TMI tentang Love, In Action!, lagu ni ada dalam playlist yang saya buat khas untuk Hafiq Naaila sebab saya rasa vibes dia very LIA coded (bagi saya hshs). Untuk lebih feel baca bab ni, dengarlah lagu Manisnya Senyumanmu - Elite. Ni lagu lama tau tapi dok tahu la bakpe eh suka sangat dengar sebab rasa comei! Okey bye, enjoy reading! <3
~
SELESAI acara potong kek, masing-masing duduk berselerak untuk menjamu selera. Majlis hari jadi yang hanya melibatkan 2 buah keluarga itu tetap terasa meriah walaupun disambut secara kecil-kecilan untuk meraikan cucu sulung perempuan dalam keluarga Noah.
Melihat kemeriahan dan kemesraan mereka, Naaila turut berasa bahagia. Tambah-tambah pula, kek vintaj berbentuk hati kombinasi merah jambu dan putih hasil Meribella Bakery Café mendapat pujian ramai. Baik dari segi dekorasi dan kelazatan kek. Produk tersebut adalah signature cake buat bakeri kafe mereka kerana temanya yang menonjolkan identiti Meribella Bakery Café.
Buttercream merah jambu yang dipaip rapi membentuk corak hati di keliling permukaan kek, berserta dekorasi reben kecil membuatkan produk tersebut tampak estetik dan menjadi pilihan teratas buat penggemar tema coquette. Berbeza berbanding aising biasa yang kelihatan glossy, buttercream memberi matte finishing untuk penampilan yang velvety. Juga yang paling penting, tahan cair.
Kek ini, Puan Fida sendiri yang pilih untuk cucu kesayangannya.
"Lepas ni, boleh la aunty tempah kek dengan Naaila lagi. Dah la cantik, sedap pula tu." Berbakul-bakul pujian yang keluar dari mulut Puan Fida daripada dia mula makan, sampailah dah masuk suapan terakhir.
Selain Naaila mengembang pipi, Puan Elysha yang turut di meja makan itu ikut sengih. Dia berbangga sebab berjaya rekomen bakeri kafe Naaila kepada seorang lagi rakan. Mengenal Puan Fida, Puan Elysha tahu wanita itu sudah lama teringin nak beli benda-benda cantik untuk cucu perempuan. Siapa sangka, asbab dia dan Puan Nazira terdetik hati ingin melihat suasana dan mencuba menu di bakeri kafe Naaila yang nampak menarik itu, mendorong kepada pertemuannya dengan si gadis manis tersebut. Untung juga, mereka dapat makan pastri yang sedap.
"Thank you, aunty. Naaila pun berbesar hati kalau aunty nak tempah lagi. Banyak-banyak kali pun tak apa. Biar baker lagi sibuk dekat dapur," seloroh Naaila tanpa sedar. Spageti di atas pinggan digulung menggunakan garpu sebelum dia menerbangkan ke dalam mulut.
"Bukan setakat tempah lagi, aunty nak rekomen Naaila sekali dekat kawan-kawan kami. Patutlah you semangat betul rekomen Naaila hari tu, El. I memang puas hati sangat tengok kek. Cantik sangat! Tak jemu I nak pandang. Sampai nak makan pun rasa sayang." Dari wajah Naaila yang terpasang senyuman segan itu, mata Puan Fida menyoroti pula wajah si kawan baik lebih sedekad, Puan Elysha.
"Eh, mestilah! I nak lagi ramai orang kenal Meribella Bakery Café. Bertambah spesial, orang kenal Naaila dari I sendiri. Lagipun, Naaila ni bukan orang lain, Fi. Bakal jadi sebahagian daripada keluarga kita juga." Usai spageti dihabiskan, Puan Elysha teguk air blackcurrant demi melancarkan tekak.
Hafiq yang duduk di sebelah Naaila dan berhadapan dengan Puan Elysha, selesa menikmati perbualan mereka dengan senyap. Dalam hati, dia kagum dengan gadis itu sebab mudah menyesuaikan diri dalam suasana yang baru. Kalau nak dihuraikan seorang Naaila ini, Hafiq akan kata gadis tersebut sejenis yang senang disukai orang tua kerana celotehnya yang menghiburkan. Kehadirannya bisa menceriakan suasana.
Sementara Naaila, senang mendengar penerimaan mereka terhadapnya. Tanpa sedar, jatuh juga rasa serba salah. Keikhlasan Puan Elysha dan Puan Fida melayan dia membuatkan Naaila rasa dia tak patut kecewakan sekeping hati milik mereka. Sudah la Naaila ini senang luluh dengan permintaan orang baik, pula tu dari seseorang yang sudah berusia. Tetapi, rasa syukur dapat mengenali mereka itu tetap ada kerana sejumlah sokongan yang diterima sangat menghangatkan jiwa.
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...