"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf
"Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HAYYAD menangkap bantal yang dibaling Herra. Rasa ingin marah dengan perangai sang adik. Makin hari makin naik angin. Itu yang Hayyad rasakan.
"Boleh tak kau dengar cakap aku?! Apa yang susah sangat?!" Tengking Hayyad.
"KELUAR!" Kuat Herra memberi arahan. Malam ini Herra tak mahu bertemu sesiapa. Lupakan ucapannya. Dia tak mahu tidur bersama di depan televisyen itu.
"HERRA KAIDEN BIN HARRAZ KAERRA! JANGAN MELAMPAU!"
"KALAU AKU MELAMPAU PUN APA MASALAHNYA? SEMUA NI SALAH KAU! SALAH KAU, HAYYAD KASYAF!" jawabnya tak kalah kuat.
Kerana pintu bilik yang masih terbuka, suara kuat mereka sampai ke bawah. Anis dan Harraz tentu sahaja naik untuk melihat apa yang digaduhkan dua beradik itu.
"BERAMBUSLAH! SIAL!"
Pang!
Kuat bunyi tamparan itu. Herra seka sudut bibirnya. Berdarah. Dia pandang Hayyad tajam.
"AKU MUAK! AKU MUAK DENGAN KAU, HAYYAD! BERAMBUS!"
"Aku dah cakap jangan melampau! Apa yang tak kena? APA?!" soal Hayyad. Herra ketap rahang. Tatapan tak beralih.
Pang!
"Itu balasan untuk tadi!"
Bugh!
"Itu balasan... Balasan untuk kaki aku! Sekarang kau keluar. KELUAR!" Hayyad pegang perutnya yang ditumbuk sekuat tenaga oleh Herra. Dia sampai mengundur dua langkah saat ditumbuk.
"Her-"
"Hayyad! Herra! Cukup!" Anis hentikan mereka. Herra tarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Tak mahu memandang wajah Hayyad lagi.
Hayyad pandang Anis sekejap dan terus minta diri. Namun tangannya dicekal oleh Anis. Isyarat mata diberikan pada Harraz untuk tangani anak bongsu mereka itu sementara dia akan tangani anak sulung mereka.
"Control your emotion. Ikut umi," ujar Anis. Hayyad hanya mengekor. Mahu lari pun tak boleh. Anis pegang pergelangan tangan dia kuat.
Harraz mendekati si bongsu dan duduk di birai katil. Dia pegang bahu anaknya itu. Herra hanya diam di tempatnya.
"Abi tahu adik tengah cuba kawal emosi. Abi bagi masa sepuluh minit. Kalau dah reda panggil abi. Kalau tidak, bagitahu abi yang adik perlukan lebih masa." Herra hanya diam tak membalas. Harraz diam bersandar pada kepala katil.
Tangan Herra naik genggam tangan sang ayah. Tangannya menggigil. Sebelah tangan Harraz yang kosong naik mengusap kepala Herra.
Anak bongsunya ini sukar mengawal emosi. Mudah sekali marahnya dipicu. Bahkan setelah alami kelumpuhan sementara, Herra jadi semakin teruk dan lebih sensitif.
"Adik tak nak makan..." ujar Herra perlahan. Harraz mengangguk.
"Abi faham. Abi tak akan paksa." Herra pandang Harraz.
"Tapi Hayyad paksa adik. Hayyad tarik adik... Hayyad marah adik... Hayyad-" Dia diam. Dia tak boleh teruskan.
"Abang risaukan adik." Harraz berkata. Herra menggeleng.
"Dia tak risaukan adik. Hayyad cuma takut adik sakit dan mati. Dia takut hilang adik. Itu je." Harraz ukir senyum.
"Itu namanya risau." Herra menggeleng.
"Abi tak faham... Hayyad tu lain..." Harraz menghela nafas berat. Dia cium dahi anak bongsunya itu.
"Abi faham." Herra menggeleng lagi.
"Abi tak. Langsung tak ada yang faham apa Hayyad dah buat pada adik." Harraz genggam tangan anaknya itu.
"Abi tahu, adik. Hayyad memang lain. Kasih sayang dia lain sangat pada adik. Abi tahu." Herra diam. Dia angkat kepala dan diletakkan atas ribaan Harraz. Dia sembamkan wajah ke perut Harraz.
"Adik bencikan Hayyad..."
"Sebab abang punca adik kemalangan?" soal Harraz. Herra mengangguk.
"Abi tahu?" soal Herra.
"Ya. Abi tahu. Tok daddy pun." Herra segera pandang Harraz.
"Tok daddy dah sedar?" Harraz tersenyum dan mengangguk.
"Tadi Uncle Syiraz video call. Tok daddy nampak sihat. Cuma masih lemah sebab lama tidur. Tok daddy cari adik. Dia risau." Herra mengangguk sekali. Syukurlah Tengku Hazriq sudah bangun dari koma.
"Macam mana abi dengan tok daddy tahu?" soal Herra.
"I'm a doctor, adik. Abi tahu apa yang pelik dan berbeza dengan anak-anak abi. Tok daddy pula nampak abang tukar ubat mata adik tu. Cuma dia baru sedar yang itu hal buruk. Tok daddy minta maaf dekat abi sebab tak periksa." Herra mengalirkan air mata.
"Jadi... Abi tahu semuanya?"
"Ya. Umi pun." Herra terus duduk dan memandang kecewa ke arah Harraz.
"Lepastu? Abi dengan umi biarkan?" soal Herra.
"Adik... Abang tu sakit-"
"Tapi Er yang kena tanggung! Hayyad tu gila! Dia gila, abi! Kasih sayang dia tu beracun! Er boleh hilang akal dengan perangai dia!" Herra menengking. Dia betul-betul tak habis fikir dengan jawapan Harraz.
"Er cacat! Er cacat, abi! Er tak dapat teruskan cita-cita Er! Abi dengan umi biarkan je?! Er ni anak abi umi kan?!"
"Abang perlukan bantuan khusus, adik. Kalau abi dengan umi pandai-pandai bagi hukuman atau rawatan dekat abang, tak mustahil abang akan lebih teruk." Herra menggeleng. Tak. Dia tetap tak boleh terima ini.
"Er... Er benci semua ni..."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.