🖤 BAB 15 💜

1 0 0
                                    

TEPAT ketika Rose melangkah keluar dari rumah, giliran mereka pula mengatur langkah, seolah-olah waktu itu sudah ditentukan. Atas kata
sepakat bersama, mereka bersetuju untuk mencari susuk Seokjin yang telah lama hilang.

"Sekarang ni kita nak kemana?" Soalan Jungkook memecahkan kesunyian malam. Mereka berdiri seketika, saling berpandangan, teragak-agak untuk
melangkah lebih jauh.

"Tu... Hutan tebal sana. Aku yakin orang
kampung bawa dia kesana," balas Taehyung sambil jari telunjuk dihala ke arah hutan tebal yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Tapi kalau kita terserempak dengan orang kampung disana macam mana?" soal Lisa takut-takut.

DIAM.

"Kita tak ada pilihan lain... Kita kena jumpa Seokjin sebelum jam dua belas malam," tekad Jisoo.

Nafas berat dihela masing-masing. Benar kata Jisoo tadi. Mereka memang tiada pilihan lain. Jika bukan malam ini, semuanya akan musnah begitu saja.

"Jom... Apa pun yang jadi, tolong jangan
berpecah," pesan Jimin. Serentak mereka mengangguk. Sejurus itu, langkah mula diatur dengan hati yang berat. Adakah
benar keputusan mereka?

Keadaan hutan sangat gelap. Cahaya lampu suluh di tangan menjadi satu-satunya pemandu, menembusi malam yang kelam, namun hanya sejauh
beberapa langkah di hadapan.

Setiap langkah diatur dengan penuh hati-hati, kaki melangkah perlahan di atas dedaunan kering yang mengeluarkan bunyi halus di bawah tapak kasut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setiap langkah diatur dengan penuh hati-hati, kaki melangkah perlahan di atas dedaunan kering yang mengeluarkan bunyi halus di bawah tapak kasut. Kepala mereka kerap menoleh ke kiri dan ke kanan,mata liar mencari sebarang tanda bahaya, isyarat
berjaga-jaga.

PAK!

Serentak itu, Lisa tiba-tiba jatuh. Yang lain terkejut dan segera memeriksa keadaan gadis itu.

"Lis, kau okey?" tanya Jisoo cemas. Dia segera melulut dihadapan gadis itu.

"Sakit... Kaki Lis," gumam Lisa sambil bibir diketap bagai menahan sakit yang tak tertahan. Dua belah tangan naik mencengkam kaki kanannya.

Lampu suluh terus dihala ke arah kaki Lisa dan sekelip mata, semua mata terbuntang melihat kesan torehan yang menghiasi kulit gadis itu. Garis
panjang itu kelihatan dalam dan menyakitkan, seolah-olah baru sahaja terlibas oleh sesuatu yang
tajam.

"Macam mana..." Jimin toleh kiri dan kanan, mencari punca. Sesaat kemudian, matanya meluas.

"Kawat besi..."

Serentak, mereka segera menoleh ke arah yang sama, dan dada masing-masing mula mengepam laju.
Di belakang mereka, kelihatan dawai besi yang diikat pada dua belah pokok.

Diikat rendah seolah-olah jerat
yang sedang menunggu mangsa. Dan mungkin dengan tidak sengaja, Lisa terlanggar jerat itu.

"Pelik... Siapa yang letak kawat besi dekat tengah-tengah hutan ni?" soal Jungkook penuh curiga.

THE UNTOLD MYSTERYWhere stories live. Discover now