🖤 BAB 1 💜

20 2 0
                                    

Nama ku KIM JISOO. Aku merupakan pelajar baru yang dipilih untuk menuntut di sebuah Akademi Muzik.

Dark Royal Academia. Sebuah Akademi, di mana prinsip selaras dengan namanya. Dark Royal berdiri sebagai sebuah institusi berprestij dan terkemuka. Hanya yang 'terpilih' dan 'dipilih' sahaja yang layak untuk menuntut di sini.

Aku merupakan seorang gadis yang hanya berasal dari sebuah kampung. Ibu dan ayahku masih hidup, namun kedatanganku ke bandar hanyalah
sendirian. Dan disaat aku pertama kali melepasi pintu pagar Akademi, maka bermulalah kisahku disini. Sebagai
seorang pelajar dan juga...

Kring!

Suara gelak tawa pelajar mengisi ruang bilik kuliah, memecah kesunyian yang sepatutnya mendominasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Suara gelak tawa pelajar mengisi ruang bilik kuliah, memecah kesunyian yang sepatutnya mendominasi. Di sudut belakang, beberapa pelajar
rancak berbual, ketawa bebas tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

Di barisan tengah, ada yang terlentok di meja, terlelap dengan buku yang masih terbuka. Di segenap penjuru pula, kelihatan pelajar-pelajar lain sibuk
dengan hal masing-masing.

Ada yang mencatat nota dengan tekun, ada yang menyemak telefon bimbit dengan wajah serius, dan ada juga yang hanya merenung ke luar tingkap,
tenggelam dalam dunia mereka sendiri.

Suasana itu seakan-akan tidak terganggu, sehinggalah bunyi pintu dibuka perlahan dan seorang
pensyarah lelaki mula melangkah masuk, mencuri tumpuan mereka semua. Keadaan kembali reda, sunyi
tanpa sebarang kata.

"Morning class," sapa Sir Namjoon.

"Morning sir..." balas mereka serentak.

Sir Namjoon mula mengatur langkah ke tengah dewan kuliah. Berdiri tegak di
hadapan para pelajarnya dengan muka mendatar.

"You all mesti dah maklum apa yang saya nak bagitahu harini?" soalnya sambil belakang tubuh disandar pada bucu meja.

Serentak, para pelajar yang lain pandang sesama sendiri. Ada yang angguk seakan-akan memahami dengan maksudnya tadi, dan ada juga
yang berkerut seribu dahinya bagai tidak tahu apa-apa.

Kelu

"Bagitahu apa tu Sir?" Salah seorang dari mereka mula bersuara.

"About your Semester Project. Starting from today, your SP is around the corner. That means, hari ini juga kamu semua kena cari ahli kumpulan masing-masing. One group consists of five members. Tak kurang, juga tak lebih," terang Sir Namjoon panjang lebar.

Keadaan di dalam dewan kuliah itu bertukar sepi buat sejenak. Masing-masing langsung tidak
menunjukkan sebarang keterujaan mahupun ketakutan.

"Malasnya..." gumam seseorang tiba-tiba. Dia menguap lebar cukup menunjukkan yang dia langsung tidak berminat.

"Malas? Then I can easily failed you Jeon Jungkook." Garang Sir Namjoon membalas.

Dia menggelengkan kepala, menahan rasa frustasi. Cukup muak dengan perangai para pelajarnya. Disebabkan
majoriti dari mereka datang dari keluarga yang berada, hal pelajaran dibuat remeh-temah sahaja.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now