SISA coklat di tepi bibir Herra segera Hayyad lap dengan ibu jari. Tisu diambil dan diberikan pada Herra. Tanpa kata, Herra mengambil tisu dan lap mulutnya.
"Ada apa-apa lagi?" soal Hayyad. Herra memandang sekeliling dan menggeleng sekali. Hayyad angguk kepala.
"Kalau macam tu, kita balik. Abang nak masak untuk adik." Herra hanya akur. Dia tahu dia tiada pilihan. Hayyad jalankan kereta keluar dari tempat parkir.
Air mata Herra mengalir turun membasahi pipi. Rindu. Bila lagi dia dapat merasai semua ini? Perasaan rindunya pada umi dan abi juga semakin menebal. Pemandangan malam hari begitu indah. Dia menyeka air matanya.
"Umi... Abi..." Hayyad menoleh sekejap. Dia usap lembut belakang kepala Herra.
"Adik rindu... Adik rindu umi dengan abi... Maafkan adik..." gumamnya. Dalam kereta hanya kedengaran suara esak tangis Herra.
Hayyad diam. Dia tak peduli selagi hal itu tak bawa Herra jauh daripada dirinya. Lagipun, tiada yang tahu ke mana dia dan Herra.
SAMPAI sahaja di rumah, Hayyad dapat rasa sesuatu yang pelik. Pegangan pada kerusi roda Herra semakin erat. Dia marah dan takut. Perasaan itu bercampur menjadi satu.
Herra tak percaya apa yang dia lihat. Seolah mimpi sahaja. Dia memandang datar namun air mata mengalir deras.
"Lepaskan adik, Hayyad." Hayyad segera mengundur saat Harraz mendekat. Namun, langkahnya terhalang. Dia menoleh ke belakang. Syariz dan Rayyan di belakang.
Syiraz muncul di sebelah Harraz. Namun, lelaki itu tampak berbeza.
"Lepaskan Herra, Hay. Tolong..." Syariz cuba memujuk. Hayyad terkepung. Dia menggeleng laju. Tidak! Tidak ada yang boleh pisahkan mereka.
"Tolong... Lepaskan adik tu, abang. Biarkan adik bahagia. Jangan seksa adik lagi." Hayyad pandang Harraz tajam.
"Kebahagiaan adik Hayyad adalah kebahagiaan Hayyad juga!" bentaknya kuat.
"Sebaliknya pun mesti macam tu! Kebahagiaan Hayyad adalah ada dengan adik! Perlu sama-sama bahagia! Abi atau diorang sekalipun tak boleh pisahkan adik dari Hayyad! Tak boleh!" Herra mendongak memandang wajah Hayyad. Dapat ia lihat wajah gelisah abangnya itu. Suara Hayyad juga sedikit bergetar.
"Tapi Hayyad tengok adik tu bahagia ke, Hayyad? Abi tak nak adik bencikan Hayyad nanti. Lepaskan adik dan kita buat rawatan. Hayyad boleh sembuh. Abi janji takkan pisahkan abang dengan adik lagi. Please... Ikut abi." Hayyad menggeleng dan memeluk erat adiknya yang diam tanpa reaksi.
Herra adiknya. Herra nyawanya. Tiada yang boleh pisahkan Herra daripada dirinya. Tiada walau orang itu ialah umi dan abi sendiri.
Herra menunduk. Bibirnya bergetar mendengar tangis perlahan Hayyad di belakangnya. Dia menggeleng laju.
"Adik... Tolong... Jangan pergi... Diorang nak pisahkan kau dari aku... Please... Don't g-"
"HAYYAD, ENOUGH!" Kuat Harraz menengking. Hayyad terdiam memandang Harraz.
"Cukup! Jangan seksa batin adik, Hayyad! Adik tak sekuat tu! Tengok apa kamu dah buat, Hayyad!" Semua memandang ke arah Herra yang menggeleng dan mencengkam rambutnya sendiri itu.
"Hayyad... Tak... Lepas... Sakit... Hayyad tak... Hayyad... Tak pergi... Tak pergi... Hayyad dah... Hayyad dah! Dah! Jangan! Jangan buat lagi! Jangan nangis! Dah! HAYYAD! DAH, HAYYAD! DAH! TAK PERGI DAH! TAK PERGI! BISING! HAYYAD DAH CUKUP!" Herra bertempik kuat. Hayyad memeluk erat tubuh adiknya.
"Ya... Jangan pergi! Tak boleh pergi, adik! Faham?" Laju Herra menggangguk.
"Tak pergi... Tak pergi! Tak pergi! Jangan... Jangan nangis... Jangan buat tu... Sakit... Hayyad sakit..." Hayyad tersenyum dan mengangguk.
"Good boy. Adik perlu ada dengan abang. Kalau tak... Abang akan mati." Herra membalas pelukan Hayyad dengan erat. Kukunya menancap pada kulit Hayyad.
Hayyad tersenyum lebar. Reaksi ini sudah ditunjukkan sebanyak tiga kali. Hayyad tak peduli waktu bila dan apa yang akan terjadi. Hayyad hanya peduli dengan reaksi ini kerana Herra takut kehilangan dirinya.
Ini adalah reaksi trauma yang Hayyad ciptakan buat sang adik. Hal yang akan menguntungkan dirinya.
"YaAllah..." lirih Harraz. Syiraz ukir senyum sinis. Rayyan pandang Syiraz.
"Vee-"
"Sayangnya kau kalah dari aku, budak." Leher Hayyad dicekik. Membuntang mata Herra melihat abangnya yang dicekik dan tak mampu jejak kaki ke tanah.
"HAYYAD!" Herra terjatuh dari kerusi roda. Harraz dan Rayyan laju membantu Herra bangun. Namun, lelaki itu memberontak. Hayyad ketawa. Syariz mendekati papanya.
"Enough... Enough, Hayyad Kasyaf. Obsession kills you!" Hayyad cengkam tangan Veeron yang menghuni tubuh Syiraz.
"Enough? No! Kau... Kau semua kejam! Kau semua... Cuba... Pisahkan dia dari aku!" Syariz memandang Herra yang memberontak itu. Hayyad tampak suka dengan itu. Syariz menyeka air mata yang mengalir turun.
"Herra, wake up!" Harraz cuba menyedarkan anaknya. Namun hampa.
"Pa... Turunkan. Lepaskan dia. Dia tak boleh mati." Veeron merengus kasar dan lepaskan leher Hayyad. Terbatuk-batuk Hayyad. Veeron menahan pergerakan Hayyad. Syariz mendekat.
"Hayyad... Kau tak kesian ke dekat Herra? Kau seksa hidup dia, Hayyad. Dia bukan diri dia sekarang. Kau cakap... Kebahagiaan dia ialah kebahagiaan kau. Tapi kau tak rasa pun penderitaan yang dia rasa tu... Kau tak faham dia dan kau cuma merepek dengan perkataan kebahagiaan dia ialah kebahagiaan kau. Kau tak rasa diri kau tu selfish?" soal Syariz. Hayyad ketawa mengejek.
"Hei, Herra tu adik aku! Dia bahagia dengan aku. Tak ada hak untuk kau atau sesiapa untuk pisahkan aku dengan dia!" Syariz menggeleng.
"Kau gilakan dia, Hayyad. Kau sedar tak kau gilakan dia?"
"Aku sayangkan dia. Aku tak gilakan dia. Aku sayang dia! Dia nyawa aku! Kau semua cuba bunuh aku dengan jauhkan dia daripada aku!" Syariz tahu, tiada gunanya berbicara dengan Hayyad.
Hayyad sudah gila kerana obsesi terhadap sang adik. Rasa sayang yang berlebihan itu sudah buatkan otak Hayyad jadi tak waras. Syariz bangun mendekati Herra yang masih berusaha ditenangkan oleh Harraz dan Rayyan.
"Herra... Aku Syariz. Calm down please... Aku datang nak bawa kau pergi." Lembut sahaja dia berkata dan memeluk Herra. Lelaki itu memberontak namun setelahnya terdiam dan tak sedarkan diri.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest One
Losowe"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf "Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...