21

301 49 7
                                    

NAK dapatkan tandatangan aje pun, tapi sampai suruh belanja makan. Ini kali pertama Naaila dan Hafiq keluar di tempat publik, dan harapnya tak ada la headline artikel yang bukan-bukan keluar pada esok hari. Kira halal saja la apa yang Hafiq minta hari ini memandangkan lelaki itu rela melayan permintaan personal Naaila.

Ini semua Najla punya pasal!

Naaila tanya khabar Najla, siap soal perlukan apa-apa atau tak. Boleh pula adiknya itu minta benda yang bukan-bukan. Katanya, Fiqah minat dengan Hafiq dan Najla nak bagi birthday surprise untuk kawan baik dia itu. Siap meminta Naaila belikan hadiah sekali. Kalau orang lain ini, memang Naaila tak layan dah. Tapi, disebabkan dia pernah terhutang budi dengan Fiqah tentang Fakha, jadi Naaila pejamkan mata saja la dengan permintaan tersebut.

"Kerja kau ni memang jadi pengantara orang je eh untuk ambil sign aku? Kau tak nak ke?" Selamba badak Hafiq menyoal sebaik sahaja sekeping kertas berlapikkan buku nota dihulurkan oleh Naaila. Bukan dia nak bermegah dengan title pelakon yang sedang disandang, tetapi Hafiq tertanya sendiri. Bukan setakat tandatangan, malah sekeping gambar pun Naaila tak pernah minta.

Kenapa Naaila tak minat Hafiq sepertimana gadis lain minat?

Tak menarik ke diri Hafiq untuk Naaila?

"Untuk apa?" Hanya dua patah perkataan, namun memberi pelbagai persoalan dalam fikiran Hafiq. Tidak terpeta sebarang riak di wajah Naaila kerana bingung dengan pertanyaan yang diajukan.

Salah ke kalau dia tak minta tandatangan? Adakah itu perkara wajib apabila berjumpa dengan Hafiq? Detik hati Naaila.

"Entah, manalah tahu. Untuk flex ke? Simpan buat khazanah peribadi ke?"

Tanpa aba-aba, bibir Naaila mencemik. "Huh, kalau flex pun dapat apa? Nak simpan, tahu-tahu kena makan dengan anai-anai. Kalau ada faedah tak apa la. Dapat duit berjuta ke, kan? Nak juga la aku minta sign kau." Jujur Naaila menjawab bersama wajah yang berkemut-kemut. Nadanya jauh sekali kedengaran kurang ajar, melainkan hanya bergurau kasar.

Tidak terkesan atau terasa sedikit pun, dengusan halus dikeluarkan Hafiq. Pen yang berada di atas buku nota dicapainya lalu penutup dibuka. Bercakap dengan Naaila ini memang itulah gaya dia. Bersungguh-sungguh gadis tersebut ingin menegakkan bahawa dia tidak punya sebarang minat walau secebis kepada Hafiq Iqmal. Membuatkan Hafiq rasa amusing pun ada dengan Naaila Maissa ini. Yakin lo? Jangan sampai Hafiq mulakan langkah, tahu-tahu cair pula nanti.

"Faedah, eh?" Sambil menurunkan tandatangan, Hafiq tidak putus bersuara. Mata melekat pada kertas, tetapi mulut setia bergerak. "Faedah apa yang kau nak sampai kau rasa berbaloi? Kalau sign aku tak ada value dekat mata kau, ke aku kena bagi diri aku dulu baru kau nampak value tu?"

"Tak ada la macam tu! Di mata aku, mungkin aku pandang sign kau hanya sign biasa. Tapi, di mata peminat kau, dia orang nampak value yang aku tak nampak. Perspektif dan mata orang ni lain-lain bergantung kepada macam mana orang tu anggap kau. Seolah-olah macam ayat, kita akan nampak berharga di mata orang yang tepat," terang Naaila. Penuh bertenaga dia menerangkan tentang hal tersebut. Yalah, dia tak mahu nanti Hafiq salah faham pula dengan kata-kata itu sedangkan Naaila tidak berniat hendak menyakiti hati sesiapa.

"Macam... aku nampak kau sekarang ke?" Hafiq angkat wajah buat seketika, sekaligus terhenti gerakan tangannya.

"Nampak apa?" Muka Naaila berubah bingung.

Sedetik, dua detik, tiga detik berlalu. Sebelum...

"Tapi, bukan value la." Hampir Hafiq nak tercakap sebaliknya, namun dia niat untuk simpan sendiri sahaja. Sejujurnya, memang Hafiq nampak Naaila ini lain dari yang lain. Kerana itu, barangkali dia tertarik kepada Naaila. "Nampak pelik. Perempuan lain kalau boleh nak mengurat aku. Tapi, kau? I bet, kau tak pernah ada boyfriend kut. Sebab tu, susah nak ada feeling bunga-bunga ni. Taman dalam hati orang lain mungkin musim bunga, tapi taman dalam hati kau mungkin musim kemarau."

"Baik-baik sikit, eh! Apa kena-mengena pula? Aku mungkin tak pernah ada boyfriend, tapi aku tahu feeling jatuh cinta tu macam mana." Naaila membidas geram. Tak sempat nak makan makanan, karang makan hati pula. Sempat Naaila memusingkan kepala ke arah sekeliling. Melihat pelanggan lain menjamah nasi, tiba-tiba dia rasa lapar. Jangan sampai, Hafiq pula yang dimakan Naaila nanti.

'Oh, betullah. Dia tak ada boyfriend.' Tanpa apa-apa balasan, Hafiq tersenyum kemenangan. Saja dia cakap macam tu sebenarnya. Nak sahihkan apa yang dia terfikir sejak dua menjak ini.

Kemudian, Hafiq sambung tingkahnya yang tergendala sebentar tadi. Selain daripada tandatangan, dia juga sempat menyelitkan kata-kata berguna untuk kawan adik Naaila yang merupakan seorang pelajar universiti. Beberapa minit berlalu hanya dengan keheningan sebelum Naaila berdeham ingin mengatakan sesuatu.

"By the way, sorry kalau kau rasa terpaksa buat permintaan personal aku ni. Aku tak ada niat nak ambil kesempatan." Walaupun sudah diberitahu dalam WhatsApp, Naaila tetap mahu mengulang sekali lagi.

Hafiq yang pada ketika itu baru selesai menulis karangan automatik angkat kepala.

"It's not like I'm giving it for free, Naaila." Ada usikan dalam nada Hafiq. Senyumannya seakan menguji hati. "As long as kau sudi exchange for a meal, aku tak ada masalah. Tapi, kalau kau rasa masih tak cukup untuk balas jasa aku, then we can have a real date for a whole day. Is it okay for you? Takut hati kau la tak cukup kuat untuk menahan perasaan."

Usikan tersebut pastinya terselit satu keseriusan yang barangkali Hafiq sedar atau tidak. Entah dari hati, atau sekadar main-main.

Anehnya, kata-kata tersebut membuatkan wajah Naaila rasa berbahang. Dalam pada meluah reaksi jelik, Naaila turut menghela nafas apabila melihat senyuman misteri Hafiq. Nak kata manis, tidak. Nak kata sinis, pun tidak. Adakah itu... senyuman menggoda? Ergh! Walau apa-apa pun, Naaila tak boleh tersungkur dengan bicara manis yang palsu seorang Hafiq Iqmal. Dia harus berlagak tenang.

"Flirting skill kau tak ada kesan untuk aku." Garisan diletakkan Naaila dengan jelas supaya Hafiq cakna dengan hubungan mereka. Kawan apa entah yang duk bagi ayat geli-geli ni. Mahu termuntah Naaila.

Hafiq sengetkan kepala sembari melabuhkan sebelah tangan di atas meja. Sebelah tangan lagi bertindak menyebak rambut ke belakang. Muka sengaja dipamer relaks sambil bibir berdesis selamba dengan riak yang sedang berfikir. Membuatkan Naaila pula rasa rengsek dan tak senang duduk.

Hafiq nak buat apa dekat dia ni? Nak menjampi ke?

"Ya ke tak ada kesan? Pengalaman berlakon aku tak cukup ke untuk bagi efek dekat kau? Ke, hati kau sebenarnya tak berfungsi?"

"Siapa kata? Berfungsi je, tapi untuk orang yang tepat. Sebab kau bukan orang yang tepat la hati aku tak berfungsi dengar ayat-ayat geli kau. Dan malangnya, aku bukan tergolong dalam orang yang minat kau. Jadi, kau boleh simpan baik-baik flirting skill tu untuk bakal isteri nanti ya," bidas Naaila sambil berpeluk tubuh. Berkerut-kerut mukanya menahan jengkel. Hafiq ini boleh tahan juga kalau mengusik. Tak tipu, tapi Naaila rasa dia kena pergi hospital. Mungkin, Hafiq telah merosakkan jantungnya kerana tiba-tiba berdegup laju.

"Oh, ya? Tapi, awal sangat kalau kau nak cakap macam tu. Aku tak sempat buat apa-apa lagi. So, nak aku test ke boleh berfungsi atau tak?" Hafiq angkat kening tinggi bersama bibir yang sinis.

"Tak berminat!"

~

Tak tahu la T-T

Enjoy! Maaf kalau chapter ni tak best huhu.

Love, In Action! | ON-GOINGWhere stories live. Discover now