"OKAY, I get it. Sebelum kau decide nak end apa-apa, how about we figure out where this is really going first, can we, Naaila Maissa?" Tulang belakang diluruskan Hafiq seraya membuatkan duduknya lebih tegak berbanding tadi. Menampakkan semakin jelas sisinya yang berkarisma. Postur tubuh yang kelihatan angkuh, bersama fesyen grim reaper kebiasaan menonjolkan lagi keyakinan lelaki itu.
Naaila menghela nafas malas. "Penipuan apa lagi yang Hafiq nak buat lepas ni? Thank you sebab jaga aib saya, tapi saya dah tak nak bersubahat."
"From now on, let's make that lie become real. Be my friend." Itu tujuan Hafiq datang ke mari. Mendengar cerita Naaila mengenai Puan Elysha yang datang ke sini tanpa pengetahuannya membuatkan Hafiq rasa inilah langkah terbaik untuk semua pihak. Biar selepas ini, tiada lagi penipuan melainkan hanya kebenaran.
"Hah?" Mencerun hujung kening Naaila. "Hafiq, Hafiq sedar tak yang Hafiq tu pelakon? Saya ni orang biasa yang sangat jauh kalau nak berkawan dengan Hafiq. Saya rasa better kita habiskan setakat ni je. Biarkan keadaan macam asal. Saya tahu sekarang ni Hafiq nak elak kontroversi dan sebagai langkah selamat, Hafiq indirectly mention saya dalam interview. Tapi tak apa, saya biarkan buat kali terakhir kalau Hafiq rasa itu yang mampu buat saya bersihkan nama Hafiq."
Anak mata Hafiq melurus tanpa kelip bersama nada yang tidak kasar dan tidak juga lembut. "Aku serius. Aku nak kau jadi kawan aku. Aku tak minta kau jadi kawan secara serius, tapi at least lepas ni kita dah tak menipu lagi kalau ada apa-apa situasi melibatkan keluarga aku yang aku kena minta tolong kau. Dan, aku rasa kau dah boleh kut tukar saya tu jadi aku. Sebab tak kena dengan kau. Mungkin, lidah kau pun tergeliat nak bersaya-Hafiq dengan aku, kan?" Ada main-main di sebalik suara itu apabila semakin ke penghujung.
Membuntang mata Naaila. Tangan bersilang di dada kerana menahan sabar. "Helo? Kalau Ha... kalau kau nak minta tolong ke apa, kenapa tak minta tolong kawan perempuan yang lain?"
"Aku tak ada kawan perempuan. Mama aku nampak gaya macam suka kau. Dan, kau pun secara tak sengaja dah terjebak dalam hidup aku, jadi aku cuma perlukan pertolongan kau, bukannya orang lain. Kalau kau setuju, anggap la ini sebagai tanda aku terima permohonan maaf kau. Aku suruh kau jadi kawan aku je untuk kita kekalkan connection ni tanpa ada sebarang penipuan. Mudah, kan?"
Acik kau mudah! Bentak Naaila dalam hati. Dari ayat Hafiq berserta dengan agendanya itu membuatkan Naaila masih lagi sukar hendak percaya.
Beberapa ketika berlalu dengan keadaan mereka yang saling merenung antara satu sama lain dengan pandangan tersendiri. Naaila dengan tatapan bingung, Hafiq dengan lirikan kosong yang sukar ingin ditafsirkan apakah maksudnya.
"Kenapa? Kau tak setuju? Ke... kau nak jadi girlfriend aku instead of kawan?"
"Jangan nak main-main la." Automatik mengherot bibir Naaila apabila Hafiq mudah-mudah saja kata begitu. "Kau tak takut ke aku nak ambil kesempatan? Atau, aku ada niat jahat? Mudahnya kau suruh aku jadi kawan kau, and now girlfriend? Kita ni tak kenal each other tau."
"Tahu. Sebab tak kenal la sekarang ni aku nak kenal kau." Hafiq membetulkan topinya walaupun ia sudah terletak elok di atas kepala. Dalam badan mencondong sedikit ke hadapan, Hafiq labuhkan lengannya di atas meja. Sebelah secara melintang, sebelah lagi secara menegak menongkat dagu.
"Kau minat aku?" Tiba-tiba soalan tersebut diajukan Hafiq sehingga hujung bibir Naaila ternaik makin tinggi.
"Aku tak minat artis."
"Okey. Kau suka aku?"
"Lagilah tak."
"Hmm, okey. Kau cintakan aku?"
"Kalau aku cintakan kau, aku dah kahwin dengan kau dah." Kali ini Naaila balas dengan sindiran.
Terlepas tawa Hafiq. Kemudian, dia angguk kepala perlahan tanda berpuas hati. "Kau pass semua, so tak ada masalah rasanya kalau kita teruskan jadi kawan. Aku tak minta banyak. Cuma, tolong jadi kawan aku buat sementara ni in case kalau jadi apa-apa, aku ada sebab untuk lepaskan diri. Itu je. Dalam masa yang sama, penipuan yang kita dah buat sebelum ni akan jadi benda betul. Kalau kau tak selesa, tak perlu berkawan dengan serius pun. Suatu hari nanti, kalau aku dah ada someone dan kau dah ada someone, kita berpisah. Atau, ada apa-apa jadi antara kita, aku akan cakap yang kita tak serasi dan tak ada jodoh, sama ada dekat mama aku atau media. Boleh?"
Naaila buntu hendak membidas dan memanjangkan lagi perbualan ini, jadi...
"Okay, fine. Dengan syarat."
"Syarat apa?"
"Layan aku sebagai kawan sahaja, tak lebih daripada tu."
"Deal!"
~
Okey, pendek je chapter kali ni sebab nak hangatkan dan panaskan keadaan hshshs. Ni baru permulaan je antara Hafiq dengan Naaila. Yang masih baca, selalu vote, selalu comment, thank you so much! ;) Sorry kalau cerita ni membosankan egfwgefuiaifg. Harap korang terhibur la walaupun sikit.
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...