BERMULA hari ini, Hafiq akan tinggal di sini bersama Puan Elysha dan Encik Herman memandangkan dia sudah officially dalam fasa take a break. Untuk meluangkan masa bersama kedua-dua ibu bapa, juga untuk diri sendiri. Hafiq perlu recharge dan rehab diri dia dahulu sebelum start fresh semula selepas segala kontroversi yang telah berlaku. Lagipun, sudah sekian lama juga Hafiq tidak menetap dalam tempoh yang agak panjang di rumah keluarganya. Eloklah dia duduk saja di sini sementara keadaan kembali terkawal untuk mendapatkan ketenangan dari sebarang tumpuan.
Mengingatkan bahawa di kejiranan ini tiada gim yang memang khas tersedia, Hafiq terpaksa la pergi ke gim yang memerlukan dia untuk pandu kereta ke sana kalau nak workout. Jika di penthouse miliknya, tak perlulah dia susah-susah nak risau memandangkan ada kemudahan gim di tingkat tertentu. Bukan sahaja gim malah kolam renang, sauna dan lain-lain juga.
Bermalasan pun bermalasan, tapi Hafiq turut kena jaga tubuh badannya. Bukan sahaja demi imej dia selepas bergiat aktif semula nanti, namun untuk kesihatan juga. Satu fakta tentang Hafiq, dia suka apabila berbadan tegap. Selain boleh menambah keyakinan, dia juga buat demi kepuasan diri. Tambah-tambah pula kini Hafiq duduk bersama Puan Elysha, takut mengembang dengan jayanya dek masakan-masakan yang dijamukan wanita itu.
Termenung punya termenung, kelopak mata Hafiq kian memberat. Baru mata hendak terlelap tika melepaskan lelah dalam posisi berbaring, tiba-tiba lengan dia pula ditepuk seraya tilam di sebelah terasa tenggelam. Tercelik mengejut dua biji mata Hafiq sekaligus pandangannya dihiasi dengan wajah Puan Elysha.
"Apa ni lewat-lewat petang tidur, Fiq? Tak elok la. Dah nak maghrib dah ni."
Sebut pasal tidur, automatik menguap mulut Hafiq. Kedua-dua lengan terus diangkat ke atas untuk meregangkan segala otot sendi sebelum dia bingkas duduk.
"Hmm, Fiq tertidur sekejap tadi. Penat baru lepas kemas baju," balas Hafiq dengan suara serak basahnya. Tengkuk diregang ke tepi, belah kanan dan kiri. Mengantuk punya pasal.
"Kalau mengantuk, pergi la mandi. Segarkan badan dulu."
"Ya, ma..." Menurut, kepala diangguk Hafiq lambat-lambat. "Ada apa mama masuk bilik Fiq?"
"Oh, ha. Lupa mama nak tanya. Fiq ada baju pink tak nak pakai esok?"
"Baju pink untuk apa?" Berkerut dahi Hafiq.
"Noah tak ada bagitahu Fiq ke? Esok kan birthday party Sofia. Fiq kena pakai baju pink la sebab tema pink."
"Eh, esok ke? Rasa macam Noah ada cakap pasal birthday party Sofia hari tu, tapi dia tak ada pula bagitahu kena pakai baju pink ke apa. Tapi, ada la kut dalam almari. Nanti Fiq cuba cari."
"Ha, yalah. Noah lupa la tu. Pakai smart-smart sikit tau esok," pesan Puan Elysha bersama segaris senyuman sebelum dia bangkit dari bahagian sisi katil Hafiq. Tersirat betul bunyinya sehingga mengundang aneh di pendengaran Hafiq.
"Ada apa esok?" Pelik, Hafiq menyoal. Takkan la kakak Noah itu nak buat majlis hari jadi besar-besaran kut untuk anak dia. Budak tu baru umur 2 tahun.
"Ada Naaila sekali." Senafas Puan Elysha menjawab.
"Hah? Apa ni, ma? Fiq tak tahu apa-apa pun."
"Apa? Salah ke mama nak ajak kawan Fiq?" Sengaja Puan Elysha ingin menduga. Berdirinya dia, menanti masa untuk keluar dari kamar tidur Hafiq.
"Pelik la nanti, ma. Nama pun kawan Fiq, kan? Bukannya lebih. Kenapa mama ajak Naaila? Tu kan birthday party Sofia. Naaila pun tak kenal rapat family Noah." Segar-bugar terus biji mata Hafiq kala nama Naaila disebut. Terkejut bukan kepalang.
Sekarang ini, majlis melibatkan kenalan terdekat pun dia harus menjebakkan Naaila sekali ke?
Parah, parah, parah.
Puan Elysha seperti biasa, tenang. "Naaila tak ada bagitahu Fiq?"
"Bagitahu apa?"
"Hari tu, mama dengan Aunty Fida sendiri datang bakeri dia untuk tempah kek Sofia. Aunty Fida yang jemput Naaila, alang-alang dia nak delivery kek sekali nanti. Sekarang Naaila mungkin kawan Fiq, tapi in future bakal menantu mama, kan? Fiq ni macam tak biasa pula. Sebelum ni, Fiq tak kesah pun kalau mama layan..." Usikan Puan Elysha itu terhenti apabila Hafiq tidak sabar-sabar memotong bicaranya.
"Lambat lagi la, ma. Fiq dengan Naaila kan tengah berkawan. Mama janganlah berharap sangat. Takut tak ada jodoh nanti, macam mana? Kita tak tahu apa bakal terjadi pada masa depan, ma." Hafiq menyatakan sebarang kemungkinan. Bukan kemungkinan, memang tak akan terjadi dan tak akan berlaku pun.
Teringat kembali perbualannya bersama Naaila tempoh hari, Hafiq mula mengerti. Itu ke penyebab sebenar Puan Elysha datang ke Meribella Bakery Café? Dan rupanya, bersama mama Noah, Aunty Fida. Patutlah Naaila keresahan semacam. Barangkali, gadis itu risau hubungan entah real, entah fake mereka ini semakin melarat dan tersebar lebih meluas.
"Kalau Fiq lambat sangat ajak Naaila kahwin, memang la. Sebab tu, mama tak suka Fiq buang masa nak kenal-kenal lama sangat. Kalau disambar orang, macam mana? Fiq yang melepas, tahu?" Bab-bab membidas, Puan Elysha bijak sekali. Lancar dia menepis kata-kata Hafiq dengan bibir yang menyenget.
Kelu terus lidah Hafiq hendak membalas. Masuk bab kahwin, ada saja akal Puan Elysha untuk buat dia K.O. Namun, sesungguhnya Hafiq tak kesah kalau dia melepas Naaila sekalipun sebab mereka bukan ada hubungan 'spesial' tersebut. Tapi, dia kesah kalau Puan Elysha terlalu kecewa jika ada apa-apa hal buruk berlaku antara mereka di masa akan datang.
Haih, boleh botak kepala Hafiq memikirkan soal pasangan hidup.
Boleh tak Hafiq nak membujang saja sampai ke tua? Kumpul duit banyak-banyak dan jadi single rich uncle untuk anak-anak buah Noah. Dengan wang berkepuk itu, dia boleh mencari bahagia juga apa. Orang kata, lelaki makin berumur makin hot. Boleh la dia jadi bujang terlajak paling panas abad ini. Tak ada isteri, tak ada hal. Ada isteri, macam-macam hal.
Ewah! Bukan main betul pemikiran Hafiq. Sekurang-kurangnya buat masa ini, itulah yang Hafiq rasakan. Kemudian hari, dia tak tahu kalau-kalau ada seseorang yang bisa mengubah pendiriannya. Sebab cinta belum hadir la, sesenang air cap badak saja dia ambil mudah soal kahwin. Kalau cinta dah hadir, lautan volkano pun sanggup dia redah.
"Tapi kan, ma..."
"Cuba benda yang belum jadi tu jangan overthinking dulu, sebaliknya Fiq usaha bagi dapat. Jodoh ni tak datang bergolek, tahu? Tak adanya tiba-tiba jatuh dari langit atau pari-pari cerita dongeng nak bagi dekat Fiq. Macam mana mama layan kawan Fiq dulu, macam tu la mama akan layan Naaila. Fiq tak boleh halang, eh. Biar mama usaha juga untuk anak mama. Fiq tu bukannya senang nak ada kawan perempuan. Renung-renung sikit umur Fiq dah berapa. Bukan makin muda tau, makin tua. Ke, Fiq sebenarnya tak move on lagi dari..."
Tak betah membiarkan ayat itu ditamatkan Puan Elysha, Hafiq sepantas kilat mencantas. "Hesy! Mana ada, ma. Kalau Fiq tak move on, tak adanya Fiq nak berkawan dengan Naaila."
"Baguslah kalau macam tu. Mama risau aje kalau Fiq masih teringat dekat dia." Terlakar riak kelegaan di raut wajah Puan Elysha. "Dah, Fiq pergi la mandi-mandi dulu. Mama nak tengok kejap pokok bunga mama dekat belakang rumah tu."
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...