To unlock next chapter: (Let's see cecah ke tidak hshs)
50 votes
10 comments~
DALAM banyak-banyak hari, kenapa hari ini juga sandal Naaila nak buat hal? Sepatutnya lepas makan hati senang, tetapi gara-gara tapak sandal dia yang hampir terkopak itu, rasa senang tersebut terus lesap.
Elok Naaila nak keluar dari premis kedai makan yang menjadi tempat dia dan Hafiq mengisi perut sebentar tadi, dia dapat rasakan derap langkah asing. Tambah-tambah pula, orang yang lalu-lalang di sekitar mereka asyik menjeling sandal yang tersarung di kakinya. Pula tu, ada yang siap bergelak ketawa dan mengejek dalam diam. Naaila mungkin tak dengar, tapi dia tak naif mana sampai tidak mengerti.
Hafiq yang berjalan di sebelah juga aneh dengan jelingan orang. Sehingga dia memusingkan kepala ke arah Naaila, kemudian anak mata turun melihat apa yang menjadi sudut pandang manusia lain kepada gadis itu.
Tak terasa nak bersuara, sorotan mata dibawa melilau ke sekeliling kawasan pasaraya tersebut. Ngam-ngam, ada sebuah kedai kasut yang berada berdekatan dengan tempat makan.
"Kita singgah sana sekejap," ujar Hafiq selamba.
"Hmm..." Naaila menggumam perlahan, hanya menurut seraya membuntuti langkah Hafiq. Dia senyap saja sepanjang jalan mengenangkan situasi yang memalukan itu. Tak pasal-pasal saja Hafiq harus menjadi saksi. Padahal Naaila baru saja beli sandal ini. Macam mana boleh terkopak pula tapaknya?
Melihat Hafiq dengan selamba melihat-lihat kasut itu, Naaila jadi hairan. Ni, aku ke dia yang terkopak kasut? Ujarnya dalam hati.
"Siapa yang nak beli kasut? Aku ke kau?" soal Naaila.
"Kau la. Takkan aku pula nak pakai kasut perempuan." Mulut Hafiq bergerak seiring membelek kasut yang tengah dipegang. Melihat jenis, ketahanan dan kesesuaian yang dirasakan menepati untuk Naaila.
"Ni okey? Nampak macam kena dengan kau." Ringkas pertanyaan Hafiq. Dia berpusing menghadap Naaila yang berjalan di belakang, lalu menunjukkan sebuah kasut jenis classic flat ballerina berwarna burgundy. Gaya yang simple, tetapi nampak selesa dan kasual untuk pemakaian harian. Permukaan yang berkilat menaikkan lagi kecantikan kasut tersebut tanpa kelihatan terlalu ekstra.
Mula-mula masih terkebil, namun Naaila tetap memerhati kasut yang berada di tangan Hafiq. "Hmm, cantik. Harga berapa?"
"RM 245 sepasang," beritahu Hafiq setelah dia lihat harga yang berada di bawah tapak kasut tersebut.
"Hesy! Mahalnya. Tak payahlah beli. Nanti aku tengok dekat kedai lain." Jujur Naaila meluah. Tetapi, dalam nada yang terkawal supaya tidak didengari oleh saleswoman yang berada berhampiran mereka.
"Apa pula? Okey je aku tengok. Cantik pun cantik, kualiti nampak okey. Cuba pakai dulu, tengok selesa ke tak."
Tak sempat Naaila nak menghalang, Hafiq terlebih dahulu memanggil pekerja berdekatan mereka untuk mendapatkan kasut jenis tersebut. Hendak tak hendak, terpaksa juga la Naaila memberitahu saiz kasutnya kepada wanita itu. Sempat dia mendecit kecil. Bertuah punya Hafiq! Dah la tak suruh dia pilih kasut sendiri. Nasib baik cantik, tapi masalahnya mahal la pula. Bukan Naaila tak mampu, tapi tak pernah-pernah la dia beli kasut atas RM 100.
Sementara menunggu, Naaila duduk di atas salah sebuah kerusi yang berada di kedai itu. Mujurlah pelanggan lain tak ada, hanya mereka berdua saja yang singgah di waktu ini. Memang Naaila sengaja pilih pasar raya untuk mereka membeli-belah barangan Najla kerana tak sesak sangat jika hendak dibandingkan dengan mall. Lagipun, pasar raya ini tersedia kedai-kedai lain juga di dalam bangunan yang sama.
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...