TIDAK berpuas hati, Naaila tonton video yang dikeluarkan oleh halaman MySensasi itu sekali lagi. Nak pastikan betul-betul sama ada dia tersilap dengar atau tidak. Tak mungkinlah seperti apa yang dia fikir, kan? Tapi, buat apa Qistina hantar link video ini kepada dia kalau setakat nak tengok muka Hafiq?
"Apa komen Hafiq tentang isu yang hangat baru-baru ni? Betul ke hubungan Hafiq dan Rania seperti sangkaan netizen?"
"Macam mana pula dengan video Hafiq yang viral beberapa hari lepas? Adakah video tu berkaitan dengan hubungan yang sedang diperkatakan?"
"Sebahagian netizen juga ada mengatakan Hafiq bermain kayu tiga. Sebenarnya, apa yang berlaku? Benar ke Hafiq curang dengan Rania?"
Bagaikan sudah menyimpan peluru untuk sekian lama, bertubi-tubi soalan yang datangnya daripada beberapa jenis media ditembak kepada Hafiq.
Tak terkejut, tak juga gementar, Hafiq memulakan respon dengan ketawa santai. Sudah dapat mengagak, dia telah pun mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut sebelum menghadiri event anjuran Versatile itu. Hafiq sedia maklum bahawa pelbagai jenis media akan terlibat sama dalam event glamor ini, jadi nak tak nak dia memang tak boleh lari daripada interviu yang semestinya akan melemparkan soalan-soalan panas terbakar.
"Fuh, panas-panas soalan, eh? Okey, relaks semua. Hafiq akan jawab satu per satu soalan yang ramai sangat nak tahu dan banyak juga orang bertanya. Hafiq tak expect akan dapat sambutan macam ni untuk drama Kekasih Salju. This is my first time getting this kind of exposure. Mungkin peminat nampak chemistry Hafiq dengan Rania yang sangat kuat, so ramai menganggap kita orang ada something. Hafiq berterima kasih atas segala sokongan kau orang, but sorry to disappoint you guys, Hafiq dengan Rania tidak bercinta. Sebenarnya, Hafiq dah pernah bagitahu yang Hafiq dengan Rania sejujurnya tak ada apa-apa. Rania pun ada bersuara baru-baru ni yang kita orang berdua hanya berkawan. Our relationship is strictly professional for the drama. That's all."
"Mengenai video yang viral tu, tak ada kaitan dengan Rania atau siapa-siapa. Apa yang berlaku cuma salah faham. Hafiq tak boleh nak cakap lebih-lebih atas dasar privasi dan Hafiq tak nak besarkan lagi benda ni. Jadi, Hafiq harap netizen pun boleh hentikan sebar video yang dah viral tu dan tak terus kecam sesiapa. Hafiq sendiri dah setel secara baik dengan pihak yang terlibat."
Selepas itu, Hafiq gelak sekejap sambil mengusap hujung hidungnya dengan jari. Sebelum dia menyambung lagi menjawab soalan. "Siapa yang cakap Hafiq main kayu tiga tu? Kita kena by one ni. Hafiq tak tahu macam mana orang boleh terfikir sampai ke tahap tu. Hafiq tak bercinta dengan Rania, jadi tuduhan curang tu memang tak betul dan tak logik."
"Ke... sekarang ni Hafiq tengah menjaga hati sesiapa? Mana tahu Hafiq dah ada someone special."
Agak lama Hafiq berjeda daripada mengeluarkan sebarang ayat. Dia berdesis dengan kepala sedikit senget, seakan sedang memikirkan sesuatu. Sesuatu yang telah menerbangkan fikirannya kepada seseorang dan juga situasi antara dia bersama kedua-dua ibu bapa baru-baru ini. Kalau apa yang bakal Hafiq cakapkan seterusnya dapat buat semua peminat berhenti berharap kepada dia dan Rania, seraya dapat membebaskan Hafiq daripada segala kontroversi panas bersama Naaila, jawapan ini mungkin solusi kepada semua masalah.
"No comment, tapi doakan yang baik-baik. Ada jodoh, ada la. Kalau ada berita baik, insyaAllah Hafiq akan share. Jangan risau. Itu je Hafiq boleh jawab sekarang."
"Kiranya, betul la Hafiq dah ada seseorang? Adakah dia seorang pelakon juga? Atau, hati Hafiq memilih yang sebaliknya?"
"Aih, soalan pancing ni. Okey, macam ni la. 'Dia' bukan sesiapa yang dikenali. Jadi, Hafiq harap para peminat boleh hormat keputusan peribadi Hafiq dan tak menjodohkan Hafiq lagi dengan mana-mana pelakon yang pernah Hafiq bekerjasama. Hormat hal peribadi kami dan jangan sebarkan benda-benda tak sahih yang boleh mengundang fitnah."
Tamat video interviu tersebut, Naaila baca komen-komen yang warganet lontarkan. Pelbagai kesimpulan dan tebakan dibuat oleh mereka. Naaila tak tahu mana satu betul seperti yang Hafiq maksudkan, tetapi... sebahagian komen yang memetik kembali insiden mereka di De Sandra Kitchen membuatkan Naaila tak sedap hati. Lebih-lebih lagi mengenangkan tentang kehadiran Puan Elysha di bakeri kafe pagi tadi, memberitahu apa yang telah Hafiq katakan kepada wanita itu mengenai hubungan mereka.
Qistina juga ada mengajukan pertanyaan kepada Naaila di WhatsApp sebentar tadi.
'Hafiq cakap pasal kau ke, Nai?'
"Takkan la Hafiq betul-betul maksudkan aku?"
Naaila tak boleh duduk diam. Dia perlu berjumpa Hafiq sekali lagi dengan kadar segera!
Naaila tak nak syok sendiri, jadi ada baiknya dia tanya terus dan meminta Hafiq untuk hentikan segala lelucon antara mereka ini.
・┆✦ʚ♡ɞ✦ ┆・
"LET'S end all of this nonsense now, Hafiq Iqmal, can we?" pinta Naaila. Senada, seserius dan selancar yang boleh.
Elok-elok Hafiq datang ke sini bersama entah apa agendanya, Naaila juga ada permintaan tersendiri. Naaila sangka, lelaki itu dah tak mahu terjebak langsung dengan dia apabila DM dia hanya dibiarkan seen. Tahu-tahu, pap! Muncul Hafiq dekat Meribella Bakery Café. Sorang-sorang pula tu, tanpa Noah. Tak takut agaknya kena tangkap dek Dispatch versi Malaysia.
"Nak end apa? Kita bukannya bercinta pun." Kening diangkat tinggi oleh Hafiq.
Naaila ketap bibirnya sekejapan. Buat-buat tak tahu pula mamat artis ni.
"Memang la. Sejak bila pula saya cakap saya tengah bercinta dengan Hafiq?" Lain yang Naaila maksudkan, lain yang Hafiq dapat. Sekarang ini, dia nak tamatkan semua salah faham yang Hafiq dah mulakan supaya hati siapa-siapa tidak terluka. Naaila tak sampai hati nak menipu Puan Elysha. Pengakuan Hafiq sebentar tadi tentang apa yang lelaki itu katakan semasa di event, lagilah buat Naaila rasa tak senang. Naaila tak faham kenapa Hafiq nak libatkan dia. Perempuan lain dah pupus ke?
"Okay, I get it. Sebelum kau decide nak end apa-apa, how about we figure out where this is really going first, can we, Naaila Maissa?"
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...