NOAH yang tadinya masuk ke dalam rumah untuk melepaskan hajat, kembali ke taman, tempat dia dan Hafiq melepak buat sementara waktu sambil menunggu acara bermula. Membiarkan mereka di dalam membuat persiapan akhir apa yang patut. Mungkin dari segi makanan, dekorasi atau sebagainya. Para lelaki ini, elok sekadar jadi tunggul selagi tidak disuruh berbuat apa-apa. Bimbang kalau menyibuk sama, bertambah huru-hara jadinya.
Pintu gelangsar yang menjadi penghubung antara ruang tamu dan taman yang berwarna-warni dengan aneka bunga direntasi Noah untuk ke gazebo built-in bench yang berada di penjuru ruang tersebut.
Hafiq yang segak berpakaian kemeja-T polo jenis knit lengan pendek berwarna merah jambu lembut, dituck in bersama seluar jeans biru lembut, santai bersandar di atas kerusi sambil menatal telefon. Melangkah ke arah si sahabat, Noah mula memanggil.
"Fiq."
Terangkat serta-merta kepala Hafiq, dipusingkan ke arah Noah, lalu sepasang mata setia mengikuti langkah lelaki itu sehingga jarak mereka dekat.
"Aunty suruh kau tunggu Naaila dekat laman. Dia on the way, nak sampai dah kut. Nanti kau bawa la dia masuk dalam hantar kek. Aunty takut Naaila segan." Arahan yang diberi oleh Puan Elysha disampaikan Noah kepada Hafiq.
"Naaila bagitahu mama aku?"
"Yes, brother."
"Lah, kenapa dia tak bagitahu aku terus? Macam la tak ada nombor aku. Selesa pula dia tanya mama. Dibuatnya sesat jalan ke apa, susah nanti."
"Oi! Kau nak bising-bising, tunggu Naaila sampai ya. Sebab telinga aku ni tak bluetooth dengan telinga dia. Elok la tu dia tanya aunty sebab alamat rumah ni pun dia dapat dari aunty. Mungkin, dengan kau kut yang dia tak selesa." Noah membidas. Tak tunggu Hafiq membalas, dia sambung menggesa. Tangan masih memegang telefon di sisi telinga.
"Dah, kau pergi cepat! Aku pun nak masuk dalam ni. Nak tolong angkat perabot. Time-time ni la kedudukan tak sesuai la, apa la. Macam-macam!"
Mendengarkan itu, Hafiq bingkas bangun lalu memasukkan iPhone ke dalam poket seluarnya. Hilang figura Noah, kaki diorak ke laman rumah banglo 2 tingkat tersebut.
Malas dia nak berbahas lagi dengan Noah yang kini sedang on call dengan seseorang. Firsya agaknya. Hafiq tebak, barangkali gadis itu tak dapat menghadiri majlis hari jadi Sofia. Kalau pun itu berlaku, dia dah tak pelik sebab Firsya memang selalu mengelak setiap kali Noah ajak datang acara keluarga. Lepas tu, tengoklah kejap lagi. Bila Noah kena counter pasal Firsya, yang kena tempias balik adalah Hafiq.
Tak lama Hafiq menjadi tiang di laman rumah untuk menunggu Naaila, akhirnya muncul jua kereta Axia tersebut di perkarangan kediaman milik keluarga Noah. Memandangkan bahagian hadapan itu sudah dihiasi dengan beberapa biji kereta, ruang kosong untuk parkir juga jadi terhad kerana kawasan itu tidak terlalu besar, sedang-sedang sahaja.
Jadi, Hafiq pergi la bantu memberi arahan untuk memudahkan Naaila parkir kereta. Menggunakan isyarat tangan, sekejap dia suruh ke tepi, sekejap dia suruh undur sikit, sekejap dia suruh pandu ke hadapan. Sehinggalah Axia tersebut terletak cantik di celahan ruang.
Hafiq angkat ibu jari tanda okey sebelum tangannya spontan membetulkan sedikit rambut curtain hairstyle itu tanpa mengganggu kekemasannya. Pabila Naaila keluar dari perut kereta, lantas dia mendapatkan gadis itu. Kemudian, matanya jatuh pada kotak kek yang dipegang Naaila.
"Bagi aku pegang."
"Pegang apa? Kek?" Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Apa masalah kau ni, Naaila? Kutuknya sendiri dalam hati. Naaila gigit bibir dalam. Kut ya pun berdebar, janggal, kekok nak jumpa keluarga Noah dan Hafiq, jangan ditanya pula soalan kurang bijak.
Tidak semena-mena Hafiq tertawa kecil, kedengaran agak sumbang di telinga Naaila. Sah! Mamat tu nak perli dia. "Pegang apa lagi yang boleh kalau bukan kek, Naaila? Nak aku pegang beg, kau kena jadi girlfriend aku dulu. Nak aku pegang tangan, kita kena kahwin. So, how?" Hafiq angkat-angkat kening. Cukup seronok mengacau Naaila sebab reaksi gadis itu kelakar. Hafiq terhibur.
Menjongket sekejapan bibir atas Naaila kerana rasa menyampah. Kalau tak diingatkan kek ini untuk Sofia, pasti dia dah tepek dekat muka Hafiq. Biar lelaki itu terdiam setahun. Rengsek betul dia dengan flirting-not-so-flirting Hafiq ni. Banyak belajar dari skrip drama agaknya.
"Banyak la kau punya how! Nasib baik dua-dua pun bukan, lagi-lagi yang kahwin tu. Sebab kalau kau pegang tangan aku, aku karate badan kau sampai patah." Haha, hiperbola sungguh seorang Naaila Maissa ni. Apa ada hal? Perkara itu tak mungkin terjadi, bolehlah sembang lebat.
"We'll see."
"Nah! Pegang ni, jangan banyak merapu. Majlis pun dah nak mula ni. Kek belum setup lagi." Malas nak melayan lebih panjang kemengarutan itu, Naaila pantas mematikan topik. Jam di skrin telefon dilihat sekilas. Ada masa lagi sebenarnya, tetapi eloklah tidak dibazirkan. Lebih-lebih lagi, membazir untuk Hafiq.
Tak bermanfaat!
"Dah, jom. Nanti orang ingat kita dating pula dekat luar ni."
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...