HAYYAD & HERRA | 02 |

229 19 0
                                    

HAYYAD menatap kosong tangannya yang berdarah-darah akibat menumbuk cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAYYAD menatap kosong tangannya yang berdarah-darah akibat menumbuk cermin. Dia benci betul dengan keputusan ini.

Klak!

Tak ia pedulikan orang yang masuk ke dalam biliknya. Itu pasti Herra. Dia tahu. Kerana tadi Herra sudah masuk dan kemudian keluar tanpa kata.

Tangannya ditarik dan diletakkan atas paha Herra. Dengan berhati-hati Herra bersihkan luka itu dengan air.

Minyak ubat diletakkan. Hayyad langsung tidak meringis. Saat ini, Hayyad betul-betul berubah. Tidak seperti biasa. Namun, Herra abaikan. Keputusan dia muktamad.

Selesai sahaja, dia terus bangun mahu keluar. Namun tak sempat melangkah, pergelangan tangannya sudah ditarik.

"Lepas." Hayyad hanya diam tanpa sedikit niat untuk lepaskan tangan Herra.

Kerana marah, Herra cuba untuk berontak dengan harapan tangannya bakal terlepas. Tapi usaha itu sia-sia. Padahal Hayyad gunakan tangan yang cedera itu untuk hentikan langkahnya.

"Hay!" Herra menatap tajam ke arah Hayyad.

Hayyad memandang Herra datar. Jujur, Herra sedikit takut melihat tatapan itu. Tatapan Hayyad saat ini sama seperti dulu. Masih ada ketakutan yang tersisa dalam dirinya.

"Batalkan." Dingin suara Hayyad memerintah.

"Siapa kau untuk arahkan aku?" soal Herra sinis.

"I'm your brother!" Suara Hayyad meninggi.

"Pangkat tu tak cukup untuk kau perintahkan aku. Kalau kau lupa, kau hanya seorang abang yang gagal." Hayyad semakin kuat mencengkam tangan Herra.

"Herra Kaiden, jangan cabar aku."

"Shut your fucking mouth, Hayyad Kasyaf. Aku muak dengan kau. Aku dah muak dengan sikap kau!" ujarnya lantang. Amarah memuncak.

Hayyad ingin sekali menampar wajah mulus sang adik. Mengapa lelaki ini menjadi terlalu biadab? Haruskah dia ajarkan sopan santun?

"Lepaskan aku."

"Kau takkan pergi ke mana-mana. Masukkan dalam otak dangkal kau tu," katanya dan terus lepaskan tangan Herra.

Bugh!

Hayyad ketawa mengejek. Herra baru sahaja menumbuk wajahnya? Dia menyeka sudut bibir yang berdarah. Tumbukan itu agak kuat. Ia akui.

"Berhenti ganggu hidup aku! Kau ingat aku takut dengan kau? Tak, Hayyad. Tak pernah! Selama ini kau yang tarik aku! Kau yang paksa aku untuk ikut kau! Sekarang cukup. Berhenti ganggu hidup aku!"

"Herra Kaiden."

"What? Kau nak hasut abi dengan umi untuk hentikan aku? Kau takkan boleh. Sebab malam ni, kau dah tak jumpa aku lagi dah!" ujar Herra. Dia melangkah mendekati Hayyad.

Mereka sangat rapat hingga dapat mereka rasakan hembusan nafas satu sama lain. Tatapan Herra yang tajam beradu dengan tatapan datar Hayyad.

"Selagi ego kau yang setinggi gunung tu tak cair, jangan harap kau akan jumpa aku. Jangan harap kau akan nampak aku lagi walau sekali." Perlahan, namun tegas dan tak ingin dibantah.

Hayyad ketap rahang. Herra ketawa sinis. Jari telunjuknya naik menolak bahu Hayyad.

"Kalau kau berani buat sesuatu sebelum aku berangkat, aku akan pastikan hanya jasad aku yang akan pulang ke sini. Lagipun, aku tak berniat untuk jumpa kau hidup-hidup lagi lepasni."

Setelahnya dia berlalu keluar. Hayyad semakin dikuasai amarah. Oh, sekarang arnab kecilnya itu mula memberontak? Senyum yang mengerikan tercetak diwajahnya.

Herra Kaiden takkan pergi ke mana-mana. Dia akan pastikan hal itu. Tawanya mula bergema dalam bilik. Jangan salahkan dirinya nanti. Ini salah Herra sendiri.

"Sepertinya... Kehilangan kaki bukanlah masalah untukmu, wahai kelinci kecilku..." Sekilas, matanya kelihatan seperti berwarna merah darah.

"Well... Kita tengok nanti. Sama ada kau masih berani atau tidak."

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

Jangan lupa vote and comment okyy

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now