tak ada harga diri dekat mata dia sampai dia sanggup hina aku macam tu..." Sambung Herra. Syariz peluk tubuh Herra dari sisi.
"Maaf..." ucap Syariz. Herra menggeleng.
"Bukan salah kau. Tak perlu minta maaf," ujar Herra. Syariz leraikan pelukan dan menyeka air mata Herra. Dia terus capai gitar yang dia pinjam dari Hayyad tadi.
"Kita menyanyi nak? Hilangkan sedih tu." Herra menggeleng.
"Aku tak rasa nak nyanyi." Syariz ketawa kecil.
"Jom lah... Nyanyi dengan aku. Please, Herra... Please..." Herra mengeluh berat. Syariz selalu begitu. Memaksa dengan rengekan. Bingit telinga macam ni. Mahu tak mahu dia terpaksa setuju.
"Yey!" Syariz bersorak riang. Suka bila Herra ikut kehendaknya.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest One
Random"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf "Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...