SELANG beberapa minit selepas Naaila masuk, Qistina pula datang di bilik khas mereka untuk melihat keadaannya. Selain daripada bilik ini digunakan untuk membuat kerja tertentu, ia juga dijadikan sebagai tempat untuk mereka berehat dan menunaikan solat. Keluasannya tidaklah besar mana, cukup dapat memberi keselesaan.
Pabila pintu ditutup, Qistina menghampiri Naaila yang sedang duduk di atas kerusi bean bag.
"Kau okey tak?" Qistina bertanya risau sambil melabuhkan duduk di bean bag lagi satu.
"Okey. Senggugut sikit je ni. Kejap lagi aku keluar balik buat kerja." Sambil menekan perut, Naaila memandang Qistina. Telefon yang tadinya menjadi pusat perhatian, dibiarkan terbuka.
"Tak payah la, Nai. Kau rehat je dekat sini. Pekerja semua cukup, boleh handle kerja lagi," tegah Qistina. Macam la dia tak tahu si Naaila ini. Selagi boleh, semua benda dia nak buat. Padahal pekerja yang bisa menguruskan dan menggerakkan bakeri kafe sudah ada. Kalau mereka berdua tak datang pun, tak ada hal sebenarnya. Tapi, sudah tentu la asbab tanggungjawab sebagai pemilik perniagaan itu membuatkan mereka selalu ada untuk Meribella Bakery Café.
"Hmm, yalah. Yang kau ni, ada apa-apa ke masuk bilik?"
Qistina mendecit. "Aku nak check keadaan kau la. Kalau kau okey, tak apa la. Aku nak rehat kejap. Alang-alang nak masuk waktu zuhur."
"Sila, sila. Aku okey je ni. Boleh tengok-tengok phone lagi." Naaila senyum nipis. Tidak menghiraukan Qistina, dia sambung melihat explore Instagram selepas itu. Nak tengok-tengok gambar yang menarik. Sehinggalah... matanya tertarik kepada satu siaran yang sangat dia kenal akan gambar itu.
Ya!
Memang kenal pun sebab Naaila sendiri yang ambil gambar tersebut beberapa hari lepas. Di luar sedar, terjongket hujung bibirnya. Ceh! Dalam duk mengutuk Naaila tak reti ambil gambar awal-awal tu, disiarkan juga gambar yang dia tangkap. Berbangga sekejap Naaila apabila hasil fotografinya diletakkan di siaran Instagram Hafiq. Yalah, siapa saja dapat buat macam tu dekat seorang pelakon?
Kapsyen yang tertera dibaca Naaila.
'Looking good in pink while looking at you.'
You siapa? Naaila ke? Hampir bertaut kedua-dua belah keningnya. Eh, perasan betul dia ni! Naaila cepat-cepat menggeleng kepala. Mungkin kapsyen itu rawak sahaja. Tak semestinya berdasarkan realiti, kan?
"Kau kenapa tiba-tiba geleng?" Aneh, Qistina yang terganggu daripada melihat TikTok automatik memandang Naaila.
"Tengok ni, Qis." Naaila menunjukkan skrin telefon yang terpapar siaran tersebut kepada Qistina.
"Oh, ni. Aku dah tengok la. Dia baru post pagi tadi. Ni mesti gambar waktu kau pergi birthday party anak buah PA dia tu, kan?" Qistina membuat tekaan tanpa disuruh Naaila. Seperti biasa, bila buka saja cerita mengenai Hafiq, dia la orang yang paling semangat dan paling tahu.
"Mana kau tahu?"
"Hafiq tu jarang la post gambar pakai baju warna-warni. Lagi-lagi pink. Kau pula ada cakap tema majlis tu warna pink, kan? Aku agak sebab tu la Hafiq tiba-tiba post pakai baju pink. Tapi, smart gila kan dia pakai baju warna lembut macam tu, Nai? Kau yang tengok depan-depan takkan la tak cair." Berkemut-kemut bibir Qistina sambil menepuk perlahan lengan Naaila.
"Eei, melebih la kau. Aku bukannya aiskrim nak cair-cair. Tapi hmm, boleh la, smart la juga." Bukan smart la juga, tapi memang smart pun. Naaila hanya mampu simpan itu sendiri. Bibir terjuih sedikit ke hadapan sambil menahan reaksi. Membiarkan mukanya kekal tidak terpeta sebarang riak.
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...