"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf
"Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEMINGGU KEMUDIAN...
Bilik Hayyad diperhatikan. Bersepah. Tengku Hazriq mengeluh berat. Dia masuk dan duduk di birai katil memandang Hayyad yang masih lena itu.
Tengku Hazriq cuba tarik baju yang dipeluk Hayyad itu namun tak berjaya. Malah Hayyad terjaga dari lena. Dia memandang Tengku Hazriq.
"Tok daddy..." Tengku Hazriq tersenyum. Dia usap lembut kepala Hayyad. Lelaki itu letak kepala atas ribaan Tengku Hazriq.
"Hayyad rindu adik..." Hayyad mengadu. Tengku Hazriq mengangguk. Dia tahu. Air mata Hayyad yang mula mengalir itu diseka.
"Hayyad kena sabar. Bagi adik ruang untuk pulih." Hayyad mengangguk.
"Hayyad faham. Tapi sakit... Tiap kali umi dengan abi call... Hayyad cuba cakap dengan adik. Tapi dia tak nak... Dia bencikan Hayyad..." Tengku Hazriq dipeluknya.
"Tok daddy tahu Hayyad rindukan adik. Tok daddy tahu ia sakit. Tapi, Hayyad... Kamu kena faham. Luka yang kamu beri tu terlalu dalam." Hayyad mengangguk tahu.
"Kamu selalu pukul adik. Kamu selalu cakap yang bukan-bukan dan hina adik, kamu sampai hampir bunuh dia banyak kali, Hayyad. Kamu kena faham... Rindu kamu sekarang masih belum sebanding dengan sakit adik." Hayyad leraikan pelukan dan duduk menghadap Tengku Hazriq.
"Hayyad tahu... Tapi Hayyad perlukan adik. Tok daddy... Jangan seksa Hayyad macam ni... Tolong pujuk umi dengan abi... Hayyad tak sanggup..." Wajah Hayyad ditangkup.
"Maaf. Tok daddy tak dapat buat apa-apa." Hayyad menangis kuat. Dia memeluk baju yang dipegang itu erat.
Baju itu milik Herra. Bau Herra ada pada baju itu. Dia terlalu rindukan sang adik. Seminggi di sini, seminggu juga dia menangis dan berkurung. Dia mahukan adiknya. Makan pun tidak banyak dan hanya sekadar alas perut. Itupun lepas Harraz ugut akan bawa Herra pergi jauh.
"Hayyad kuat. Tok daddy tahu Hayyad kuat. Hayyad macam abi, kuat. Tok daddy tahu tu. Jadi Hayyad kena sabar. Selain Hayyad, adik pun sedang buat rawatan. Hayyad balik nanti, siapa tahu dia dah okay? Dia dah boleh terima sentuhan? Sabar ya?" Hayyad berbaring kembali.
"Adik segalanya untuk Hayyad... Semua ni berat... Hayyad tahu zhayyad salah. Hayyad buat tok daddy sakit juga. Hayyad minta maaf... Tapi Hayyad tak mampu, tok daddy... Hayyad nak adik di sisi Hayyad..." Ayat terakhir itu kedengaran agak keras. Tengku Hazriq pandang Hayyad. Dia menggeleng. Mungkin halusinasi sahaja.
"Hayyad jangan banyak nangis. Nanti sakit. Tok daddy dah siapkan makan dekat bawah. Roti bakar dengan susu coklat. Habiskan tau. Tok daddy nak keluar beli barang." Hayyad hanya mengangguk lesu.
Tengku Hazriq terus beredar. Meski sekilas, dia agak yakin yang mata Hayyad berubah. Tajam dan berwarna merah. Hanya sekilas dan dia tak dapat pastikan hal itu. Entah salah lihat atau memang begitu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.