DISEBABKAN panggilan mengejut tersebut, di sinilah mereka berempat sekarang. Hafiq, Noah, Naaila dan Qistina, di kedai mamak kegemaran Naaila. Ini saja tempat berhampiran rumah yang Naaila rasakan sesuai demi menjaga privasi Hafiq. Kerana kedai mamak ini dipecahkan kepada dua bahagian, luar dan dalam. Di dalam, kebiasaannya jarang ada orang sebab pelanggan suka duduk di luar. Itu yang Naaila tetapkan untuk mereka berlabuh di sini sahaja. Sekurang-kurangnya, mereka berurusan di tempat yang terbuka. Karang tak pasal-pasal kena cekup dengan Jabatan Agama Islam pula kalau duduk di tempat yang tak ada orang langsung. Free-free kena kahwin nanti. Siap pakej viral 2.0.
Sebelum meneruskan apa-apa agenda, mereka berempat oder air dahulu untuk membasahkan tekak. Takkan nak duduk kedai orang sekadar berteduh, kan? Walaupun benda tu tak salah, tapi ia antara budi pekerti yang tak susah pun untuk dibuat jika berkemampuan. Disebabkan Naaila dan Qistina sempat melantak mi goreng di rumah tadi, jadi mereka malas nak oder makanan. Perut masih kembung. Hafiq dan Noah juga mungkin dah isi perut.
"Sementara tunggu air sampai..." Noah bersuara memecah sunyi sebelum dia sengaja jeda ayat. Tapak tangan dihulur sekejap ke hadapan, memandang Hafiq dan Naaila silih berganti. Menandakan masa yang ada ini diberikan buat mereka berdua untuk selesaikan apa yang perlu.
"Aku nak kau kenal aku." Mengerti isyarat itu, Hafiq terus memulakan langkahnya. Tak berniat langsung nak bersimpang-siur sementelah dia juga tak mahu berlama-lama keluar dengan anak gadis orang malam-malam begini.
Naaila sudah tentu terkebil-kebil. Kurang faham apakah yang Hafiq maksudkan. Cubalah kalau nak cakap tu, bagi ada isi dan huraian sekali. Cakap tak cukup patah perkataan macam ni, boleh bikin salah faham tahu tak. Ini kalau cikgu Bahasa Melayu dengar, hampa hati sebab tak praktikkan dari karangan dan rumusan masa zaman sekolah ke dunia nyata.
"Nak kenal apa lagi? Aku dah kenal la. Hafiq Iqmal, pelakon. Ha, cukuplah tu."
"Tu semua orang pun tahu, Naaila. Aku tak payah cakap." Hafiq tayang muka toya. Keselambaan dan keyakinan Naaila itu, sungguh dia memang tabik spring! Kerana itu jugalah lidah Hafiq licin saja hendak membidas semula apa yang gadis itu cakap.
Adakah Naaila memang jenis orang yang senang berkomunikasi seperti ini? Maksud Hafiq, sembang dengan siapa-siapa macam dah kenal 10 tahun.
Mengenangkan Hafiq ini seorang pelakon yang selalunya orang akan rasa segan dan berhati-hati, agak luar biasa bila Naaila boleh on track bercakap dengan dia seolah-olah sudah cukup selesa. Nampaknya, Hafiq harus mendalami lebih lagi tentang gadis itu.
"Maksud aku... kenal lebih personal."
"Untuk?" soal Naaila dengan nada yang tampak intimidasi. Very questionable.
"Kan aku dah kata tadi dalam call, kita kena study. Study pasal diri masing-masing. Kau kena kenal aku, dan aku kena kenal kau. At least, benda yang basic."
"Perlu ke tahu? Macam yang kau cakap, kita tak payah berkawan dengan serius pun tak apa, kan? Tapi, aku nampak... kau yang take serious pasal benda ni. Kenapa?" Naaila perlukan penerangan jelas daripada Hafiq mengenai niat tersembunyi lelaki itu. Segalanya tentang mereka masih samar-samar sehingga Naaila masih teragak-agak nak teruskan apa yang mereka tengah lakukan sekarang.
"Ya, perlu. Kita dah jadi kawan sekarang. Depan aku, aku tak kesah kau nak layan aku serius atau tak. Tapi masalahnya sekarang, bila kau dah terbabit dalam urusan melibatkan family aku."
"Esok, macam yang kau tahu, birthday party Sofia, anak kakak Noah. Family Noah dengan family aku rapat dan dah kenal lama, basically aku anggap dia orang as family aku juga. Nak tak nak, kita kena be real depan dia orang. Walaupun asalnya, benda ni bermula dengan fake, tapi bila melibatkan family, aku tak rasa aku mampu ambil mudah. Aku pun bukan orang yang senang-senang libatkan orang luar dalam hidup aku, jadi aku tak nak hubungan kita tak ada makna apa-apa. Depan family, aku nak kita serius dan nampak betul-betul macam berkawan."
"Permintaan aku dekat kau sikit je, layanan baik kau untuk family aku. Dan, kerjasama dari kau untuk kita be a little serious dan kenal each other dengan cara yang betul. Like real friends. Lagipun, dekat majlis tu nanti, mesti akan ada yang tanya pasal kita. So, untuk elak dari kita menipu dan bagi jawapan merepek, lagi elok kita kenal diri masing-masing. It doesn't cost any harm to learn a little more about each other." Panjang lebar Hafiq memberi penerangan. Tenang, yakin dan bersahaja. Cukup lengkap, seperti karangan. Sebab dia nak bagi Naaila faham dan tidak mempersoalkan lebih lagi.
"Kau tak rasa ke kau buat macam ni, family kau akan lebih berharap dengan kita? Kau nak? Kang tiba-tiba kena kahwin pula, macam mana?" Naaila boleh saja bersetuju, tetapi kalau pandang lebih jauh, dia risau sebab Hafiq itu bukan orang biasa macam dia.
"Aku tak boleh kawal kalau dia orang nak berharap, tapi aku dah bagitahu. Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak ada, kena la terima," balas Hafiq terus-terang. Bukan dia tak kesah kalau orang tuanya kecewa kemudian hari, tetapi mengikut kata Puan Elysha, Hafiq tengah give it a try la ni dengan Naaila.
Mendengar Hafiq tuturkan sebaris ayat yang serius itu dengan cukup enteng, Naaila rasa nak sembur api dari mulutnya seperti naga. Bukan setakat dia, malah Noah pun terkejut sama sambil menahan rasa terhibur manakala Qistina pula menikmati saja sajian drama realiti di hadapan mata yang dia tidak sangka bisa terjadi dalam hidupnya.
Sudah tentu yang progresif untuk perbincangan ini hanya Naaila dan Hafiq sementelah dua orang lagi cuma menjadi peneman.
"Kalau ada jodoh, ada? Kau nak ke kita kahwin? Masa depan kau yang rugi nanti sebab aku tak ada apa-apa nak bagi dekat kau. Dan, aku pun tak nak kahwin dengan orang yang aku tak cinta." Naaila tak tahu benda dan soalan merepek apa dia cakap, tapi dalam kepalanya penuh dengan situasi 'what if'.
Tak semena-mena Hafiq tergelak kecil. Kelakar. Jauh betul fikiran Naaila menerawang.
"Kan aku sebut, kalau. Maksudnya, aku tak berharap pun nak kahwin dengan kau. Tapi, andai kata terkahwin juga walau macam mana pun kita nak elak, maksudnya kita dah berjodoh la macam tu." Hafiq menggeleng kepala. Terhibur betul. Takkan la pasal tu pun dia nak kena bagi ceramah agama dulu?
"Kau ni! Aku fikir kesan dan akibatnya nanti." Naaila menjeling tajam dengan bibir yang herot-berot.
"Kau tak payah fikir jauh sangat, Naaila. Apa yang ada depan mata, layankan tu dulu. Berkawan tak susah pun nak cuba. Semua orang ada kawan, bermula dengan kawan. Apa akan jadi selepas tu, bukan tugas kita untuk fikir dan atur lebih-lebih. Lagipun, kita ada niat sendiri dan tahu tujuan apa kita teruskan benda ni, so just follow that first. Then, everything will flow apart how it should be." Ujaran Hafiq itu membuatkan Naaila akhirnya tak mampu berkata-kata. Sebab ia sangat meyakinkan dan logik dek akal.
"Okay, fine! Let's know each other better, personally."
~
Double update! Sila komen lebih hshshs jk. Puas tak? Hahaha. Maaf kalau bosan :(
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...