"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf
"Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEPALA Herra dilindungi. Begitu berjaya masukkan Herra dalam kereta, Hayyad terus bergegas ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta dah panas. Sengaja dia hidupkan dulu awal-awal sebelum bawa Herra.
"Nak pergi mana?" soal Herra. Hayyad tersengih.
"Sampai nanti kau tahulah." Herra mengeluh perlahan. Tali pinggang keselamatan dia pasang. Hayyad terus jalankan kereta.
"Mesti tempat mewah kan? Hayyad, aku nak makan dekat kedai tepi jalan je. Tak perlu pergi tem-"
"Diam. Ikut je." Herra pandang Hayyad dan kemudian buang pandangan keluar tingkap.
"Aku nak berhenti belajar."
"Kenapa?" soal Hayyad tak percaya.
"Kau nak aku teruskan macam mana? Kau tahu kaki aku kan? Kau tahu bidang apa aku ambil. Kenapa nak tanya?!" Herra marah. Dia sensitif dengan soalan itu. Seolah Hayyad bertanya pada kucing buta kenapa dia tak tangkap tikus yang berkeliaran depan mata. Menyakitkan hati.
Hayyad mengeluh.
"I'm your brother, Herra. Be nice." Herra pandang Hayyad sinis.
"Abang? Abang mana yang sanggup buat adik dia cacat? Abang mana yang sanggup tengok adik dia hancur macam ni? Bagitahu aku, Hayyad... Abang mana yang sanggup tengok adik dia macam ni? Yang cacat sampai cita-cita dia perlu dilepaskan sebab seorang abang..." Hayyad berhenti apabila lampu isyarat berubah merah.
Dia pandang wajah Herra. Banyak kali dia lihat adiknya itu menangis. Tangan terhulur mahu menyeka air mata Herra. Namun, Herra terus menunduk.
"Kau takkan faham tu... Kau cuma tahu tindakan kau betul. Kau sikit pun tak rasa bersalah bila tengok aku jadi cacat. Sikit pun kau tak ada rasa bersalah bila tengok tok daddy koma. Sikit pun tak ada sebab kau rasa apa yang kau buat tu adalah benda betul."
"Her-"
"Lampu dah hijau." Potong Herra dan dia bersandar. Hayyad masukkan gear dan terus memandu.
"Aku minta maaf." Herra menggeleng.
"Tak perlu. Macam kau cakap... Semua ni salah aku. Kalau aku ikut cakap kau, kalau aku tak cuba pergi ikut tok daddy, kau takkan gila buat mata aku sakit sampai kami accident." Hayyad gigit bibir bawahnya kuat.
HERRA memegang kuat sisi kerusi rodanya itu. Tatapan mereka di sana cuba dia abaikan. Hayyad betul-betul mahu buat dia malu atau apa?
"Kau nak makan apa? Biar aku pesan lain."
"Hayyad, please... Kita pergi tempat lain." Hayyad menggeleng.
"Tak nak. Tempat ni dah okay. Kenapa nak pergi lain pula?" Herra pandang Hayyad yang juga memandangnya.
"Aku tak selesa. Orang pandang." Hayyad menoleh sekeliling. Dia mengeluh.
"Abaikan." Mudah Hayyad berkata.
Bam!
"Mudah untuk kau sebab bukan kau yang rasa! Yang cacat tu aku! Aku, Hayyad!" Naik turun dadanya kerana marah. Mereka yang memandang tadi terus buat hal sendiri. Hayyad mengeluh.
"Okay. Aku minta maaf... Tapi kita akan stay sini sampai habis makan." Keputusan itu tak ada yang boleh ubah. Herra menggeleng.
"Aku tak nak makan." Dagu Herra dicengkam kuat.
"Adik, aku beri amaran... Berhenti memberontak atau kau akan malu." Bibir Herra bergetar. Matanya bergenang. Perlahan-lahan air mata mengalir turun mengenai tangan Hayyad.
"Aku dah cukup malu ikut kau, Hayyad. Aku dah cukup malu bila orang pandang aku macam orang paling buruk sedunia. Aku dah cukup malu... Aku dah cukup malu bila kau bawa aku datang tempat mewah macam ni dengan keadaan aku sekarang. Aku dah cukup malu bila- ugh... bila aku kena hadap pandangan orang tentang hubungan kita sekarang."
"Mana otak kau? Mana letak otak kau, Hayyad? Kau cuba buat aku malu sendiri kan? Kau bawa aku ke tempat ni, untuk orang ejek aku, hina aku, itu tujuan kau kan? Supaya orang pandang serong pada aku." Herra pandang Hayyad sayu.
Tiada apa yang dapat ia lakukan dengan kaki yang kaku ini. Seksa dirinya hanya dia yang rasakan. Hayyad langsung tak faham.
"Maksud kau?" soal Hayyad mendatar.
"Orang gila jelah yang bawa adik dia makan candlelight dinner! Kau bodoh ke?!" Kuat suara Herra kedengaran. Ada beberapa orang yang dekat dengan mereka ketawa. Hayyad garu kepala.
"Dah tu tak payahlah nangis... Kau buat macam aku ada salah besar pula." Herra tepis kasar tangan Hayyad.
"Suka hati kau lah, Hayyad. Selagi kau boleh seksa hidup aku, silakan." Herra tolak kerusi rodanya supaya sedikit rapat dengan meja dan diam menatap pemandangan.
Setidaknya, pemandangan di luar itu dapat ubati hatinya yang terluka. Hayyad langsung tak faham dengan apa yang dia rasakan. Terbukti dari perilaku lelaki itu sendiri.
Sekarang, Hayyad sedang tersenyum memandang dirinya. Dia hanya abaikan. Dia sudah cukup sakit menerima perlakuan kasar Hayyad. Dagunya masih agak kebas.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.