HAYYAD & HERRA | 03 |

221 15 0
                                    

TAWA Hayyad menggelegar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAWA Hayyad menggelegar. Gembira. Terlalu gembira. Tanpa ia harus berbuat apa-apa, semuanya terjadi sesuai pemikiran. Nafas dihembus puas. Oh, silap... Hanya dengan sedikit pemicu sahaja semua terjadi dengan sempurna seperti yang dia bayangkan.

"I told you... Kau takkan pergi, Herra. Kau adik aku, tempat kau adalah dengan aku." Hayyad menyeringai.

"Setelah diperiksa, dapat kami pastikan yang kakinya mengalami kelumpuhan sementara."

Percaya atau tidak, takdir seolah berpihak padanya. Nafas dihela. Dia diam memandang cermin dan kemudian berlalu pergi dari bilik air. Wajahnya kelihatan sendu. Dia kembali ke wad dan memandang Herra yang diam termenung.

"Adik..." Herra menoleh sekilas.

"Kau-"

"Diam. Berambus." Hayyad kepal tangannya.

"Herra, umi dengan abi balik rumah. Sekarang tinggal aku. Boleh tak kau terima aku sekarang ni?" Herra ketawa mengejek.

"Kau fikir aku tak tahu ke, Hayyad?" soalnya sinis seraya memandang Hayyad sinis.

"Kau punca aku macam ni! Kau punca tok daddy koma! Kau puncanya, Hayyad Kasyaf!" Hayyad mengeluh berat.

"Kau dah tak waras ke?" Herra berdecit.

"Depan orang lain kau boleh berpura-pura. Tapi depan aku tak, Hayyad. Kau gila. Dari awal aku sedar yang kau tu gila, Hayyad Kasyaf!" Hayyad ukir senyum senget.

"Gila? Herra Kaiden, kalau aku gila... Lumpuh kau takkan sementara. Tapi... Selamanya." Mereka beradu pandangan. Herra tahu, Hayyad tidak menyayangi dirinya. Lebih tepatnya Hayyad hanya terobsesi padanya.

Hayyad terobsesi pada seorang adik hingga tak mahu kehilangan adiknya walau sesaat. Hayyad sudah hilang akal kerana obsesi itu. Herra sedar itu. Sejak pertama kali Hayyad hampir membunuh seseorang yang akrab dengannya. Bahkan orang yang ia anggap sebagai seorang abang.

Ada beberapa hal yang Herra rahsiakan dari pengetahuan umi dan abi mereka. Kerana itu, dia hanya diam dan terima. Namun, disaat dia melawan ini yang terjadi.

"Apa yang kau nak? Kau cuba untuk seksa aku? Atau apa?!" soal Herra kuat. Mentalnya kacau. Lumpuh kakinya ini buatkan dia sukar berfikiran waras. Apatah lagi saat menghadapi Hayyad. Otak seakan tak mampu digunakan lagi.

"Aku dah cakap untuk tak pergi. Kau takkan boleh pergi, adik... Kau. Tak. Boleh."

"Kau tahu, Hayyad? Kau hancurkan hidup aku. Kau seksa aku! Jiwa dan raga aku, kau seksa semuanya!" Hayyad mendekati Herra dan menyeka air mata yang mengalir dipipi Herra.

"Janganlah menangis... Kau yang paksa aku untuk buat semua ni. Bukan salah aku. Tapi ia salah kau." Herra yang tak mampu mengawal emosi kini termakan akan kata-kata itu.

Hayyad mungkin saja benar. Dia yang salah. Kerana dirinya, Tengku Hazriq turut terlibat. Hayyad ketawa melihat wajah tertekan adiknya.

Dia cengkam dagu Herra dan matanya tajam menikam anak mata Herra. Bibir terukir senyuman yang mengerikan dimata Herra.

"Kalau kau nak selamat, berhenti buat benda yang aku tak suka. Teruskan seperti sebelumnya atau kau akan kehilangan kaki kau, adik. Aku tak suka arnab yang tak boleh ikut arahan."

Herra dengan kasar menepis tangan Hayyad.

"Sayang kau beracun, Hayyad! Kau tak layak ada adik pun sebenarnya! Kasih sayang kau, perlakuan kau pada aku, semuanya beracun!"

"Sayang kau beracun, Hayyad! Kau tak layak ada adik pun sebenarnya! Kasih sayang kau, perlakuan kau pada aku, semuanya beracun!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now